Monolog I...
"Hi, ketemu kembali. Ke mana perginya cinta itu?.."
"Saudara berbeza kali ini..."
Hmm... Kamu datang lagi. Aku pernah mengingatkanmu supaya tidak menggangguku. (Entah apa yang harus kulakukan. Mengucapkan selamat datang kepadanya seperti kebiasaan? Atau membiarkan sahaja dia berleter seperti kebiasaannya juga).
"Saudara berbeza kali ini..."
Ah! Apakah kamu tau semuanya tentang apa yang ada dalam diriku?. Apa kebaikan yang kamu perolehi ketika aku kelihatan tidak berbeza bagimu atau ketika kamu rasa terganggu dengan perubahan yang menjengkelkanmu. Bukan urusanku.
"Aku khuatir. Apakah aku tidak punya hak untuk merasa khuatir terhadap dirimu?"
Khuatir?? Hei kawan... untuk kali ini aku terperanjat. Patutkah aku merasa terharu dengan kesediaanmu merasa khuatir akan diriku? Selama inipun kamu sering membiarkan diriku tanpa peduli apakah perasaanku ketika bangun pagi atau ketika aku menghabiskan sisa senja.
"Aku tidak perlu khuatir sebenarnya. Tapi aku memilih waktuku sendiri bila harusku merasa khuatir terhadap dirimu"
Untuk apa? Apakah aku tidak mampu untuk meneladani masa lampau sehingga aku tidak dapat membasuh dan merawat luka sendiri? Atau apakah aku tidak mampu mengingati jejak silam sehingga tidak mampu mengatur langkah? Atau kamu khuatir bebatu di tepi jalan itu melukakan terus carikan onak kelmarin...
"Kalau begitu apakah aku tidak perlu hargai hak pilihan yang kulakukan??... Jika demikian aku akan pergi sekarang..."
Merajuk lagi la tu. Bukan begitu. Bukan tidak punya hak. Aku cuma sekadar mau bertanya kenapa?
"Jangan la bertanya lagi kepadaku kenapa. Pilihanku ini tidak pernahpun mempengaruhi dirimu. Dirimu la yang akan tentukan. Aku akan pergi kalau itu yang kamu mau"
Hmmm... (dari dulupun sehabis bicara, aku tetap kamu tinggalkan tanpa meminta izin). Kalau mau pergi, silakan saja.
"Aku sayangkan dirimu dan aku tidak mahu melihat kamu bersedih. Kamu berpura-pura seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dengan dirimu. Pergi la dan cintailah orang itu."
Aku tau maksudmu teman. Perlukah kau ulangi lagi permintaan mu seperti yang sudah-sudah? Kau pun tau kan, aku akan tetap pergi juga. Bukan setakat untuk mau mencintai....
"......."
.........
"Hey.."
Ya..
"Err.. Hari sudah senja. Boleh ingatkan dirimu sekejap yang aku ada di sini bersamamu menghabiskan sisa senja. Usah katakan yang aku tidak ambil tau dirimu sebelum terbenam matahari"
Ya, aku tau. Tanpa aku diberitahu pun, aku tetap tau buat pertama kalinya kamu menemaniku menunggu senja.
"Jangan berkata begitu. Kasihanilah diriku.. Sementara masih sempat, aku ingin bercakap-cakap lagi dengan mu. Ya, selepas ini.. lebih kerap. Esok pagi aku datang lagi bertanya khabar perasaanmu. Aku rasa permulaan kita harus begitukan?."
Hmmm.. Siapakah aku untuk menolak kehadiran mu. Jika aku memandangmu, aku sebenarnya memandang diriku sendiri.. Kau juga tau itu.
"Ya, nikmatilah perasaan itu. Maaf mengganggu"
Sudah kukatakan. Kamu hilang begitu sahaja menemani kembali degup jantungku. Apapun, terima kasih kerana masih sudi menjengahku tadi. Maafkan aku kerana sebelum ini aku tidak pedulikan kehadiranmu... Bercerita la kepadaku apa yang patut. Tentang apa-apa saja.. Jumpa lagi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home