TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, March 23, 2009

Coret-Coret Mini Bajet

Dengan suntikan wang sebanyak RM60b, seluruh Malaysia boleh menikmati kemudahan prasarana berkelas dunia jika secara total sampai kepada sasaran. Daripada RM60b, Sarawak mendapat RM15b, Sabah RM12b manakala selebihnya RM33b untuk negeri-negeri di semananjung. Dan apa jadi dengan RM1b sebelum pilihanraya yang dijanjikan kepada Sabah, Sarawak? Jika sudah disalurkan, ke mana pergi?

RM12b untuk sabah cukup.... cukup..... cukup banyak untuk membangunkan kemudahan prasarana di seluruh sabah. Kota jangan tambah bangunan untuk mencakar langit. Keluar sekejap dari angan-angan metropolitan. Berikan tumpuan kepada sistem jalanraya, kemudahan dan naiktaraf bangunan sekolah luar bandar dan asimilasi pendidikan, serta pembinaan asrama untuk keperluan pelajar luar bandar, perkhidmatan kesihatan desa, kemudahan jaringan komunikasi, naiktaraf perkhidmatan melalui suntikan teknologi di setiap kawasan pentadbiran daerah yang memudahkan urusan disegerakan. Satu daerah satu lata ilmu untuk menggalakkan orang ramai membaca. Itu saja. Lain jika perlu, bina bangunan yang menempatkan satu pusat pentadbiran. Tingkatkan keupayaan tahap keselamatan seperti balai polis dan balai bomba. Hantar anak muda berpotensi mendalami ilmu ke luar negara atau dalam negara mengikut keperluan spesifikasi masa depan pengurusan.

Jika katakan RM12b itu dibahagikan kepada 43 kawasan pilihanraya, di setiap daerah boleh menikmati kemudahan bertaraf dunia. Syaratnya, gunakan SEPENUHNYA bajet tersebut tanpa melibatkan kepentingan peribadi. Apa la yang akan terjadi kepada RM500k dan RM1j setiap tahun yang diperuntukkan kepada setiap ADUN dan MP? Jangan pula yang ini di'anggap' bonus poket dan tidak digunakan mengikut tujuan asalnya. Rakyat akan tetap bertanya.

Minggu depan akan disalurkan ke seluruh Malaysia sejumlah RM60b. Apa reaksi para pemimpin kita terhadap KUASA WANG? Maju agenda rakyat atau maju agenda diri?.. Kita perlu bersiap memerhatikan dan menuntut hak kita sebagai rakyat.

4 Comments:

Blogger AragangTandik said...

setuju sangat2 - bagaimana dengan rakyat tempatan yang tiada punya tanah ? mungkin boli dilibatkan dengan menggalakkan mereka menjadi petani dan diberi sedikit tanah untuk bercucuk tanam? - bukan terus2 bekerja untuk orang lain di estet2 besar.

11:27 AM  
Blogger dardie said...

golongan sasaran yang tepat perlu dilihat secara telus..

4:57 PM  
Blogger Furen Laoshi said...

Begitulah harapan kita semua Mike! Seperti yang saya komen di blog Kusai Tandek..saya harap sangat konsep "Guru silat jangan bagi 100% ilmu kepada anak murid" hanya diaplikasikan dlm bidang persilatan. Kalau konsep ini juga terpakai (secara tidak sengaja brgkali) ke atas peruntukan2 kewangan pembangunan daerah khususnya, hmmm...nampak gaya, kita macam mendengar cerita si kanak2 bernama MEGA (iklan megadrama di Astro ) saja la.

7:42 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

AragangTandik,
Ya, betul.. ia sekaligus mengajak rakyat di samping berkarier, mereka juga boleh mengisi waktu terluang menikmati juga asas2 pertanian yg banyak membantu pendapatan atau sumber rutin harian makanan.

Dardie,
Kita perlukan pemimpin yang telus, yg lebih nampak sasaran keperluan dalam membangun masa depan anak2 bangsa

Furen,
Sebab itu saya tentang saranan beliau yg sarankan, mengibaratkan perkhidmatan YB harus seperti 'guru silat yang tidak menurunkan 100% ilmu kepada anak murid'.. jadi banyak misteri pula... jadi soal bajet mini ni pun menjadi orang berkepentingan saja tau dan rakyat tidak tau, seperti kata furen 'MACAM DI ASTRO TU'... hehe

3:58 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home