Kereta dan si pembeli yang kerdil
Terfikir untuk memiliki sebuah kereta yang jika tidak dapat digunakan oleh si pembelipun, cita-citanya mahu suatu hari nanti akan ada deruman enjin menjengah bertanyakan khabar di halaman rumah... Dan di sana ia pasti akan berjasa kepada tuannya, yg belum dapat dibalas lagi oleh si pembelinya... SEUMUR HIDUP, jasa kedua insan yang mendiami rumah di antara bumi Tingkalanon dan Morion tidak akan terbalas. Barangkali usaha kerdil ini, membawa bersama-sama dengan kasih sayang adik-adik, kakak dan abang, dapat membasuh sedikit jerih langkah mereka yang sudah tebal dengan pergelutan hidup yg memenatkan.... Semalaman saya cuba bertarung dengan awangan, barangkali ada sejalur cahaya yang sekelip mata hadirnya utk ruang menyuarakan hajat. Akhirnya, SAYA HARUS BERLUTUT dengan penuh rendah diri untuk menyampaikan hajat Ke Tempat Yang Sepatutnya....
Semoga suatu hari nanti... ya! satu hari nanti... urusan ini akan berjaya..
Semoga suatu hari nanti... ya! satu hari nanti... urusan ini akan berjaya..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home