TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, June 12, 2007

Sedar Tak Sedar

Akhirnya blog ini mencatat angka kunjungan pelawat yang ke 6000 selepas dua tahun 'terhampar' di ruang maya. Tentang sejauh mana efektifnya blog ini tidak pula saya fikirkan dan tidak pula saya letakan tanda larasnya. Lahir begitu sahaja dan kadang-kadang di luar kemahuan. Rasanya blog ini berdasarkan sesuatu yang dikatakan 'apa sahaja'. Pada peringkat ini, blog Mickey's Corner dapat saya klasifikasikan sebagai kelas tutorial aplikasi komunikasi minda dan maya. Tidak jauh daripada itu hanyalah sekadar satu ekspresi 'Oh! begini rupanya blog ini'. Barangkali buat masa ini, lebih baik blog ini berorientasikan 'diari online', tidak lebih sebagai alternatif luahan emosi atau ruangan untuk menulis apa yang dimahukan hati dan perasaan. Menjadikan blog ini sesuatu yang sedikit ilmiah tidak mungkin. Sukar. Seronok menulis tidak banyak membantu.. Namun biarlah saya katakan saya lebih suka memilih sekadar seronok menulis. Cabaran untuk seronok menulis ialah bagaimana menjadikan tulisan itu menjadi sajian bacaan yang menarik. Seronok tidak selalunya menarik...
Blog ini merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan para ahli komuniti, sahabat handai dan rakan-rakan di seberang benua yang menjumpai blog ini secara tidak sengaja. Mohon maaf kerana kunjungan kalian sekadar disapa oleh tulisan yang biasa-biasa sahaja, adakalanya tanpa arah. Cadangan, idea dan kritikan pasti dialu-alukan. Penghargaan untuk Tok Penghulu kerana menjadi orang pertama yang bercakap kepada saya tentang dunia blog.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ya, teruskan blog. saya pun ada cadangan buka blog rasmi misalnya www.jaxons.com, tapi belum ada kesempatan.

6:34 PM  
Anonymous Anonymous said...

sya ada sudah buka website www.jalimiksawatan.com tp lupa dia punya password utk edit...

buat masa ini mcm sya kehilangan arah mo menulis. mungkin sya perlu register berasingan blog contohnya utk ruangan puisi dan cerpen, isu semasa, atau idea-idea lain dan kemudian sya jadikan pautan ke blog... jika tidak, sya teruskan ja mcm ni.. 'suka-suka tulis'... :)

5:06 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home