TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, June 23, 2008

Coret-Coret Anak Petani

Bila fikir-fikirkan, terasa hendak berhenti saja kerja di KL ni dan terus balik kampung. Sekurang-kurangnya lenyap seketika menahan kebimbangan kos hidup di kota. Di desa, rasanya tidak terasa sangat beban kenaikan harga barang. Barangkali hanya perlu ada beberapa hirisan bawang, sedikit perasa pasti terasa enak hidangan walaupun cuma pucuk ubi kayu atau sayur kangkung yang melatah di tepi parit... Itu belum lagi kita bercakap tentang bab rebus tiwak pisang atau sup umbut kelapa dan dicampur dengan sedikit daging ayam kampung menambah aroma. Siapa yang tidak lupa akan penangan bunga kepayas jantan. Bila ke sungai Tingkalanon boleh juga melirih pandang ke rumpun bambu mengintai doruk.

Jika tidak pun petang-petang sementara menikmati burung pulang senja, pergi memancing sekejap, untung-untung dapat seekor dua ikan koruk, ikan rongou, bolehlah ditinopuru, dijeruk campur dengan pangi atau dipanggang dan cicah dengan kicap. Tidak lupa tradisi memasang tongi'is menghambat ikan badus atau masuk hutan cari paku pakis, ikan rongou, sanggo atau komburung, jika bernasib baik terjumpa la sarang lebah yang sudah matang dan menjadi manisan dalam minum petang-petang. Mengulangi perkara yang selalu dilakukan kecil-kecil dulu sangat nostalgik. Rasanya, tiada yang perlu dirisaukan bilakah harga barang akan naik lagi, tidak perlu lagi selalu tergamam bila minyak akan naik harga..

Di desa, kerja-kerja pun ke sawah padi hanya selut yang naik ke kaki... hehe

Labels:

3 Comments:

Blogger UNGU said...

masa lalu adalah cermin paling jujur bercerita tentang siapa kita..aramai o cerita ko..!

5:06 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

UNGU!

terima kasih kerana memperkenalkan warna unggumu. Saya kenal semua warna tapi baru ni kali melihat blog yang tersenyum unggu pun ada aura bila kita tau mengekspresikan segala rona-ronanya..

jika kita ingin tau asal-usul kita, rajin-rajin la kita bertanya masa lampau.. selalu-selalu la mengintai kenangan. Kita lebih puas menikmatinya walau dalam sekejap pejam mata. yang baiknya kita tidak pernah terlupa di antara rupa senja dan wajah desa, di situlah kita pernah membesar.. itu cermin yang baik untuk kita mengenal antara kamu dan dirimu, antara aku dan diriku.

apa cerita yang aramai tu? :)

3:38 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

alahai... bila baca balik apa yg saya tulis, tergelak panjang sya. baru sya perasan ada pula ni masuk hutan cari ikan rongou!! hahaha..

anyway, rasanya tidak perlu la saya betulkan. biar ada yang tergelak, itu satu senaman muka. (gimawat.. tinggal mo cover lg ka)hehe

4:44 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home