TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, May 17, 2009

Yang Haram TETAP HARAM

Sejak zaman Perjanjian Lama era Nabi Musa sudah diistiharkan haram. Tuhan berfirman kepada Musa dan Harun anaknya "..... Demikian juga babi hutan. HARAM itu bagimu. Daging binatang itu jangan kamu makan dan bangkainya jangan sentuh."

Seorang pensyarah wanita pernah berkata "Ketika darurat makanan, iaitu di dalam keadaan tiada apa makanan lagi kecuali daging babi, diperbolehkan makan sebab jika kamu tidak makan, kamu akan mati" Ia sesuatu yang baik untuk mengelakkan berlakunya kematian. Walau bagaimanapun, kita boleh mengambil iktibar daripada sifat hawa yang melihat buah pohon itu kelihatan baik dan sedap untuk dimakan.

Isu ini agak sensitif. Namun tidak ada sebab untuk saya mempersoalkan pandangan ini. Pendirian jelas saya mengenai isu ini ialah TIADA KOMPROMI. Selagi perintah dalam Alkitab itu HARAM maka tetaplah haram. Jika seseorang itu mati kerana bertahan daripada memakan makanan yang diharamkan oleh Tuhan, Tuhan Maha Mengetahui semua itu dengan sifat adil-Nya.Sudah tentu ada sebab kukuh kenapa Tuhan katakan haram.

Beberapa wabak besar yang menggoncang dunia berpunca daripada binatang ini. Virus terbaru, Influenza A (H1N1) yang disifatkan lebih besar kesan akibatnya daripada virus Spain (sebelum ini mengorbankan 40 juta orang di seluruh dunia) bakal menjadi ancaman dahsyat kepada global.

Yang HARAM tetap HARAM. Sama-samalah kita renungkan..

6 Comments:

Blogger JMimie said...

Isu ini memang agak sensitif tapi kita bercakap tentang fakta dan realiti. Terbukti perintah yg diberikan Tuhan sejak tamadun awal manusia bukan satu permainan. Wabak yg semakin mengganas sungguh mengingatkan manusia kembali bahawa yg diharamkan itu wajib dituruti tanpa kompromi kerana Tuhan mengatakan dengan jelas..."jangan memakan...haram itu bagimu...". Tidak ada kata dua atau "kalau.." di sana.

Tuhan yg Maha Bijaksana dan Maha Tahu pasti telah melihat lebih jauh ke depan bahawa penyakit melalui babi akan meragut banyak nyawa manusia tanpa belas kasihan pada hari ini ketika Dia memberikan perintah itu melalui Nabi Musa lebih kurang 5000 tahun yg lalu. Jadi, tidak hairanlah kalau memakan daging babi sangat diharamkan oleh Alkitab.

Semoga kita selamat daripada dijangkiti virus ini.

12:51 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Jmimie..
saya bersetuju. Sememangnya TIADA KOMPROMI.

1:36 PM  
Blogger IsOn said...

Terima kasih atas artikel yang baik. Cuma ingin menambah sedikit..

Kalau kita baca tentang Swine Flu (Sekarang sudah ditukar nama oleh WHO kepada Influenza A H1N1), wabak ini sebenarnya menular bukan kerana memakan daging babi. Bahkan wabak sedemikian juga berlaku kepada haiwan peliharaan yang lain, dan bukan hanya kepada babi.

Sebagai fakta tambahan, terdapat sejenis ubat yang dikenali sebagai 'heparin' yang digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk menyelamatkan pesakit yang mengalami serangan jantung secara mengejut. Ubat tersebut diperolehi daripada babi.

Selain daripada itu seperti juga tikus, monyet dan sebagainya, babi juga digunakan dalam 'research and development' bidang sains dan teknologi.

Tiada niat untuk membela babi atau pemakan daging babi. Cuma satu perkongsian fakta menarik yang saya kira wajar diberikan kredit. ;)

12:21 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

ison...
Saya ada juga mengetahui mengenai beberapa jenis ubat daripada babi digunakan meluas dalam perubatan. Saya tidak menolak mengenai fakta itu... hehe cuma tidak menulis mengenainya. Setiap binatang yang ada berpotensi membantu dalam bidang kajian perubatan. Dari sudut ini, saya tidak menyentuh soal keperluan haram tidak haram... hehe. Tapi Selain babi, ada inisiatif lain yang boleh menganjakkan kepelbagaian keperluan perubatan.

Mengenai virus, saya setuju tidak juga hanya disebabkan oleh babi tapi juga oleh haiwan lain. Cuma kesan besarnya yang lebih ketara mengikut keadaan semasa dan disebut-sebut orang ialah babi. Dalam konteks sedikit 'menyempit' isu yang dibesarkan ialah buat waktu ini wabak yg menular lebih disebabkan oleh babi.

Terima kasih atas penjelasan yang baik berkaitan fakta perubatan.

1:37 PM  
Blogger BUNG ADI said...

artikel yang boleh buat orang berfikir, dan memang perlu difikir. Tapi maafkan saya, bab-bab begini saya takut ulas, "subai ko miduduwo om ataaaanang micocorita..." hehehe. siou kie, ajaaarangg oku kosobut siti "banglo" nu. (banglo kangku tu, acanggih gima wo...hehe).

7:52 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

teda hal bah tu sanguru. ada masa bercerita juga kita apa2 sahaja kisah... hehe

6:33 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home