TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, April 21, 2006

Upah PENGERAS..

Sejauh mana perlunya pengeras? Apakah sebenarnya pengeras ini?. Apakah harus ada pengeras maka apa yang diberikan itu akan menjadi atau mujarab? Apakah kaitan barang-barang atau apa sahaja yang diminta oleh seseorang itu sebagai pengeras dengan 'servis' atau pemberian khidmat oleh individu terbabit? Atau ia sekadar satu cara yang sama seperti contoh membeli tong gas kemudian kena bayar upah lori dan tenaga barulah tong gas itu boleh sampai ke rumah?
Sering saya mendengar apabila seseorang itu diperlukan dan sesudah berlakunya upacara pertolongan 'magis'nya, antara kebiasaan yang didengari ialah "Minta seekor ayam jantan putih" atau "Kalau mau benda ini, minta sepuluh biji telur satu induk tanpa campur dan mestilah telur daripada proses pertama ayam itu bertelur". Atau paling biasanya "Segantang beras pulut sebagai pengeras"...
Walau apapun, ia sebahagian daripada budaya mistik kampung yang menarik untuk diselami. Ada ketikanya permintaan syarat sebagai pengeras agak keterlaluan. Tidak dinafikan bahawa konsep pengeras ini memainkan peranan penting sebagai panca warna budaya masyarakat itu sendiri dan dengan sendirinya kebudayaan seperti itulah yang membuatkan komuniti ini bertahan di tengah-tengah arus kemodenan kerana tempat mereka ditadah oleh rasa hormat masyarakat.
Barangkali ungkapan 'pengeras' lebih meyakinkan pendengar mungkin kerana ia adalah satu kata yang berkonotasi 'melengkapi dan membenarkan urusan magikal bekerja menurut arahan mantera' dan ia perlu dihormati dan ditunai jika mahukan sukses.
Waktu saya di tingkatan tiga dahulu, di pekan Kudat, saya terjumpa seseorang yang memperkenalkan diri daripada daerah Pitas, seorang lelaki separuh abad agaknya, berkata,
"Kalau kau mau penerang hati mau lulus periksa, bagi saya duit 20 ringgit untuk pengeras dan saya bagi kamu baca-bacaan (mantera). Jangan kasi tau sesiapa nanti tidak mujarab. Kamu saja yang dapat".
Dulu, saya manalah ada peluang pegang duit sebanyak itu. Seingat saya, dalam poket seluar hanya ada rm5 dan wang itulah saya beri pada orang itu. Saya diajak ke tempat sunyi dan diajar mantera. Saya tidak mengamalkannya walaupun saya dapat menghafalnya dengan baik (dan saya kurang percaya walaupun teruja untuk mencuba).. hehe.. Tiba masanya, keputusan peperiksaan SRP, saya mendapat 23 agreggat. Pada waktu itu sesiapa yang mendapat bawah 15 agreggat adalah sangat pintar (paling tinggi 5 agreggat) dan atas daripada 35 agreggat dikira kurang cerdas otaknya.
Persoalannya, betulkah wang pengeras upah mantera sebanyak rm5 itu yang membuatkan saya lulus SRP??

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Bab ni ada kaitan dengan sihir sebenarnya, abang.

Baguslah abang tak jadi amalkannya untuk SRP tu, syukur Alhamdulillah. Jika tidak, berdosa besarlah.

Kalau abang minat, abang boleh tonton video akademik mengenai sihir ni (tapi bahasa omputeh, hehe) --- https://www.youtube.com/watch?v=szMpZQL9HZo

7:47 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home