TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, November 20, 2008

Ragam Kota...

Ramai yang merasa lega dengan pengumuman harga minyak baru yang mencatat angka penurunan kembali ke paras RM2.00 per liter. Selepas ini harap para peniaga bolehlah menurunkan harga barang dan makanan. Baru-baru ini saya ke kedai mamak untuk menapau nasi berlaukkan seketul daging ayam goreng dan sayur. Bila saya tanya berapa RM5.00!!! Kotigog juga la.. Saya tanya kenapa mahal sangat? Mamak kaunter tu cakap "Lain worang saya kira RM5.80 sen. Awak regular customer ada sikit kurang la..". Adess... Beli sajalah. Bising-bising sudah hati saya tidak mau lagi datang itu kadai.
Saya kurang faham sikit la orang meniaga ni. Besok umum harga minyak naik, terus ja inda tentu arah, melatah kasi naik harga. Melambung-lambung lagi tu. Bila harga minyak turun, yang paling susah pula peniaga mo buat ialah kasi turun harga.

6 Comments:

Blogger HASS said...

tau ka napa nasi tu mahal sngt?
sebab dorg guring ayam tu guna petrol...

1:49 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Adesss... Hahahah.. yang penting itu minyak ka... inda kira la apa jenis minyak guring jaa.. haha kalau guring pakai minyak gamat, ikut harga minyak gamat la tu mangkali...

Mahal ba cuz... inda tau dorang ni.. minyak naik cepat saja kasi naik. minyak turun harga, baaaaaaanyak lagi alasan.

2:07 AM  
Blogger Ajeem said...

turun macam mana pun,kita sepatutnya dapat harga yang lebih rendah lagi,berdasarkan harga pasaran dunia sekarang dibawah AS6o dollar kita boleh mendapat harga dibawah rm1.50....itu yg ahli akademik kira la...lain kalau politician yg kira...kalau harga boleh dijual rm1.5o misalnya dorang kasi tambah beberapa sen lagi.maklumlah 'duit poket' lebih...sapa lg ka untung kalau bukan si 'pencatur'.

8:28 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

sebenarnya penganalisis tidak pernah menjangkakan harga boleh jatuh sampai US60 per barrel. Dan mereka percaya harga itu bertahan dan tidak MUNGKIN akan jatuh lagi di bawah paras US60. Namun apa yg terjadi sebaliknya. Harga minyak di pasaran antarabangsa sekarang kini serendah US52 per barrel.Pakar-pakar kepeningan. Pelbagai aplikasi cuba dilakukan untuk mengekang kejatuhan luarbiasa ini.

Jika ketidaktentuan harga minyak dijadikan asas turun harga minyak dalam negara, pasti kita akan muak dengan kerajaan bila angka jadi permainan. sekejap naik dan lagi naik berkali2. Kemudian turun dan turun lagi dan akan naik balik kemudiannya.

RM2.00 merupakan harga syiling tetap kita (mengikut kadar harga minyak antarabangsa yang bertahan dalam jangka waktu lama: USD76-USD79 per barrel) sebelum kenaikan harga yang melambung ke RM2.50 dan RM2.70sen per liter (minyak antarabangsa per barrel hit waktu itu USD110). Jadi harga ini RM2.00 masih di paras yang memadai.

Namun jika harga USD52 per tong bertahan lama, maka wajar kerajaan melakukan inisiatif penurunan harga secara BERANSUR2. Mungkin boleh turunkan lagi ke RM1.90 atau RM1.80 buat masa ini. ini harga realistik.

Turun harga dengan perbezaan yang besar semata-mata berdasarkan kerana telah berlaku sesuatu yang di luar jangkaan pasaran minyak antarabangsa, satu langkah yang tidak berhati2 dan memberi kesan kepada kredebiliti kerajaan.

Tunggu dan lihat beberapa bulan lagi. Jika harga minyak antarabangsa tidak bernafsu di pasaran.. kita mungkin akan berpeluang lagi untuk menikmati harga minyak serendah RM1.50.

3:47 PM  
Blogger Ajeem said...

inilah masalahnya apabila pemimpin yang 'mencatur' ekonomi negara bukan bertaraf global...asyik memekak saja.walau apa pun hujah yang digunakan mereka tetap pertahankan ego dan bodoh sombong...rakyat biasa terpaksa bersabar panjang dan menunggu 'perubahan drastik' dalam pemerintahan negara...

4:44 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Harap2 kerajaan di bawah kepimpinan baru nanti ada suntikan idea dan pakej yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara sekaligus boleh 'menstrukturkan' semula harga barangan keperluan sekaligus memberikan kelegaan beban tanggungan rakyat.

Nak tunggu bulan Mac... macam lama lagi nie.. hehe.

5:42 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home