Pilihanraya Ke-12: Anda dan Emosi
Lagi tinggal 1 hari seluruh rakyat Malaysia akan keluar mengundi. Perang poster dan ceramah merancakkan suasana mewarnai hari-hari terakhir calon pilihanraya dalam usaha memikat pengundi di kawasan masing-masing. Pasti yang menarik perhatian ialah deretan beberapa isu yang menghangatkan kempen. Isu pendidikan, hak kaum, agama dan pembangunan menjadi pengisian utama ucapan dalam majlis pertemuan bersama rakyat oleh para calon yang bertanding.
Secara jujurnya, saya sama ada sengaja atau tidak sengaja terpantau situasi pilihanraya dari beberapa sudut yang terhad, saya melihat senario pengundi di beberapa tempat tertentu seperti menunggu masa meluahkan 'kemarahan' di atas kertas undi, dan yang pastinya membuatkan individu yang bertanding di kawasan tersebut 'bermandi peluh' merenung bakal nasib. Sama ada keadaan menjadi baik atau sebaliknya, keputusan pilihanraya kali ini akan memberikan gambaran sejauh manakah pihak kerajaan berjaya dalam menangani beberapa isu sensitif yang menggegar persada tanahair.
Undi di tangan anda. Samada anda pertama kali meraih pengalaman untuk menyatakan sokongan politik atau yang tidak pernah terlepas untuk mengundi setiap kali menjelang pilihanraya, ia undi untuk masa depan tempat lahir anda. Bagi yang melabelkan dirinya 'tidak teruja untuk mengundi' dan belum mahu melakukannya untuk kali ini (siapa tu ah?? hehe), buatlah perhitungan minda. Andai anda tidak mengundi tapi masih tetap menyatakan pendirian menyokong parti, kelak keputusan tidak memihak seperti apa yang anda inginkan, anda terlepas waktu memberi undi anda dan pada waktu itu betapa sangat berharga peranan anda. Jika anda mengundi dan calon anda menang, anda berkongsi menikmati kepuasan dan kejayaan. Jika anda tidak mengundi dan calon anda tetap menang, anda pasti meluahkan kelegaan selepas mempertaruhkan perasaan 'Ah! menang juga bah dia tu nanti'... Apa sahaja senario dalam kotak fikiran anda, itu adalah anda.
Di sekitar Kuala Lumpur, jika anda di tempat saya, anda merasa bahang. Calon parti kerajaan lebih terasa bahangnya bahkan membara di telapak kaki. Isu hak kaum dan agrumentasi terhadap institusi kerajaan sehingga pada tahap mencabar dan mempersoalkan kredibiliti sistem. Tidak dapat dinafikan, ada pengundi yang dibuai emosi marah yang membuak. Isu HINDRAF lukanya masih mengalirkan darah. Pembubaran dan pengistiharan pilihanraya bagai khabar baik bagi mereka yang terguris. Ramai yang menyatakan kekecewaan terhadap kerajaan sehingga mereka tidak kisah memberi undi terhadap calon-calon pakatan parti pembangkang, tidak kira calon itu wanita atau lelaki. Gelora emosi semakin memuncak bila ramai calon memilih untuk membuat serangan peribadi daripada memperkatakan tentang isu.
Apapun tunggu dan lihat... Debaran baru bermula. Selamat mengundi!!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home