TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, March 09, 2008

BN Bermandi Peluh, Pembangkang Tunjuk Taring!!!

Pembangkang tawan 4 negeri. Paling mengejutkan ialah Negeri Selangor yang berkempen untuk 'sifar pembangkang' .. 3 negeri lain ialah...
Kedah - PAS, PKR
Kelantan - PAS
Pulau Pinang - DAP, PKR
Di negeri Perak pembangkang hampir menguasai DUN.
Antara kejutan lain ialah calon berprofil tinggi tewas di tangan pengundi yang lebih cenderung memihak kepada pembangkang...
Datuk Seri Samy Vellu, Menteri Kerja Raya - sebelum pilihanraya membayangkan persaraan namun pengundi mempunyai idea yang lebih jelas bagaimana untuk Samy Velly bersara lebih awal..
Datuk Sharizat Abd Jalil, Menteri Pembangunan dan Wanita - mempunyai rekod baik tetapi tewas kepada 'emosi' pengundi.
Datuk Seri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang - tidak mempunyai jawapan terhadap Kelasakan DAP di kawasan DUN dan Parlimen. BN Mempunyai isu terhadap karekter PKR tetapi pengundi memberi ruang kepada DAP untuk menyuarakan idea di tampuk pemerintahan.
Insiden paling mengejutkan ialah kejadian penyokong pembangkang menjadi 'liar' di Marang, Terengganu. Jika mentaliti ekstrem seperti ini yang mengambil tempat di tampuk pemerintahan, anda tentu bapat bayangkan ....
Kerajaan BN perlu buat post mortem terhadap senario pengundi yang secara tiba-tiba mengubah 'selera' memberi mimpi ngeri kepada pakatan BN dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.. Apapun Tahniah juga kepada BN kerana sekali lagi di beri mendapat mandat untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan dan kegemilangan di persada antarabangsa.
Selamat bertugas YB. Ada kerja yang perlu dilakukan selepas ini.
Bagi 4 negeri yang diperintah pembangkang barangkali selepas ini pasti mendapat durian runtuh. Gaji serendah rm1500 dan wang kebajikan rm200 untuk setiap orang yang tidak bekerja. Tunggu dan lihat..
Sementara dikejutkan dengan senario pilihanraya, pada masa yang sama saya juga sempat mengikuti perkembangan perlawanan bola sepak Piala FA England melibatkan pasukan kedudukan pertengahan liga Divisyen Dua, Barnsley mengalahkan pasukan favourite EPL Chelsea 1-0. KEJUTAN LAGI!!!! Mujur la jantung sihat... Man Utd pun OUT??!!
Hmm... antara sukan dan pilihanraya persamaannya ialah ada pihak yang akan kalah. Tapi... tapi... TAPI kalau yang kalah tu Chelsea.. oh! TIDAKKK!!! (Baru sya ingat rupanya sya ni sukung Chelsea.. haha!!)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home