TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, May 13, 2009

Satu Kisah Kecil Saya Kenang-Kenangkan Untuk Hari IBU: "Buat Apa Pergi Tamu Kalau Duit Pun Tiada...."

Suatu pagi. Sedikit hening dan masih berembun di hujung hijau rumput. Mama, selesai ke sawah padi, mandi dan bersiap-siap sambil menjinjing bakul. Bapa memerhati dengan tanda tanya tapi cuma berdiam. Di wajah bapa seolah-olah ada perasaan kasihan tapi tertangguh begitu sahaja.

Pagi itu hari Isnin. Tamu Pekan Tandek. Mama mulai melangkah. Kemudian Bapa bertanya "Buat apa pergi tamu kalau duit pun tiada..". Wajah bapa tidak dapat menyembunyikan reaksi seorang suami yang mahu berkongsi sesuatu apa yang terkandung di dalam hati seorang isteri. Dengan perlahan mama menjawab "Memang tiada juga ba duit ni. Tapi pergi saja la di tamu. Tingu-tingu. Kalau dapat lagi bawa pulang satu bungkus lada buli sudah tu. Ada lagi rasa pedas di bibir".

Selepas mama hilang di hujung jalan, bapa mulai menjamah topod (nasi baki semalam) yang mama hidang sebelum bertolak. Nasi kosong bercampur air masak untuk memudahkan kerongkong menelan dan sepotong ikan masin dan mulai memakan dengan linangan air mata.

Pada suatu hari bapa bercerita kepada saya. Katanya, itu salah satu peristiwa dalam hidupnya seorang ibu yang mengkagumkan hati seorang bapa dan sebagai seorang suami. Seorang isteri yang tetap tau 'menceriakan' meja makan sekalipun dalam keadaan hidup yang sukar dan serba kekurangan.

"Asal ada lagi pedas di bibir' Ini kenangan bapa terhadap ibu yang selalu bapa kongsikan kepada anak-anaknya dengan linangan air mata. Saya tidak pernah melihat bapa menangis dan saya gagal menahan air mata bila bapa 'menangis' untuk mama.

SELAMAT HARI IBU kepada ibu tersayang Murinas Masantun dan kepada semua ibu-ibu yang hebat-hebat di mana sahaja kalian berada... Tuhan menyertai di dalam segala usaha dan perhatian khusus di dalam keluarga berdamping di sisi bapa/ suami tercinta.

Doa ibu membawa ke syurga
Doa ayah jalan ke syurga...

7 Comments:

Blogger Kabasaran Soultan said...

Sebuah kisah yang maknanya amat dalam.


BUNDAKU


Bundaku ,
Dalam manis dan lezatnya kehidupan
Cintamu ada dalam syukurku
Dalam pahit dan getirnya hidup
Kasihmu ada dalam Sabarku
Dalam sulit dan berlikunya jalan
Kompasmu ada dalam pikiranku
Dalam gesekan dan benturan
Pergaulan
Bijakmu ada dalam hatiku
Tak kan ada cinta yang melebihi cintamu
Tak kan ada kasih yang melebihi kasihmu
Tak seperti sang mentari yang masih menyisakan malam
Tak seperti sang udara yang masih mengosongkan ruang hampa
Tak seperti samudra yang masih menghamparkan daratan
Cintamu adalah sejati-jatinya cinta
Kasihmu adalah sebenar-benarnya kasih
Dalam darahku mengalir darahmu
Dalam dagingku menempel dagingmu
Dalam pikiranku menumpuk pintarmu
Dalam hatiku menggunung bijakmu
Dalam kasih ku ada kasihmu
Tak satupun mampu memisahkan
Tidak jarak
Tidak waktu
Tidak juga dimensi
Harimu adalah hari-hariku
Setiap hari adalah hari-harimu
Bunda


Selamat hari ibu

1:23 PM  
Blogger NONG said...

