Antara Minda, Perspektif dan Kesan Emosi
Barangkali aku ingin memulainya begini - maafkan aku atas kegagalan diriku untuk membuatkan seseorang memahami bahawa aku hanya mahu mendampingi dan berinteraksi menurut segala erti dunia persahabatan yang ada. Maafkan aku juga jika aku gagal menjelmakan tingkahlakuku menurut makna persahabatan dan kegagalan mengintrepretasikan jiwaku dengan suasana pergaulan yang sinonim.
Mahu meluahkannya cukup jangggal. Aku hanya mampu tersenyum sendiri menyedari keanehan ini. Ada ketikanya aku membiarkan diriku ditemani oleh perasaan yang sedikit keliru, sedikit bimbang dan hampir tidak pedulikan gelora yang berkecamuk menduga dunia rasaku dan tentu sahaja hampir mempengaruhi bisikan satu dua kata-kataku betapa sebenarnya aku terlalu gerunkan rasional yang tergelincir dan perspektif yang tidak tepat mendasari alternatif permikiran.
Tanpa mahu menafikan hakikat kesan emosi silam yang tentu sahaja bukan mudah untuk disingkirkan dari hati yang lembut, apalagi jika beberapa kesilapan besar yang belum tentu mengundang satu etika jiwa yang tenang. Aku hanya mampu bersuara dalam hati mudah-mudahan aku tidak ditempatkan di satu sudut hati yang mungkin di sana nanti aku tidak diraihkan sebagai sahabat.
Kegagalan menanggapi dan mengadili kewujudan persahabatan dalam diri seseorang pasti akan menjerumuskan identiti perasaan ke gaung gelap yang penuh dengan ketidakselesaan dan tanpa sedar menjelmakan beberapa siri keresahan, sangsi, bimbangkan pandangan orang lain dan hilang daya penerimaan yang semulajadi..
Mudah-mudahan kronologi Feringgi merupakan sebahagian daripada permulaan satu fregmentasi pengertian akan refleksi tentang hidup dan pesona persahabatan yang lebih damai.
Keikhlasan yang terkemudian timbul dari runtuhan silam umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam pada waktu malam. Wujud tapi amat sukar dilihat. Buat teman-teman perjuangan di UPM, persahabatan dengan anda adalah hal yang terbaik pernah berlaku dalam hidupku.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home