TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, May 11, 2009

Krisis Perak: Memerintah Dengan Majoriti Kurang?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengembalikan kuasa politik ke tangan Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Semakin rancak dan semakin bertambah panas. Sultan Perak nampaknya terpaksa melakukan 'kerja lebih' apabila untuk kali yang ke tiga memperkenankan pembentukan kerajaan. Ini kali pertama kes seumpamanya yang berlaku di Malaysia dan mungkin juga pertama kali di dunia!. Selamat berkhidmat untuk rakyat. Isu yang timbul ialah;

1. Bagaimana PR memerintah Perak dengan hanya kapasiti 28 YB berbanding 31 yang dimiliki BN?

2. Apakah pendekatan politik yang bakal diambil oleh BN dengan majoriti yang dimiliki mereka?

3. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur VS Sultan Perak, siapakah yang lebih berhak menentukan kemelut politik di Perak?

4. Dari sudut manakah fakta penghakiman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dapat membenarkan sebuah kerajaan diperbolehkan memerintah dengan jumlah majoriti yang kurang?

Dalam kes ini hanya satu jalan penyelesaian ialah membubar Dewan Undangan Negeri seperti mana yang dikehendaki oleh mereka (PR) sebelum ini dan biarkan rakyat menentukan siapa yang menerajui kerajaan Perak. Jika tidak, kerajaan 'baru' ini juga akan terus dipertikaikan. Bagaimana memerintah dengan majoriti kurang? Kemelut akan terus berpanjangan dan rakyat terabai.

Ujian karekter kepada kedua-dua pihak sama ada PR dan BN. Bagaimana mereka bersedia melalui satu lagi fasa baru lebih ke depan yang meletakkan rakyat sebagai terutama dalam misi politik. Bukan lebih bersifat perjuangan kepartian. Selamat memerintah PR dan kembalilah kepada aspirasi rakyat. Kepada BN, jadilah pembangkang yang proaktif di kawasan anda.

12 Comments:

Blogger FL Feinier said...

This comment has been removed by the author.

2:27 AM  
Blogger FL Feinier said...

Hi Mr. Mickey...
Satu artikel yang menarik dan buat saya tertarik untuk memberi komen..

1) Keputusan Mahkamah Tinggi adalah memutuskan bahawa Datuk Nizar yg Sah sbg MB Perak...dan seperti yg kita tahu, bahawa selepas GE12 Mac 2008, Perak jatuh ke tangan PR...

2) Masalah timbul apabila ada ahli DUN Perak yg keluar dari PR.. ini menyebabkan majoriti PR kurang...

3) Walau bagaimanapun, Datuk Nizar diputuskan sebagai MB yg sah atas sebab, situasi yg berlaku sebelum ini(Perlantikan Datuk Zambry), dan Pemecatan Datuk Nizar sbg MB, adalah tidak memenuhi syarat yg di gariskan oleh undang2, bahawa seseorg MB itu, hanya hilang kuasa apabila ada undi tidak percaya (Tapi INI TIDAK BERLAKU)... Dan, Sultan Perak hanya berkuasa utk Melantik MB, tapi tidak berkuasa utk memecat MB...Jadi, Sultan Perak tidak boleh pecat Datuk Nizar...Perlantikan Datuk Zambry dibuat oleh Sultan Perak atas sebab PR hilang majoriti, tapi document bertulis UNDI TIDAK PERCAYA itu tidak wujud..

4) Berkenaan hal memerintah dgn kurang majoriti tu (rasanya tidak di ambil kira oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes ini),.. Keputusan mahkamah hanyalah berkaitan hal, mengesahkan bahawa Datuk Nizar sbg MB yg sah (siapa MB yg sah, samada Datuk Nizar atau Datuk Zambry).. dan Perlantikan Datuk Nizar sebelum ini, sah disebabkan dulu PR memang ada skit majoriti...

5) Memandangkan sekarang ni PR kurang majoriti, dan Datuk Nizar pula yg MB sah (PR)... Memang sudah pasti Re-Election utk Perak akan di buat.. Bila, kita tunggu dan lihat saja...

Setahu saya, macam ini lah...sorry kalau ada tersalah kata...

2:36 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

FL Feiner..
Saya bersetuju dengan pendapat saudara yg mengatakan keputusan mahkamah dibuat dari sudut kes siapakah MENTERI BESAR YANG SAH berdasarkan situasi. Saya jg bersetuju 'kejatuhan' PR di Perak tidak melalui proses undi tidak percaya maka BN gopoh mengambil alih kerajaan.

