Boleh Tolong???
Datuk Seri Mohd Khir Toyo boleh tolong?? Tolong sederhanakan diri!!!.. Sila beri sokongan anda terhadap kerajaan yang baru dibentuk atas kepercayaan dan mandat rakyat di bawah pimpinan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bukan terus-menerus mendesak PM letak jawatan atau memaksa PM melakukan peralihan kuasa kepada DPM..
Kekalahan di Selangor sudah buat post-mortem ke sebab kenapa?? Berkempen sifar pembangkang tapi dikuasai pembangkang. Siapa yang perlu sebenarnya yang letak jawatan? Jika tidak ingin tahu jawapannya, fokus pada tanggungjawab anda dan sila turun padang. Sekarang adalah masa untuk BEKERJA dan memenuhi aspirasi rakyat bukan menyalak di media menyalahkan pucuk pimpinan atas kemorosotan prestasi BN semasa pilihanraya baru-baru ni.
Teguran ikhlas juga kepada beberapa pemimpin UMNO yang mengambil sikap menangguk air keruh. Ingat!! anda diperhatikan rakyat.. Pembangkang mungkin dapat manfaat daripada kekecohan dalam UMNO (BN). Ketika PKR, DAP dan PAS membentuk Pakatan Rakyat, UMNO seakan-akan menyongsang arus bertelagah dalam satu bumbung. Sila musabahakan diri...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home