TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, October 28, 2005

Alkisah Bila Bapa Bercerita. PART II

Happy Thanksgiving  Day Family

Ketika itu, baru saja hendak mengadap hidangan tengahari, hanya saya dan bapa sahaja yang berada di rumah. Mama waktu itu pergi ke kampung sebelah berurusan untuk mendapatkan 'kombain'. Sebelum itu mama dan bapa 'bergeser kata' tidak sependapat dengan beberapa perkara yang tidak saya pasti. Semasa menjamah makanan, wajah bapa tiba-tiba berubah murung bercampur kesedihan yang amat sangat.

Wayne Broadbridge, father of AFL player Troy Broadbridge who died in the disaster, in Phuket yesterday.

Perlahan Bapa membuka mulut cuba berkata sesuatu, berat dan tersekat-sekat dan terdiam beberapa ketika kerana terlalu getir 'melayan emosi yang dibelai airmata'. Saya mula menongkah kedua belah tangan dan jari bertaut perlahan menyentuh getar bibirku 'yang mula dan cuba memahami kesedihan bapa'. Bapa akhirnya menggagahi dirinya berkata "Saya kagum dengan dia (mama). Walaupun tidak mempunyai pendidikan dan tidak tahu membaca tetapi fikirannya sangat bernas dan jelas". Bapa menyambung lagi " dulu pernah kami (mama dan bapa) langsung tidak punya wang untuk membeli barang keperluan dapur walau untuk membeli garam pun. Tapi pagi isninnya, dia (mama) mula berkemas diri bersiap sedia hendak ke Tamu Tandek. Saya sangat hairan dan fikir bagaimana hendak ke Tamu tanpa wang. Lalu saya tanya dia 'mau pergi ke mana? Ada duit?' (dalam bahasa kadazan).

Sehingga ke peringkat ini saya dan bapa mula menitiskan air mata. Bapa menyambung kembali ceritanya dengan penuh hiba. Bapa bertanya kepada saya " kamu tau apa mama kamu jawab ?" Saya cuma berdiam diri. Hanya memejamkan mata dan menyembunyikan wajah di balik tautan tangan. Bapa bersuara" Mama kamu jawab dia mau ke pasar mencari lada saja. Dia bilang, biarlah lada saja lauk makan. Ada lagi terasa pedas di bibir" Waktu itu saya mula mengerti apa yang cuba bapa sampaikan. "pergolakan' yang berlaku tidak menghalang daripada bapa memberikan teladan dan bapa memilih sikap mama menjadi jembatan teladan yang ingin bapa mahu anak-anaknya memahami.

"Education commences at the mother's knee, and every word spoken within the hearing of little children tends towards the formation of character."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home