Beza Orang Tua Yang Bijak dan Orang Muda Yang Pintar
Di sebuah pergunungan Himalaya, ada seorang tua yang bijak tinggal di sana. Ada masa-masa tertentu orang tua ini akan turun ke lembah untuk menghiburkan orang kampung dengan kebijaksanaan dan kepandaiannya yang sungguh istimewa. Antara hikmat yang dimiliki orang tua ini ialah kebolehan meneka apa yang ada dalam fikiran manusia termasuk boleh meneka barang yang disembunyikan oleh orang kampung dalam poket atau kotak.
Ada beberapa orang anak muda pintar di kampung tersebut merancang untuk cuba merendah-rendahkan kebolehan dan menguji sejauh manakah hikmat yang dimiliki orang tua tersebut. Mereka sangat yakin bahawa kepintaran orang muda boleh mengatasi kebolehan orang tua tersebut.
Kumpulan anak muda ini merancang:
Orang tua itu sudah tentu akan meneka dengan betul bahawa apa yang ada dalam genggaman mereka itu ialah seekor burung dan mereka akan bertanya kepada orang tua itu samada burung itu mati atau masih hidup dalam genggaman. Jikalau orang tua itu berkata bahawa burung itu masih hidup dalam genggaman mereka, maka mereka akan mengeratkan genggaman agar burung itu mati. Dan jika orang tua itu memilih untuk mengatakan burung itu mati, mereka akan membuka genggaman dan melepaskan burung itu terbang. Jadi, apapun yang akan dikatakan oleh orang tua ini, anak muda ini sungguh yakin bahawa orang tua ini akan melakukan kesilapan.
Minggu berikutnya, orang tua ini turun ke lembah bertemu orang kampung. Kumpulan anak muda ini dengan segera menangkap burung dan menyembunyikan burung tersebut dalam genggaman. Mereka kemudiannya datang kepada orang tua ini lalu berkata"Orang tua yang bijak, apakah yang ada dalam genggaman kami?"
Orang tua itu menjawab"Dalam tangan kamu ada seekor burung" dan orang tua itu memang meneka tepat.
Kumpulan anak muda ini mula tersenyum megah dan saling berpandangan. Mereka hampir dapat menewaskan orang tua ini.
Kemudain salah seorang mereka pun bertanya"Orang tua yang bijak, boleh beritahu kami apakah burung dalam genggaman kami ini hidup atau mati?"
Orang tua itu memandang ke muka anak muda itu dan berkata"Kamulah yang akan menentukan apakah nasib burung itu seterusnya!"
Sebagai orang muda apakah pilihan terhadap kehidupan diri kita sendiri....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home