TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, November 19, 2008

DragonFly...

Waktu kecil-kecil dahulu, ada satu teka-teki 'bodoh' kami sesama adik-beradik yang berbunyi begini 'Dari jauh macam helikopter, sudah dekat bukan pula..." Hahaha... Naif betul bunyi teka-teki ni. Lupa pula nama menatang ni (sebutan di kampung apa aa?) kecuali urang putih bilang Dragonfly la. Another good shot.. Ni gambar adik saya Nuar yang ambil menggunakan camera digital Canon Power Shot IS tapi agak tidak bernasib baik angle/posisi menatang ni landing tidak mampu memberi ruang untuk mendapatkan cahaya yang lebih baik. Kebetulan ternampak semasa saya dan Nuar merayau-rayau di sawah padi menguji daya kreatif mengambil gambar. Hanya gambar 'meniti horizon' yang saya postkan sebelum ini, itu sahaja yang 'baik' yang berjaya saya ambil. Nanti dalam bulan 12 ini, kalau ada kesempatan balik kampung lagi, pasti seronok untuk sekali lagi memulakan lebih banyak siri 'merayau-rayau' menguji teknik menangkap gambar.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kalu nama kg dia "TOMPIKIKIYU"..

8:17 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

yuu illie...

first time sya dengar wo tu. mangkali ada juga kena sebut tapi tidak tau menatang ini yg dorang sebut pula..

makasi kio.. kestau. Banyak yg sya mo kena tau lagi nama-nama sebutan di kg.

12:36 AM  
Blogger dardie said...

mungkin niat menyebut nama tu betul..tapi ejaan salah tu..."tompokiyukiyu"..ini dalam kamus dusun.

5:40 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

The Great Tamiang...

mungkin ejaan ikut sebutan lidah kimaragang di tandek kali.. hampir sama dibunyikan tetapi berbeza mengikut budaya bahasa tempatan

Tapi kalau itu disahkan oleh kamus dusun... wajar juga dijadikan standard.

7:00 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home