Maaf Kerana Aku Bukan Lelaki Yang......
..... sanggup mati untuk mendapatkan cinta. Cinta maksudnya baik, ikhlas, perasaan semulajadi, menghormati hak, satu perasaan, satu debaran, prihatin, saling berkerjasama, pengertiannya bukan pada kata-kata tapi pada nurani yang jauh ke dasar, yang saling berpadu jiwa raga oleh satu ikatan rasa yang wajar dan oleh akal. Seseorang datang kepadaku dan berkata cinta itu kesanggupan untuk mendapatkan seseorang yang disukai dengan apa sahaja cara sekalipun harus mati atau bertarung tenaga demi kerana untuk membuktikan cinta. Persepsi seperti itu konvensional. Dunia menerima cara ini tanpa apa-apa alasan kerana itu sebahagian daripada cara.
Akhirnya seorang lelaki seperti saya percaya - Cinta itu nilai, berpeluang untuk menikmati rasa kecintaan itu kesyukuran, hidup bercinta itu harga, dicintai kembali itu kekuatan, menjaga cinta sehingga nafas terakhir itu keagungan pada aras tanda manusiawi.
Dan jika aku akhirnya mencintai seseorang dan kemudian diterima hidup dengannya biarlah saya katakan disinilah aku akan mati untuk seorang wanita yang bergelar isteri sepanjang hayatku.
Dan bila aku ditanyakan kembali 'Kamu harus berjuang untuk mempertahankan seseorang yang kamu cintai atau siapa yang kamu sukai agar tidak jatuh ke tangan orang lain'. Lalu mulai ada tanya di sudut hati, itukah bentuk kasih sayang sehingga cinta yang saling 'bersetuju dari segi emosi dan rasa' berpindah tangan dengan mudah? Sejauh mana kekuatan cinta diterima secara 'lagenda' dalam diri pasangan yang mengaku saling bercinta?? Bagaimana mungkin ada cinta yang benar semata-mata kerana seseorang itu disukai? dan hanya ini yang kuanggap sebagai satu kekuatan bilamana pada satu peringkat mulai ada perasaan ingin mencintai itu dicintai kembali dengan wajar dan waras. Bila saling bercinta dan kemudian terjerumus kepada cinta lain, sejauh mana anda belajar bersyukur untuk cinta yang anda percaya pada mulanya??
Tidak mengapa jika dunia melihat aku lelaki yang gagal kerana ada sejarah yang tidak gagal mencatatkan betapa sangat ramai lelaki yang sanggup mati untuk cinta. Yang nyata saya bukan bahagian dari catatan itu. Jadi wanita yang menunggu cinta sebenarnya tidak sesukar mana untuk diraih oleh seorang pecinta.
Sanggup mati untuk mendapatkan cinta berbeza dengan mati untuk mempertahankan cinta...
Labels: Bila Aku Menulis
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home