TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, June 14, 2007

Takziah Untuk Keluarga Pamajah

Vincent Pamajah

Hari Isnin malam jam 11 lebih kurang, terima mesej dan panggilan telefon daripada Auntie Satiah yang memberitahu bahawa Pastor Rubil, Merin dan Cazen Vika dalam perjalanan ke Pulau Pinang melihat keadaan saudara Vincent dalam kritikal di wad ICU akibat pendarahan dan kecederaan teruk di kepala. Hari rabu, sekali lagi terima mesej Auntie Satiah dalam perjalanan menyusul ke Pulau Pinang bersama Auntie Rose. Saya diberitahu khabar bahawa doktor yang merawat mengatakan Vincent hanya mempunyai 50% kemungkinan untuk terus hidup.



Pagi ini pukul 10.42 terima panggilan dari Auntie Satiah sekali lagi. Kali ini dengan tangisan. Hati sebak cuba menafikan tekaan pantas hati saya namun khabar yang saya terima mengiyakan firasat naluri. Saudara Vincent meninggal dunia jam 10.40am. Salam takziah untuk keluarga Pamajah dan dan seisi keluaga. Berat telinga mendengar khabar, berat lagi bahu keluarga ini memikul beban kesedihan. Blog ini merakankan kesedihan di atas pemergian arwah Vincent bukan sahaja sebagai salah seorang daripada ahli keluarga tetapi juga sebagai seorang kawan yang menceriakan suasana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia di antara orang-orang yang dikasihani-Nya.

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

terkejut juga dengar berita ini

12:50 PM  
Anonymous Anonymous said...

ya, mmg saya jg masih terkejut. Hari khamis lepas masa saya trima khabar kematian vincent, waktu itu jg sya ada hantar msg ke no jack 012, ada terima? atau tidak lagi pakai no tel tu...

Mayat vinvent di bawah balik ke klang dan di kebumikan di tanah perkuburan kristian di cheras, berdekatan dengan tempat saya tinggal..

4:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

012 masih aktif tapi jarang guna sebab tiada hphone lebih. ada hphone tapi guna sim kad spore.

ada juga sia pasang 012 tapi sms tu tak ada juga. mungkin silap nombor. 012 walu tolu kusung walu siyam kusung kusung

7:11 PM  
Anonymous Anonymous said...

Ya, no tu la tempat sya hantar msg. mungkin klau buka sekejap sim tu, msg tidak sempat masuk.
tu hp sim spore bleh trima msg klau sya hantar sana ka?

9:45 AM  
Anonymous Anonymous said...

mungkin sebab lama tidak buka, sms tu hilang.. boleh juga hantar sms ke sim kad di sini, +65 siyam onom dua iso walu turu walu walu.

8:45 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home