Masinasin News Update: Mama Sedang Rehat Di Rumah Kakak Anang
Kelmarin petang mendapat berita mama dibenarkan keluar dari hospital Kudat ketika saya sedang berhubung dengan Kakak Anang. Selepas bercakap-cakap dengan mama lebih kurang 3-4 minit dan saya menyedari suara mama lemah sangat dan saya bertanya "Mama mengantuk?". Mama kata "Iya" dan saya bagitau "Mama tidurlah dulu. Tenangkan fikiran dan bila ada kelapangan nanti kita akan bercerita lagi". Sampai di sana sahaja kesempatan perbualan dan syukurlah mama akhirnya boleh melelapkan mata.
Sekarang mama sedang rehat di rumah kakak Anang sebab kakak masih tidak membenarkan mama balik ke kampung memandangkan kondisi mama yang masih tidak begitu stabil. Semoga mama beroleh kesembuhan yang segera.
1 Comments:
syukurlah ada tanda-tanda untuk sembuh. dan tq kerana maklumat dan update.. ada juga cal di kg dan kudat
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home