TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, March 20, 2009

Mengimbau Silam: Dewan Tandek Diserbu

Ingatan singkat menerobos masa silam. Riuh satu Tandek orang kampung menyerbu Dewan Tandek gara-gara bantuan disekat dan dikurung di dalam dewan. Saya tahu siapa orang yang pertama yang membuka kunci secara paksa. haha... Maka bila pintu terbuka, berebut-rebut orang mengambil mesin pemotong rumput. Tumpuan lebih popular kepada zink, tong gas dan tempat memasak. Jentera besar seperti Kubota yang ada lebih kurang 4 buah tidak disentuh kerana agak besar dan sukar 'dilesapkan' dalam sekelip mata.

Selepas itu, beberapa hari kemudian kedengaran pihak berwajib melakukan operasi besar-besaran memburu balik barang-barang yang dibawa keluar dari dewan. Yang lucunya, diceritakan orang, ketika sedang memasak, mereka merampas gas dan tempat memasak tanpa sempat keluarga itu menyiapkan hidangan. Nasi tengah masak. Sayur tengah digoreng. Rampas tetap rampas. Yang bikin kasian tu orang bilang "Buli ka kasi siap dulu kami makan baru ambil. Rasa lagi dapur baru" Tapi teda. Kena ambil juga yoooong... Hehe.. Apa lagi mereka yang lain ada yang terburu-buru menanam barang-barang yang telah 'dicuri' dari dewan tersebut. Ada yang dijumpai kembali kerana mudah dikesan timbusan tanah. Ada yang marah dan bantai dapur gas sampai rosak teruk dan berkata "Nah! Ambil la". Ada juga atap zink sudah siap dipasang ,buka balik daripada bumbung rumah. Melopong orang kampung tengok siling tembus ke langit. Adeeh...

Yang saya tidak faham sampai sekarang ialah kenapa bantuan itu dikurung di dalam dewan dan dibekukan daripada disalurkan kepada orang ramai.

7 Comments:

Blogger RumbiaMasolog said...

bila peristiwa ni berlaku mick...sya ingat2 lupa sudah oh...(lama di perantauan ba..)

9:55 AM  
Blogger dardie said...

Yuuuu....siapa punya arahan tu yang suru rampas??hehehehe...lucunya..Tapi, tidak apa lah kalau dorang rampas..

Tapi, yang menjadi persoalan juga, untuk apa peruntukan itu diperam di sana sehingga kini tanpa diagih2kan kepada mereka yang memerlukan???itu membazir namanya..hahhahahaa..pemikiran, penakulan, logik, pertimbangan, rasional..banyak lagi yang tidak hadir dalam tindakan ini...

10:20 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Rumbia,
saya sendiri tidak ingat. antara tahun 1994-1995.. mangkali semasa peralihan kepimpinan dari mantan YB Saibul Supu (mendiang) kepada YB. Datuk dr. Max kalau tidak silap la...

Dardie,
inda tau sepa punya arahan... hahaha... tidak tau mana sudah tu bantuan yang tidak kena 'curi' dan yang telah di'rampas' kembali...

10:46 AM  
Blogger IsOn said...

Pada firasat pakcik la, ada kena mengena dengan peralihan kuasa antara mendiang YB Saibul dgn YB Max tu. Maklumlah kalau ada peralihan kuasa, semua yang di bawah pun akan beralih juga. So, kelam kabut la jadinya. Orang kampung yang tidak tahu apa2 yang kesian...

11:28 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ya.. pakcik pun rasa2 begitu juga. Ada kaitan dengan peralihan kuasa masa itu.

11:39 AM  
Blogger Furen Laoshi said...

Adeehhh...saya nda tau pula cerita ni..maklumlah masa tu sa bermastautin di KL.

3:05 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hehe... riuh di sebelah tingkalanon saja mangkali tu furen...

10:12 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home