TINGKALANON - TANDEK - MORION

Sunday, March 27, 2005

Mahu mengelilingi dunia...

Segalanya bermula bila seorang kawan [satu fakulti di UPM dulu], menghubungi saya minggu lepas bertanyakan khabar. Di akhir perbualan sempat juga kawan ini memberikan saya satu link www.oiljobs.cc untuk saya pertimbangkan. Pada mulanya saya hanya dapat beritahu yang saya sudah punya kerjaya. Namun bila saya buka laman web itu, timbul idea baru, kemahuan baru, boleh jug dikatakan mencetus semangat baru, dan saban hari 'kegelisahan' menyerang benakku. Walaupun tidak pernah memiliki pengalaman dalam bidang industri pertoleum, namun keinginan untuk mencuba terus tumbuh dalam diri sementara prestasi kerja saya sebagai supervisor semakin baik. Alkisah, kawan tadi sekarang bertugas di pelantar minyak di Norway dan memberitahu dia bermula sebagai pekerja tanpa sebarang pengalaman. Namun apa yang lebih menarik, level permulaan bagi pekerja biasa tanpa pengalaman bermula sebagai pembantu service, penggerudi dibayar dengan matawang US$275-300 SEHARI!! (hanya 21 hari bekerja). Sudah tentu ada sebab mengapa gaji dibayar sedemikian rupa tapi lupakan dulu fungsi kerjanya yang terlalu bersifat teknikal. Hanya mulakan dengan MINAT dan komitmen. Demikian pesan kawan tadi selalu sahaja mengganggu tidurku. Lalu bermulalah angan-anganku untuk mengelilingi dunia... 'Nigeria, Angola, UK, Norway, Kanada. Mexico, Hong Kong, Korea, Australia, Brunei', fikirku perlahan. Duniaku hanya laut biru, deru angin, kerangka besi, kabel, suit yang bersalut minyak hitam, topi keselamatan dan kabin kecil. Semua itu kelihatan satu gambaran yang sungguh menarik dan seakan-akan memancing seluruh minatku.. Ketika mengisi borang online, ditanya mengenai 'work status' dan 'preferred location' - saya terus mengklik 'Available immediately' dan 'Worldwide'. Entah apakah ini satu PILIHAN yang baik? Barangkali baik juga jika sekali-sekala menduga risikonya. Apa pandangan semua???

5 Comments:

Blogger Jaxon S said...

mick, bukan berniat utk melemahkan semangat, tapi saya nasihatkan hati-hati dgn tawaran yang luarbiasa menarik ini. untuk panduan sebelum bertindak apa-apa sila ke alamat ini http://www.google.com.my/search?hl=en&q=oil+job+scam&meta=

saya rasa ini satu lagi bentuk penipuan siber.

10:25 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

"Oil Job Scam Buster II
Internet Oil Job Scams On The Rise!!"

Saya telah ke laman tersebut dan mendapati 'banyak kerja' yang perlu saya fokuskan ketika otak mahu memutuskan sebarang bentuk pilihan. Apa yg saya dapat perhatikan ialah permasalahan berkaitan dengan kredibiliti web yang menawarkan kerja. Thanks Jack sebab memberikan panduan lebih daripada apa yang patut.

Dalam 'kemeriahan' saya berfikir-fikir tentang tawaran tersebut, sebenarnya KERAGUAN tetap timbul dalam diri dan inilah yang sebenarnya mnimbulkn 'kegelisahan'
emosi ketika mula melelapkan mata.

YA! saya fikirpun ia bentuk penipuan siber jika meneliti kandungan dalam web yg Jack bagi. Ada laman yang tidak berkaitan langsung dengan industri tetapi menawarkan apa yang ditawarkan oleh industri berkenaan. Ini yang MENGGERUNKAN. Sekadar satu agensi yang beroperasi tanpa pengiktirafan daripada industri terbabit. Umpamanya yg selalu berlaku di Malaysia. Yang terbaik ialah tawaran yg dibuat oleh HR industri itu sendiri. Apapun saya perhatikan baik-baik. STEP BY STEP dan akhirnya akan menampakkan sendiri kebenarannya jika benar berlaku satu penipuan. PROSEDURnya akan menampakkan apa yg tidak patut nanti.

Well, seem like all the oppertunity gone forever.. hehe. Never mind. It's doesn't hurt me. Thanks again Jack! i really appreciate it!

11:55 PM  
Anonymous Anonymous said...

utk makluman, dua ahli komuniti masin asin lem dan nuar kena benda ni, tapi tak sempat kena tipu. sya juga pernah kena loterry scam. kononnya saya dapat 800,000 pound sterling dlm cabutan peringkat asia pasifik yang dibuat secara rawak oleh komputer. mereka nak saya tuntut hadiah tu yang bersamaan RM4 juta. check punya check aku hampir kena tipu. -- jack

9:27 AM  
Anonymous Anonymous said...

so sejak tu aku berhati-hati sangat dalam hal ini. mungkin ada tawaran yang betul, tapi bayangkan berapa ribu yang memohon kerja tu dgn register melalui internet dan kemungkinan separuh daripada jumlah tu akan dapat "tawaran kerja" dan perlu lalui prosedur seperti melakukan pembayaran dua tiga kali "untuk proses visa dsb". (pendek kata, siapa saja memohon pasti akan dpt kerja tu tapi takkanlah ada beribu-ribu jawatan kosong untuk penggerudi minyak). oklah, aku memang sakit hati dengan penjenayah siber seperti ini kerana yang menjadi mangsa ialah org yg susah, bukannya org yang sudah kaya raya. -- jack

9:35 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ya! mmg betul. Menyusahkan orang yang sudah sedia susah.. Biasanya org yang susah nie slalunya beriya-iya dengan ikhlas tapi rupanya itu platform bagi org yang mahu sentiasa senang... Saya pn saja try tengok apa jadi. Fikirkan harap BETUL JADI. Tp kalau benar2 sekadar satu jerangkap samar, mmg sia bleh nampak jg bah tu. Lg pun manatau kalau betul2, ttp melalui proses rumit dan menuntut macam2, maka dgn senang hati sia bleh letak ke samping tawaran sebegitu.. dua ahli komuniti tu pun dengan sama link tu jg ka?

10:46 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home