TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, May 01, 2009

Perintah BERKURUNG!!

Di Kuala Lumpur seharian saya berdamping dengan masalah ini. Rimas dan geram. Mereka semakin berkelakuan ganas. Membelasah dan sanggup membunuh demi wang dan suka-suka. Menggugat keselamatan awam. Vandalisma. Jenayah ragut dan merompak. 'Pembentukan wilayah rempit' yang menjurus kepada pertelingkahan 'menakhluki kawasan'. Seks bebas, gejala sosial meruncing dan lepak memburukkan imej negara.

Saranan saya kepada pihak berkuasa, ambil tindakan keras! Tidak perlu penjarakan mereka. Sediakan satu asrama khas (seakan-akan melaksanakan perintah berkurung). Tempatkan mereka di sana dan denda mereka untuk melakukan kerja-kerja sosial selama 3 tahun dengan pemantauan dan disiplin yang ketat. Adakan program setiap hari Ahad, hantar mereka ke penjara untuk melakukan kerja-kerja pembersihan seperti menyapu lantai, membersihkan tandas penjara, mencantikkan landskap penjara dan makan tengahari bersama banduan.

Mungkin beberapa bulan sebelum keluar dari asrama khas, beri mereka peluang 'menikmati' kehidupan penjara selama seminggu sebagaimana rutin banduan. Biar mereka melihat dan mengalami sendiri pengalaman dalam penjara termasuk menonton secara live hukuman sebat dilaksanakan. Beri juga mereka peluang untuk melawat banduan dalam bilik akhir. Banyak program lain lagi yang boleh dilaksanakan mengikut bakat dan personaliti pesalah rempit. Cukup la setakat ini saya menyesakkan minda menulis kisah rempit yang tak pernah sudah-sudah!

P/S: Ada suatu ketika saya sedang menunggang motorsikal dan tiba-tiba dikerumuni seramai 10-15 anak muda dengan aksi 'tarik minyak' yang bingit. Saya tetap dengan pandangan ke depan tanpa 'tertarik' dengan aksi mereka. Ada yang mengajak merempit. Kata mereka jaguh lawan kapcai. Hahaha... Saya senyum saja dan tidak peduli. Aksi gadis genit menggoda "Alaaa.. Abang jaguh kecut perut kerr?" Sambil tergelak dan melenggokkan badan memantrakan pandangan 'seksa'. Saya perlahan memberhentikan motorsikal. Mereka teruskan perjalanan bila terpandang signboard Pondok Polis Cheras (Taman Desa Aman).

Apa agaknya terjadi kalau saya sahut cabaran merempit??? Saya sendiri akan mendaftar masuk dalam asrama khas. HAHAHAHA...

4 Comments:

Blogger Umar Safri said...

cadangan yg mantap LM! sy setuju... keluhan driver teksi setiap kali sy turun KL adalah sama. `tekanan` dgn suasana. tapi, bagi mereka yg berjiwa seni dan memandang semua itu dr kaca mata seni.. mungkin itu boleh menarik ilham dr langit. hehe..

2:54 PM  
Blogger JMimie said...

Teringat pula sya kisah dulu2 time sana KL..pernah sekali sya kena himpit oleh mereka2 yg tdk btanggungjawab ni..siuk2 duduk di atas motorsikal tiba2 kena langgar dari belakang..nasib baik sisi paha kiri ja yg kena himpit..kalau tidak, sia2 nyawa melayang..

p/s: siapa punya motorsikal yg sya naik dulu tu ahhh...hemmm...hahaha

9:09 AM  
Blogger Al-Rashid Zulkefli said...

Salam Kunjungan LM,

Biasala bah tu. Tapi, bagus juga cadangan ni.

Biar diorang rasa "kegelapan dunia" di sana!

;p

7:13 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Umar...
KL ni penuh dengan sungutan dan pelbagai ragam. Kota tidak pernah gagal menyajikan semua yang hiruk pikuk kerana itu antara nadinya...

jmimie..
naik motor dengan siapa lagi tu aaa.. sya masa tu tingu2 ja kamurang.. hahaha...

Meet Uncle Shah,
terima kasih atas kunjungan. mudah2an pesalah rempit kita ni ada cara untuk ditangani, jangan sampai jadi ini sesuatu yang biasa (rempit) di dalam jiwa anak-anak muda kita...

12:16 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home