Dari Minda Kimaragang: Apa Khabar Yang Berhormat N5. TANDEK??
Pilihanraya sudah berlalu. Beberapa bulan melewati hari kemenangan YB, pasti YB sudah membuat pemantauan dan beberapa siri lawatan ke pelusuk N5.Tandek yang sempat YB lawat. Adakah YB merakamkan beberapa nota penting mengikut keperluan kampung atau pekan untuk diberi perhatian perancangan YB seterusnya. Bagaimana dengan pembangunan pendidikan dan kesihatan desa? Jalan-jalan kampung? Sekolah-sekolah di pedalaman? Atau apakah telah dilakukan penaiktarafan infrustruktur sedia ada? Pembangunan sukan bagaimana? Program pembangunan belia untuk menjana modal insan? Apakah perancangan YB untuk mewujudkan peluang perniagaan kepada para pengusaha dan peniaga kecil-kecilan seperti penyediaan kemudahan tapak atau sebagainya? Ada apa-apa idea untuk membangunkan tanah terbiar untuk diusahakan secara komersil? Atau membawa masuk teknologi dalam usaha merancakkan pengetahuan pertanian dan cara bertani moden. Tempat-tempat menarik untuk dijadikan eko-pelancongan dan dimasukkan dalam pakej pelancongan nasional? N5. Tandek sudah lama terlena. Pergilah.. dan kejutkan tidurnya. Berikan kemeriahan dan nafas tanpa menjejaskan landskapnya.
Mungkin YB buat waktu ini sibuk dengan pesta Ka'amatan. Elok juga sebab YB boleh mendengar keluhan-keluhan di sebalik wajah-wajah desa sementara berkongsi kegembiraan dengan para petani yang selesai menuai. Selamat menyambut Pesta Menuai YB.
Kami tahu tugas YB sangat berat namun tidaklah sesukar mana jika YB cintakan kemajuan. Kasihankan kesengsaraan rakyat. YB cuma perlu menyuarakan idea di DUN bagi pihak rakyat amnya, N5.Tandek khususnya. Dapatkan bajet, bentangkan di DUN, perjuangkan idea, dapatkan reaksi dan susulan dari menteri berkaitan, mainkan peranan sehingga idea pembangunan desa yang dirancang bagi kawasan N5. Tandek mendapat kelulusan dan selepas itu buat susulan kerja dan siapkan untuk dimanafaatkan oleh seluruh warga N5. Tandek. Seluruh kawasan N5.Tandek perlukan perhatian.
Bila Bajet diluluskan, usah congak komisen yang bakal diperolehi atau membuat kira-kira untung poket selepas perlaksanaan projek. YB, bukan kami tidak tahu atau memahami cara begitu tapi kali ini cukup la dulu usaha sebegitu. Buatlah perancangan ikhlas. Era milenium serba pantas, bangunkan kawasan mengikut standard wawasan 2020.
Gaji YB RM5000 untuk penggal pertama menang pilihanraya dan akan terus meningkat jika memenangi pilihanraya seterusnya. Tidak termasuk elaun dan beberapa insentif lain. Beruntung YB. Itu rezeki YB yang kami tidak akan pertikaikan. Hanya ini yang kami harapkan dari YB iaitu YB cuma perlu menjelmakan idea kerana YB dipilih melalui undi dengan harapan YB berkemampuan dari segi karisma dan tanggungjawab. Cari idea, rancang dengan rapi, bangunkan kawasan N5 Tandek. Kawasan YB sudah basah berendam dengan air mata malah sudah bertahun lamanya tangisan itu. Gunakan peruntukan dengan cara yang betul. Hanya itu saja YB. Itu saja...
Gerakkan pejabat daerah atau setidak-tidaknya anak-anak muda yang selesai persekolahan atau para graduan yang belum bekerja. Jana bakat dan gunakan tenaga, bentukkan kumpulan kerja bersepadu. Jangan tubuh apa-apa 'suruhanjaya'. Semakin banyak kaunter, semakin banyak karenah birokrasi. Di peringkat persekutuan, kita ada wakil yang memudahkan saluran lebih dekat ke meja Perdana Menteri.
Bukan dari duit YB pun untuk menjana kemajuan. Rancangan Malaysia ke-9 sudah lama menanti untuk dimanafaatkan. Ambil peluang itu YB!
Labels: Coret-Coret Kimaragang
1 Comments:
Terima kasih atas Warkah azimat ni mick... Memang harapan orang2 N5. Tandek begitu tinggi sehingga sanggup menolak idealogi pembangkang yang menjanjikan kemajuan dan perhatian khusus dengan menyokong YB agar dapat mengangkat kawasan N5. Tandek ini kalau tidak pun ke peringkat nasional ke peringkat negeri pun adalah suatu yang boleh dibanggakan. Ini kerana orang dari negeri ini sendiri pun tidak tahu mana letaknya Tandek itu. Berjuanglah dan angkat untuk N5 Tandek, biar 'malu' dan 'telanjang' kerana YB akan dianggap penjuang bangsa dan akan masuk dalam sejarah kehidupan orang KIMARAGAN....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home