Bagi saya terdapat kelemahan di dalam fokus SEBAB ISU itu dibawa ke mahkamah. Kalau cuma menentukan siapa yang SAH keputusan penghakiman masih boleh dipertikaikan selepas ini. Keputusan mahkamah yang memberi status Menteri Besar sah kepada Nizar merumitkan proses bukan menyelesaikan kemelut. Tidak ada masalahnya NIZAR DISAHKAN sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Masalah yg timbul seterusnya ialah KELAYAKAN memerintah. Ia bukan lagi soal Nizar Menteri Besar.

Satu cara terbaik dengan status Menteri Besar sah yang ada pada Mohammad Nizar ialah bubar DUN untuk mendapatkan majoriti memerintah. Saya tidak nampak cara lain kecuali mungkinkah selepas ini ada lagi proses mahkamah dalam menentukan siapa memiliki kuasa untuk memerintah. kemungkinan lain, DUN bersidang dan adakan undi tidak percaya. Tapi tidak mungkin Nizar mahu menunggu berlakunya proses ini.

Dari sudut lain, Sultan menggunakan kuasa dalam menentukan siapa memerintah. Sekalipun mahkamah sudah mengesahkan siapa Menteri Besar sah tapi Sultan boleh memperkenankan pembentukan kerajaan berdasarkan majoriti. Sebab itu saya katakan fokus fail penghakiman dan keputusan mahkamah merumitkan kerana ia tidak terus mematikan konflik.

Saya tidak kisah siapa memerintah Perak. Sebagai warganegara Malaysia, saya cuma mahukan kestabilan politik.

8:52 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Satu lagi dalam kes pecat, sultan tidak pecat MB Nizar. Kedudukan sultan pada waktu itu cuma memperkenankan pembentukan kerajaan berdasarkan majoriti. Dari perspektif perundangan, Sultan sudah menjalankan tanggungjawab berdasarkan kredebiliti yang melayakkan sebuah parti diperbolehkan memerintah.

Cuma pertanyaan saya, siapa peguam yang dilantik sebagai penasihat undang-undang bagi pihak BN? mereka nampaknya tidak berkelayakan malah lemah dalam menasihati cara yang lebih afdal mengikut kaca mata undang-undang.

Apa pn, saya tidak bermaksud saya tidak mahu PR memerintah Perak. Saya lebih suka sebarang konflik dapat diselesaikan segera dan kembali kepada rakyat tanpa memberi ruang kepada polemik politik berpanjangan yang tidak menguntungkan rakyat. Kebimbangan saya yang lain ialah ia sekadar memupuk ketidakstabilan emosi jangka panjang dalam generasi muda akibat 'dikeraskan' oleh pergelutan politik benci membenci. Komuniti tidak lagi berpaksikan kepada kewajaran berpolitik yang bertamadun. Dendam kesumat menghasilkan komuniti yang tidak matang. BN dan PR perlu berinisiatif agar konsep 1Malaysia tidak terjejas.

9:16 AM  
Blogger IsOn said...

Saya bukan pakar undang-undang, tapi saya suka memberi komen tambahan di sini.

Saya fikir Mahkamah Tinggi sudah melakukan keputusan yang betul berdasarkan dokumen sah yang dikemukakan.

Tentu sekali dalam keadaan sekarang PR tidak lagi layak memerintah, tetapi peralihan kuasa harus melalui proses perundangan yang betul dan bukan digulingkan begitu saja.

Sebagai seorang yang sepatutnya arif tentang perundangan di Malaysia, Sultan Perak seharusnya faham situasi ini dan sekarang terpaksa menelan pahit liurnya sendiri.

Seorang raja sepatutnya menjadi lambang kepada kedaulatan undang2, tetapi turut tidak terlepas dari maksud undang2 itu sendiri. kita tentu masih ingat bagaimana kekebalan raja dinafikan oleh Tun Dr. Mahathir ketika beliau masih PM Malaysia.

Sudah tentu Nizar tidak mungkin dapat memerintah Perak dengan kekurangan majoriti. Oleh itu hanya ada dua kemungkinan yang akan berlaku iaitu beliau akan digulingkan melalui undi tidak percaya dalam sidang DUN perak yang sah atau beliau membubarkan DUN untuk membolehkan rakyat memberi mandat baru siapa yang lebih layak memerintah. Dan saya fikir Nizar telah membuat pilihan yang 'bijak' apabila meminta perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

Nota: Inilah akibatnya kalau lompat melompat parti terus diamalkan di Malaysia. Rakyat pula akan semakin malas turun mengundi kerana undi mereka boleh diperkotak-katikkan oleh wakil rakyat yang tidak amanah kepada undi rakyat terhadap mereka.

11:53 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ison,
ya, saya setuju bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah melakukan keputusan yang betul mengikut keperluan kes. Kesilapan besar yang berlaku ialah pengambilalihan kerajaan oleh BN yang dilihat terlalu gopoh. Menggulingkan kerajaan secara memaksa.

