TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, April 19, 2006

Berita Harian - Anggota Perhilitan Tangkap Anak Bigfoot

Apabila saya terbaca berita ini, dengan tidak semena-mena hati saya di landa 'risau'.. Kerisauan bukan bermakna mengiyakan betul tidak kehadiran makhluk berbulu yang mendapat jolokan Bigfoot ini. Jika dikatakan memang wujud makhluk ini yang digambarkan berbadan sangat besar dan mencapai ketinggian sehingga 8 -9 kaki, malah sangat mudah bagi makhluk ini mematahkan dahan sebesar lengan untuk mendapatkan pucuk muda sebagai makanan.. Maknanya dihidangkan oleh sesuatu yang kita tahu bahawa 'personaliti perkasa' ini memiliki kekuatan yang sungguh luarbiasa..

Apabila Jeti Tanjung Leman, dikunjungi anggota perhilitan kemudiannya dikatakan berjaya menembak anak Bigfoot menggunakan ubat pelali, kemudiannyameninggalkan tempat itu begitu sahaja membawa bersama anak 'keluarga Bigfoot', ada satu hal yang benar-benar terabai begitu sahaja.
Ini berkaitan dengan KESELAMATAN penduduk sekitar tempat itu!!!... Bayangkan Kalau Seladang ataupun paling tidak saya ingin katakan haiwan ternakan yang jinak seperti kerbau betina yang mempunyai anak, jika naluri 'ibu binatang kepada anak' merasa ada bahaya atau gangguan yang memerlukan ia melindungi anaknya dengan 'keganasan', kita memang sudah sedia maklum betapa gerunnya kita berhadapan dengan 'semangat melawan yang tiada had' daripada binatang tersebut...
Sekarang, kita berkata mengenai Bigfoot. Sudah pasti anda dan saya sama-sama bersetuju mengenai 'bayangan tindak-tanduk' dalam otak kita apa yang bakal dilakukan oleh 'keluarga Bigfoot ini' (jika akhirnya kalau fakta kewujudan itu benar)... Tempat itu kemudian begitu sahaja ditinggalkan oleh anggota perhilitan tanpa jaminan keselamatan penduduk sekitar. Sepatutnya jika benar ada operasi seperti itu, harus dimaklumkan terlebih dahulu pihak berkuasa berkenan di tempat tersebut supaya langkah berjaga-jaga dapat dilaksanakan.
Tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas ini....

2 Comments:

Blogger Jaxon S said...

jika benar bigfoot, maka akhirnya terbongkarlah satu lagi misteri alam yang sudah sekian lama cuba menjauhi manusia...

selepas ini bagi bigfoot, tiada lagi apa yang dinamakan hidup berkongsi persekitaran dengan manusia. mereka telah tewas dengan manusia, dan kini bergelut pula dengan musuh alam yang paling perkasa -- kepupusan.

5:20 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

saya juga bimbangkan hal yg sama - kepupusan.Sudah tentu kelihatan agak menarik apabila makhluk ini seperti bersedia menjadi sebahagian komuniti manusia dengan 'mendedahkan' diri dengan beberapa petunjuk berpotensi untuk 'dipercayai' setakat ini... jika demikian, manusia harus diajar memiliki percaya 'berkongsi bersama' sementara manusia belajar memahami habitat makhluk ini.

Setakat ini, makhluk tersebut hanya wujud melalui pengalaman seseorang dan bercerita kepada seseorang yang lain.. tetapi tidak pula dikatakan makhluk ini 'nakal' atau 'mengganas' melainkan melarikan diri bersembunyi tanpa menunjukkan yang ada cubaan sikapnya tidak menyenangi kehadiran manusia. Jika demikian, makhluk ini (sepintas lalu), adalah makhluk yang mudah berurusan dengan manusia dan persekitaran...

naluri saya berkata, makhluk ini perlu diterima kehadirannya dengan tangan terbuka sama seperti manusia mempelajari habitat Cipanzi dengan keramahan dan kasih sayang.

12:37 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home