TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, October 05, 2006

Dari Masinasin ke Tingkalanon....Menyusur Denai Muara, Menjejak Lubuk Ke Hulu

Pemberitahuan kepada semua komuniti masinasin, kata orang dulu-dulu, yang jauh datang berkumpul, yang berkumpul rapat merapat, yang rapat bermuafakat, bermuafakat mengerat silaturahim. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan sedikit keluarga ini dari sudut pengalaman saya sewaktu kecil dahulu.
Alkisah, keluarga besar ini juga dari rumpun keluarga Sambion, sememangnya sangat dikenali dan disegani di kg.Tingkalanon. Pengaruh keluarga ini tersebar ke pelusuk daerah. Keluarga ini boleh saya katakan sangat mesra dalam ingatan apatah lagi ikatan rumpun keluarga yang sangat dekat. Hampir semua mereka ini kita kenali cukup ramah tamah. Kenangan yang masih saya ingat ialah apabila setiap kali pulang dari sekolah dan melalui kedai si 'Amanaman' yang terletak betul-betul di persimpangan jalan masuk ke Kg.Tingkalanon, setiap kali saya hendak membeli 'korupuk', arwah mengizinkan saya untuk mengambil apa yang saya fikir saya suka makan tanpa meminta bayaran sesen pun. Tetapi saya tidak pernah mengangap kebaikan arwah ini sebagai satu 'peluang keemasan' malah saya jadi takut dan segan. Pernah arwah menolak sewaktu saya membayar makanan ringan yang saya beli di kedainya, namun saya tetap membayarnya. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya dan keperibadian arwah ini diwarisi oleh anak-anaknya yang semuanya peramah dan sangat suka tersenyum.
Ahli komuniti masinasin, bolehlah melawat keluarga ini di DI SINI atau klik pada butang MARALIN'S FAMILY di ruang atas atau juga di ruang kiri masinasin komuniti untuk membuka tetingkap secara berasingan. Juga boleh klik C.A.S.E.Y D, cousin hensem Tingkalanon. Heheh.. Yang lebih mudah, lihat di ruang atas dan klik pada butang berkenaan. Cuma kalau mau view file susah sikit, maka pilihan terbaik ialah buka tetingkap berasingan di ruang kiri masinasin komuniti. Menurut webmaster 'web ini belum siap sepenuhnya dan masih dalam proses membangun dan mengimport data'. Namun, setelah saya membukanya, web ini sudah mencukupi untuk kita mengenali sebahagian daripada keluarga ini.

2 Comments:

Anonymous Jaxon S said...

wah, tambah meriah komuniti siber dari tandek..

6:46 PM  
Blogger MICKEY's CORNER said...

ya, harap semakin ramai 'pinsan2' cyber dari rumpun keluarga Sambion. Bleh la saling brtanya khabar ketika jarak dan masa terus membataskan komunikasi kkeluargaan...

6:53 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home