Tafsiran perundangan Sultan Perak yang berbeza dengan keputusan mahakamah boleh menimbulkan krisis. Walau bagaimana pn, keputusan Nizar untuk mendapatkan perkenan Sultan membubarkan DUN satu langkah yang boleh menyelamatkan Perak daripada kemelut politik.

Saya rasa memang sudah tiba waktunya diwujudkan Undang-Undang Anti-Melompat dengan maksud- setiap wakil rakyat yang berhasrat 'menyeberang' parti perlu mengosongkan terlebih dahulu kawasan pilihanrayanya... Kalau ada PRK baru bertanding atas tiket parti baru.

ATAU tunggu pilihanraya umum, buat pendirian politik... PRK banyak membazir wang rakyat.

12:25 PM  
Blogger FL Feinier said...

Wa.. hehe.. makin hangat pula ni perbincangan.. tadi sya p makan pun di restoran pun, org yg bisness pun tertarik utk bincang isu politik.. saya rasa, ini satu perkembangan yg baik sbab kesedaran terhadap pentingnya mengambil tahu isu politik semasa, makin tinggi… orang skrang mmg makin smart dan tidak mudah diperdaya oleh mana2 pihak lagi…

Untuk komen Mr. Mickey yg pertama, respon sya ialah, adalah mustahil bagi Mahkamah utk menentukan siapa yg sah memerintah di Perak buat masa ini.. sebab, saya rasa, persoalan ini, keputusannya terletak pada rakyat, dan bukan pada Mahkamah… Jadi, maksud sya, utk bawa usul Kes siapa yg sah memerintah itu memang mustahil. Sbab, kita semua tahu, undang2 kita menyatakan bahawa siapa yg menang majority mudah, dia yg memerintah… Dan lagi mustahil, MB dari PR, tapi parti yg majority mudah BN…Dan lagi yg terlebih mustahil, memerintah tanpa majority mudah… Jadi, memang tidak ada cara lain selain dari buat pilihan raya Negeri semula… INI ADALAH PASTI…

Itu yg pertama, .. Yg kedua.. Saya rasa, Sultan Perak memang pecat Datuk Nizar.. kalu tidak, takkan lah Sultan tu tidak terfikir yang mustahil ada dua orang MB??? Atau lebih tepat, Sultan Perak sbnar nya memang ada mengistihar bahawa Datuk Nizar bukan lagi MB, dan kemudian mengangkat Datuk Zambry sebagai MB yg baru…

Tapi, ini lah sebenarnya point utama kenapa BN boleh tewas dlm hal ni.. kebanyakan ahli PR adalah golongan educated and byk di kalangan mereka adalah peguam dan expert dlm perudangan… Seperti yang sya cakap dlm komen sya yg pertama, seseorang MB tu hanya boleh dilucutkan jawatan jika wujud usul undi tidak percaya dlm DUN ketika Dewan Bersidang… tapi, ahli BN tidak buat usul ini dan mungkin juga tidak mampu buat,… sebab apa? Bila ahli BN nak panggil ahli DUN dari PR bersidang, ahli PR tidak datang… Dorang pulaukan persidangan dewan,…speaker dewan dari PR pun tidak mengesahkan persidangan yg ahli BN nk buat… jadi, macamana nk kemuka USUL UNDI TIDAK PERCAYA terhadap MB Datuk Nizar… walaupun, realiti masa tu, PR bukan lagi majoriti…

Jadi, sultan perak yg juga seorang yg pakar dlm undang2, seorang hakim yg terkenal, berada dlm dilemma… rakyat dah bising dah… tapi, tidak wujud kerajaan yg sah.. sebab PR hilang majoriti dan wujud desakn dri BN yg sudah miliki majority… jadi, bila DSN jumpa sultan.. entah apa di bincang.. Sultan Perak pun isthiharkan atau melantik Datuk Zambry sbg MB yg baru… Bila sudah BN yg kononnya memerintah.. PR pula dengan bijak, Speaker Dewan, V. Sivakumar mengadakan sidang dewan bawah pokok untuk meluluskan usul PERCAYA dan SOKONGAN kepada Datuk Nizar sbg MB yg sah.. dan kdua, USUL utk membubarkan DUN Perak.. dan USUL ketiga melarang Datuk Zambry dan 6 exco hadir dewan..

