"Sakit Benarkah Frust Bercinta?"
Ketika berada di Mantin, N.Sembilan sempena perkumpulan gereja-gereja Bahasa Melayu seluruh Semananjung selama 2 hari 2 malam (18 - 20hb Sept), dan suatu pagi ahad yang indah, selesai sahaja ceramah oleh Dr. Prabat Saputro, saya naik ke tempat penginapan, tingkat dua dan...
(...dari jauh terdengar muzik midi 'The Moment - Kenny G."... Ada Mesej!! bisik hatiku perlahan). Aku segera ke katil dan mencapai telefon.
----------------------------
1 Message Received.
'Opening Message'....
"Hi Mick, pa ko bt? Sakt btl ka puts cnta ni? Sya br blk dr rmh kwn mninggal bunuh dri sb frust.. nyesal sya nda tlg dia time dia btl2 perlu support dr kwn sya. ingatkn dia main2 ckp yg dia frust.. mcm nda caya org tbh mcm dia pn blh twas sbb cnta. Why??"
Sender:
-------------
+6013*******
Sent:
10:12:33am
20-08-2006
------------------------------
Terkejut sekejap bila mendapat mesej dari kawan yang sudah lama saya kenali. Dan saya terdiam sejenak... Hati tiba-tiba menjadi kacau bilau dan berdebar kencang. Entah, kenapa dengan tidak semena-mena dahi berpeluh dingin... Petangnya, waktu perpisahan semua peserta Mantin, sangat ceria dengan pelbagai ragam tetapi emosiku tidak dapat bersatu dengan kegembiraan rakan-rakan.
Sering juga saya mendengar kes bunuh diri samada melalui media cetak atau elektronik. Tetapi baru kali ini saya sangat merasakan kes 'bunuh diri' ini seperti betul-betul berada dekat sahaja dengan diriku. Kali ini bukan orang lain tetapi kalangan teman sendiri. Sedih dan gementar rasanya diriku...
Kenapakah sehingga membunuh diri?? Cinta tentu sahaja begitu abstrak keindahannya untuk diperkatakan sehingga pengertiannya hanya bisa dimengertikan oleh perasaan yang terjadi saat keajaiban naluri terbangkit menyahut kata hati antara sapaan mata dan senyuman. Seterusnya, terjalin kata dan beberapa siri pertemuan yang membahagiakan hati. Jika bersedia, maka lanjutannya ialah paduan janji dan diakhiri dengan restu yang dipersetujui. Di bahagian hubungan manakah yang 'terbesar' sekali sehingga bila mana terjadinya kegagalan dalam perasaan cinta dan sayang, melonjak naluri seseorang menjadi terlalu 'berani' memisahkan nyawa dari badan?
Memang diakui sangat berat bebannya untuk menanggung rasa dan tidak akan hilang lukanya dalam beberapa hari. Dan alkisah kawan ini sebenarnya menanggung ketidaktentuan dan gangguan emosi sangat berat selama sebulan dan selama itulah dia tidak mampu mengusir sedikitpun dari kekecewaan 'terbesar' dalam hidupnya sehingga tidak mampu menahan fikiran untuk berpisah dengan 'Sang Pencipta' tubuhnya. Apakah bentuk percintaan seperti itu sehingga definisinya MAMPU MENGAMBIL ALIH kesempurnaan nyawa yang diberikan oleh-Nya secara cuma-cuma?
Saya tidak akan berkata dia (kawan yang bunuh diri) sudah melakukan kesilapan. Hanya Tuhan yang tahu... keputusan yang diambilnya bagi saya adalah sebuah dimensi kegagalan 'komunikasi' budaya dua hala antara akal manusia dan sistem yang menyediakan prasarana sosial.
Sakit benarkah kecewa bercinta????
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home