Alkisah...
Tengahari tadi, lebih tepat 25 minit lepas... tidur lenaku dikejutkan oleh jeritan SMS langsung sahaja mematikan mimpiku yang bercelaru dan tidak jelas. Seperti biasa, baru bangun mestilah blur sket. Antara lena dan ingin tahu siapa penghantar dan apa kandungan mesej, sedikit malas-malasan menekan butang 'Open'.
Opening message..
+6281944518366
TAHNIAH!. Sim Card anda memenangi hadiah Cek Tunai RM20,000.00 dari peraduan CELCOM. Sila hubungi Call Centre: 006285241601122 terimakasih.
Sender: +6281944518366
Reaksi pertama pelik dan rasa hiran. Saya seperti kehilangan sesuatu seperti lazimnya bila saya ingin bergembira dan 'sesuatu' itu tidak juga kunjung tiba menemani deru degupan jantungku. Dan saya sedar.. dalam tanya, saya tidak bertemu dengan rasa teruja. Saya mula mencabar diri sejauh mana angka sebanyak itu dapat mempengaruhi diriku dan sejauh mana 'Call Centre' ini boleh berjaya dengan 'plan' yang mereka rancangkan
Saya mengambil keputusan menghubungi Call Centre yang dimaksudkan dalam mesej.
Telefon berdering lebih kurang 7 kali dan belum ada yang mengangkatnya. Hatiku membisik 'staff Celcom ni tidak patut bekerja sebagai operator'. Biasanya panggilan untuk khidmat pelanggan standard deringan 2 atau 3 kali, ada orang yang mengangkatnya. Saya sudah dapat menangkap kesalahan yang pertama.
Kemudian selepas itu telefon diangkat dan suara seorang lelaki kedengaran sedikit teragak-agak melayan panggilan.
"Ya, ada apa encik?" (kesalahan ke 2). Operator selalunya akan memperkenalkan diri melalui prosedur biasa 'Selamat tengahari, Celcom service centre, ada apa yang saya boleh bantu?
"Ini Celcom Service Centre?" Saya memulakan pertanyaan.
"Ya, Celcom Service Centre. Ada apa encik?" (Dalam hati 'What! ada apa encik??")
"Saya baru menerima mesej yang mengatakan saya memenangi Cek Tunai RM20,000."
"Boleh saya tahu apa nombor telefon encik?
"019xxxxxxx"
"Siapa nama encik?"
"Data komputer encik tidak dapat memberitahu siapa pemilik nombor ini?"
"Tidak ada. Kami hanya ada rekod nombor telefon" (Aku semakin musykil)
"Nama saya Jxxxxxx Sxxxxxx" Terpaksa juga beritahu nama. Hmmm..
"Saudara telah memenangi Cek Tunai cabutan bertuah sebanyak RM20,000 untuk hari ini sahaja daripada peraduan CELCOM. Encik ada akaun MAYBANK?" (Sejak bila menyertai peraduan CELCOM pun saya tidak tahu. Kesalahan 3, tiada spesifikasi apa bentuk peraduan tersebut)
"Tidak ada. Akaun lain boleh?"
"Kami hanya terima akaun Maybank. Saudara mara ka atau akaun ibu bapa?
"Tidak mengapa la. Terima kasih." dan aku mematikan hp. Menghabiskan kredit sahaja.. hehe
Memang sah! sindiket. Dan selepas itu saya ke CELCOM Centre, Cheras untuk membuat laporan. Mudah-mudahan dengan laporan itu dan maklumat nombor yang saya berikan ada sesuatu yang dapat dilakukan oleh pihak CELCOM agar kegiatan tidak bertanggungjawab sindiket tersebut dapat dibendung dan dapat mengelakkan lebih banyak penipuan terutama bagi pelanggan setia CELCOM.
RM20,000??!! banyak tuuuu untuk sesuatu TANPA SEBAB!!!
AHH!! sebentar lagi saya masuk kerja. Apa khabar MALAYSIA!!!!! Aramai tiiii....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home