Ini lah masalah kerajaan.. Peguam yg hebat2, tidak di jaga baik2… tengok skrg apa jadi.. sampai kes Batu Puteh pun Malaysia kalah dgn singapore… salah satu factor, peguam lah tidak cekap.. itu lah sbab, Datuk Nizar masih sah sbg MB.. usul tidak percaya di dewan tu tidak berlaku… Dan, saya memang setuju lah dgn MR. Mickey… sepalah penasihat undang2 BN ni kan.. lawak betul.. susah juga ni kalau “gila kuasa” sudah betul.. sampai kepentingan rakyat pun terabai… Apa yg Mr. Mickey cakap sbg ketidakstabilan emosi jangka panjang, dan pergelutan politik benci membenci tu,… sya kurang pasti samada wujud skrg ni atau tidak, tapi,. Apa yg saya lihat, memang rakyat perak sudah meluat dgn ketidakstabilan politik dan pergelutan kuasa yang sudah lama berlanjutan… Leceh betul… Kalu BN gunakan kuasa BN sbg pemerintah ar, sekat itu ini, mang kebencian tu akan lebih meluap2 terhadap kerajaan.. tapi, uniknya negeri perak ni skrg, separuh rakyat perak BN separuh lagi PR… tidak satu hati sudah ni… tidak macam Pulau Pinang, tidak macam sabah…


Cuma, di sabah ni, harap2, YB2 kita, jangan lah hancurkan kepercayaan rakyat… Dan saya setuju jg tu dengan pendapat DR.. tidak patut YB tu lompat2, sebab, dorang jadi YB atas tiket parti dorg masa election… kepercayaan rakyat tu tidak patut di anggap remeh… sebab rakyatlah yg berkuasa, menentukan, siapa yg layak mewakili dorg… Dan utk Undang2 Anti-Lompat tu, saya rasa, akan datang, tidak lama lagi, keperluan perundangan ini akan di bawa ke Dewan Rakyat… nti kita tingu lah mcm mana ar.. sorry sebab mengambil masa berhujah terlalu lama…. Saya baru belajar mo ikut2 orang2 dewasa berbincang pasal politk bah ni.. saya budak baru belajar ar, kalau ada salah silap, cara saya yg tidak sopan… sila lah tegur..… teng Q ar… (^_^)…

2:58 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hehe.. sya ni pun buta undang-undang jg... Terima kasih kerana berkongsi. Ya, peguam PR lebih ber'skill' dalam mengesan cara yang membuatkan keputusan perundangan memihak kepada mereka.. Mereka juga bijak dalam menentukan kesesuaian kronologi politik sehingga membuatkan BN terkedu cara lebih terpuji mengambil alih malah di dalam mempertahankan 'kerajaan'...

Tentang peranan sultan... setakat yg saya tahu, sultan memperkenankan pembentukan kerajaan baru yang dengan sendirinya Nizar 'bukan' MB waktu itu selepas perlantikan Zambry atas sokongan majoriti mudah. peranan sultan setakat itu yang saya terbaca di paper the Star.

BN lebih dilihat sebagai 'gangguan' di dalam proses ini. hehe... Seperti yg saudara harapkan, itu juga harapan saya bila bercakap tentang YB2 kita di Sabah. Usah khianati kepercayaan rakyat.

terima kasih sekali lagi. Saya juga budak baru belajar. tersilap kata tersilap bicara, sila la juga tegur.. :)

4:44 PM  
Blogger FL Feinier said...

Wa.. tapi, artikel yg saudara LM baru post tu.. iaitu perkembangan terbaru terkini, memang sangat2 rumit.. saya rasa, ini jg melibatkan tangan2 lebih besar.. yg ada kuasa...

Sya tidak nampak cara lain yg lebih baik dari Pilihan Raya semula.. kita tunggu dan lihat lah macam ya.. hehe.. Dan apa yg saudara LM katakan ttg peranan Sultan tu, saya setuju juga.. iya, lebih tepat, kejadian kajatuhan Datuk Nizar, adalah secara tidak langsung dr keputusan Sultan.. walaupun scara realitinya, mengikut undang2, kekosongn bg jwtn MB itu tidak berlaku.. okey.. teng Q.. (^_^)

9:52 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Fl Feiner..
nampak gayanya situasi terbaru... macam mana pn tidak akan diadakan pilihanraya sebab baru setahun pilihanraya umum berlalu. kecuali sidang DUN dan adakan undi tidak percaya... tambah rumit. Mana ka PR mau mcm tu. Tau sudah akan kalah kalau adakan undi tidak percaya.

tunggu la kan... apa saja cara, janji selesai kemelut.

6:15 PM  
Blogger FL Feinier said...

Adeh, itu lah bah tu.. sya pun baru dapat tangkap ni situasi lepas lama buat analisis... kono.. haha.. Baru lah sya boleh faham skit...(^_^)

Buruk betul situasi di perak ni..huhu..

2:54 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hehe.. nasib juga sabah tidak macam nie dulu2... hehe

6:53 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home