TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, November 16, 2008

Ingin Tahu...

Saya percaya N5. Tandek dalam setiap penggal ada peruntukan yang diluluskan untuk adun di samping beberapa inisiatif tambahan untuk menyuntik keupayaan dalam menjana kemajuan kawasan. Sejauh mana peruntukan tersebut telah DIGUNAKAN? Sejauh mana perancangan berdasarkan peruntukan sedia ada telah DILAKSANAkAN? Apakah sejumlah peruntukan tersebut hak manafaatnya benar-benar DINIKMATI sepenuhnya oleh rakyat N5.Tandek?
Persoalan terbesar ialah apakah PENGAUDITAN telah dilakukan untuk memastikan bahawa fokus peruntukan tersebut benar-benar telah memenuhi objektifnya sebagaimana yang telah diamanahkan serta memantau cara penggunaan dan pengurusan wang agar tiada unsur penyelewengan? Apakah perlaksanaannya setimpal dengan peruntukan yang telah disediakan?

6 Comments:

Blogger Ajeem said...

sudah sekian lama saya menantikan wakil rakyat di KM turun padang untuk berdiskusi terbuka bersama rakyat tetapi malangnya semua menikus dan mengelak untuk berjumpa dengan rakyat.apa gunanya batang hidung hanya muncul ketika majlis perasmian dan pesta tertentu sahaja.kemudian dalam ucapan perasmian dan penutupan,bukan main lagi mengumumkan peruntukan sana,peruntukan sini tetapi hasil habuk pun tiada.kita sebagai rakyat marhaen wajar tahu kemana wang rakyat dibelanjakan.Bila difikir ulang kali pun tiada guna kerana situasinya tetap sama.kalau ini macam,mau kena buat perubahan cepat lorr...hehee...relaks..jangan 'racing' habis...

7:18 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ya..

rakyat perlu tahu macam mana mereka uruskan peruntukan dan tunjukkan hasilnya... setakat nak cakap ada peruntukan tapi menjadi misteri selepas itu... waktu pesta2 sahaja muncul... sampai bila?

sudah sampainya kebiasaan begini diberi pengajaran...

4:29 AM  
Blogger Ajeem said...

apa lagi mick,kita kena berusaha buat perubahan dalaman sebelum perubahan luaran berlaku.maksud saya,kita tidak boleh tunggu 'orang luar' mengubah nasib rakyat dikawasan kita.takanlah mau tunggu ehsan dari semenanjung saja dan dari pemimpin kawasan lain.saya harap PRU-13 nanti ada gerakan besar yang dapat kita buat.jangan peduli fahaman politik.paling penting sekarang menuju matlamat kemajuan dalam segala aspek.

kali pertama saya menerokai ilmu sosial dan politik,saya sangat sedih sebab kota marudu antara daerah tercorot di sabah.bayangkan kawasan kita yang penuh dengan lagenda dan kekayaan sumber semulajadi tetapi langsung tidak diterokai.masalah utama kita disini ialah kita tidak mempunyai leader yang boleh menggerakkan masyarakat.jadi,tunggu apa lagi mick?kita gerak cepat.saya pun tidak sabar mau kasi habiskan study ni.dorongan dan desakan dari bawah makin tinggi...jangan sia-siakan suara rakyat.SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!

7:18 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

keupayaan saya cuma la memberikan 1undi yang sudah saya tetapkan kepada calon yang sesuai. Hanya ini kekuatan politik yang saya ada yang hanya datang menjelang 5 tahun sekali iaitu pada hari saya mau memberikan undi dengan harapan undi saya akan memenangkan pemimpin yang difikirkan boleh bekerja untuk kita. Kita ada beberapa leader yang saya fikir wajar kita beri sokongan...

semoga suatu hari nanti Tandek akan dipimpin oleh orang yang berkongsi wawasan negara dengan kita orang kampung...

saya akan menggunakan hak undi saya untuk menolak kepimpinan yang tidak dinamik.

Hanya ini yang saya ada....

4:09 PM  
Blogger Ajeem said...

memang undi penentu kepimpinan politik dlm demokrasi...baguslah kalau ada komitmen mcm tuu lg...harap satu hari nanti akan lahir kepimpinan yang gemerlapan dari kawasan kita...everything begin from inside...

8:38 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Semua warga desa mengharapkan perkara yang sama... Mereka menantikan komitmen yang boleh menyapu air mata yang sengsara ditahan-tahan bertahun2 lamanya.

Kita tunggu perkembangan yg muktakhir dari pejuan2 kita....

1:47 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home