LMike..
Posting ko sama c mimie ni kan butul2 buat saya menangis ini hari.
Terus terang saya cakap,saya sangat sensitif dengan perkara2 yang menyentuh soal kehidupan realiti.
TAHNIAH dengan posting kenangan bersama Mendiang Bapa ko Mike.. Ibu kita adalah ibu yang terbaik dan terhebat..
HAPPY MOTHER DAY TO ALL AMAZING MUM.

4:20 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

kabasaran...
puisi ini sungguh mendakap jasadku, menanam zat-zat yang manis-manis di dalam rasa, menyembuhkan luka-luka perantau, memberi sirna dan tanda IBU itu ada di mana di dalam hati kita... terima kasih... IBU itu adalah kejadian ajaib di dalam kehidupan anak-anak di samping bapa.

Nong..
Terima kasih bertandang dan meninggalkan komen di sini. terus terang juga.. sebelum saya menulis artikel ini saya menangis kerana tidak terdaya untuk memulakannya... saya sangat kritikal di dalam emosi beberapa waktu sehingga perlu bertenang dan mulai menulis... kenangan ini terus ada waktu bapa sudah tiada... Bapa sempat memberikan erti kepada kami apa maksud kekaguman seorang suami kepada isteri... anak mana yang mampu bertahan bila diasak perasaan nostalgik begini.... Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu yang mengkagumkan...

6:33 PM  
Blogger NONG said...

LMike..
Sekali lagi saya menitiskan air mata membaca ulasan ko.
Kalaulah saya sekuat ko untuk berkongsi rasa hati yang terpendam, akan ku izinkan jari jemariku menari indah.Namun aku tewas dengan permainan emosi yang mencengkam..
Kiranya kekuatan itu ada,akan ku kongsikan segalanya nanti.
Sekalipun kondisi pengalaman hidup kita berbeza,saya percaya kita punya kekuatan tersendiri untuk melayari kehidupan ini...
GOD bless you and ur family Mike..

7:51 PM  
Blogger JMimie said...

Mendiang bapa dan mama Mick adalah antara pasangan yang sentiasa mengkagumkan di mata saya dari dulu sampai sekarang. Mereka bukan saja berjaya menunjukkan satu contoh keteguhan dan kebahagiaan hubungan suami isteri tetapi juga berjaya mendidik dan menghasilkan anak2 yg baik, membanggakan dan menyenangkan ibubapa, sekalipun sebagai orangtua mereka harus melalui hari2 yg sukar yg sentiasa menuntut setiap titisan peluh dan kudrat yg ada semata2 utk memberikan segala yg terbaik buat anak2 tersayang.

Sungguh ajaib kasih yg Tuhan ilhamkan kepada seorang ibu dan bapa terhadap anak2nya!

Selamat hari ibu kepada semua para ibu...we love you mums.

12:02 AM  
Blogger BUNG ADI said...

isteri/ibu dulu-dulu...wpn nda da pelajaran, tapi ada keunikan: ori, ayu, manis, menawan, taat, setia, PANDAI JAGA HATI SUAMI dan didikasi sebagai IBU.

Ya, saya juga mau ternangisss...(sebenarnya mata sudah berkaca punnn...) mengenang sang ibu...suka dukanya...dan sebagainya.

9:35 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Nong..
terima kasih kerana berkongsi pandangan yg baik. Pasti nong jg mempunyai pengalaman yg begitu dekat dalam hati bersama ibu dan seisi keluarga

Jmimie...
Terima kasih mimie. Saya percaya mimie juga memiliki sebuah keluarga dinaungi ibu bapa yg barjiwa besar dan begitu kasih akan anak-anaknya.

sanguru...
ya, benar la seperti kata sanguru. kita tetap percaya ibu mana yang mengabaikan keluarganya kan... terima kasih sekali lagi. suka dan duka dalam keluarga itu pengerat hubungan menghasilkan pengalaman dalam ingatan sepanjang masa..

10:13 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home