TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, November 03, 2008

Gelora

Pagi ini aku bangun, pesan yang kuterima seusai lenaku bagai menjauhkan aku dari satu makna mimpi yang belum selesai. Baru saja langkah ini hendak menusuri titian rasa, bakal jejakku bersambut kabus yang menutupi jurang, sekadar kulewati perlahan, diintai percikan dan suara air yang mendesah nun jauh ke bawah, sayup-sayup diasak jeram bebatuan. Gerakku bertatih-tatih melewati satu ruang antara degup jantung dan rumpun emosi yang merimbun di dasar sanubari, diasak lumut licin membasah ke telapak kaki, bila-bila masa menghumbanku ke curam ternganga. Aku bukan tidak pernah gagal mengentarinya...
Pesan mimpi pagi ini membungkam jiwaku.. Ada semacam pergumulan yang memberikan tentangan ketika aku cuba untuk mengerti diriku sendiri. Jiwaku pagi ini, pesan itu menusuk perlahan, menguji semua kata-kata yang tidak terbatas di medan hati.
Dan aku sekali lagi, perlu bersabar membina keyakinan untuk sekian banyak pesan yang kusimpan.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Adanya pergumulan itu baik kerana ia sangat membantu kita agar kembali celik untuk menimbang-nimbang sejauh mana kekuatan kita menyusuri titian rasa sehingga tiba ke penghujung mimpi yang belum selesai. Curam ternganga itu juga baik kerana ia menginsafkan kita bahawa terdapat realiti yang lalu dan realiti di hadapan yang hanya dapat dimengerti jika dikongsi dengan rasa yang terbuka. Dan bersabar adalah perkara yang terbaik kerana sabar adalah sebahagian daripada iman kepada Dia Yang Maha Tahu.

5:50 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Terima kasih kerana mengongsikan pengertian tentang warna-warna kehidupan.

Ada beberaapa perkara yg mencabar samada untuk saya perhatikan atau ia datang daripada persekitaran. Saya tidak selalu sukar untuk menghalusi dilema. Mungkin ada beberapa sebab di sekilling kehidupan ini yang mempunyai cara sendiri untuk cuba menyelami sesuatu di dalam diri. Tidak dapat saya nafikan, persekitaran itu juga sumber tapi hakikat mengenainya ialah beberapa idea lain akan tetap melalui proses minda.

Mudah-mudahan ia tidak memberikan sebab yang parah untuk sekian masa yang ada.

2:52 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home