TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, May 19, 2009

Surat Terbuka Kepada Anonymous

Sila baca komentar saudara anonymous di Blog SAM atau klik di sini Anonymous 'BILA DUSUN TERBELA?'. Saya tertarik dengan isu yang diketengahkan oleh beliau. Nyatalah daripada cara menganyam narasi rasa, saya berpandangan beliau berfikiran jauh, kritis, pintar dan berkeyakinan. Namun di sebalik kekuatan tulisan beliau, banyak perkara yang lain yang perlu dicerakinkan. Terus-terang saya katakan, tidak ada niat mengecilkan segala niat yang terkandung di dalam komentar beliau. Dengan rendah hati, izinkan saya menulis surat terbuka tanpa sebarang kompromi dengan prasangka membuta tuli. Diingatkan bahawa tulisan ini tidak ada kena-mengena dengan 'polemik' persatuan sebagaimana yang timbul dalam beberapa blog rakan-rakan.
********************************
Salam saudara anonymous. Alangkah baiknya kalau perbincangan terbuka ini melalui medium jelas, saling mengenali dan memudahkan saya mempelajari hasrat yang terkandung di sebalik idea penulisan. Saya mempunyai pandangan yang tinggi terhadap gagasan saudara. Izinkan saya 'pergi jauh' menelaah komentar saudara.

Gejala moral, salah laku dan penyimpangan etika berlaku dalam mana-mana bangsa pun. Hakikat ini juga berlaku dalam bangsa kita.

Berikan kepada saya mana tamadun yang TERBELA jika kondisi bangsanya rapuh. Soal agama, jika bangsa Dusun tidak kuat, berantakan, jika semangat keBANGSAan dusun tidak kukuh, agama tetap ada tapi syi'ar agama 'tidak hidup'. TIDAK 'AKAN HIDUP'. Kecualilah kalau kita memilih bersendirian tanpa memerhatikan sekeliling, bangsa tidak ke mana, cuma berpaksikan KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. Berdamping sekuat mana pun dengan agama tanpa bersatu dalam masyarakat, mana-mana agama tidak mengajar hidup tidak bersatu-padu.

Jika bangsa Arab di zaman rasul sebagaimana yang dikatakan saudara memperjuangkan Tuhan dan agama, tapi intregiti bangsa rapuh dan rabak, bangsa tidak mungkin akan terbela. Demikian juga bangsa Turki. Bagaimana menjadi empayar? Bagaimana dapat memperjuangkan Tuhan dan agamanya jika berpaksikan identiti bangsa yang tunggang terbalik?

Sebab itu apa agama pun menyeru kepada semua bangsa mengiktiraf kesepakatan, mencari keamanan, kestabilan, susun atur akal yang mencantikkan personaliti. Individu dituntut memiliki kesusilaann yang tinggi, memiliki keikhlasan dan kerendahan hati dan mentaati hukum-Nya. Sumber kekuatan bangsa adalah rantaian sikap yang ada dalam kelompok masyarakatnya. Sumbar kekuatan personaliti adalah sifat tawakal, insaf dan tunduk kepada PERINTAH TUHAN. Agama itu JALAN kepada mereka yang mencari Tuhan. Asas bangsa perlu kuat untuk menegakkan kebenaran.

Saya ingin memetik kata anonymous;

'DUSUN…. ramai terlibat gejala negatif
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah2
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab
orang Dusun banyak terlibat

Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya… nilah hasil perjuangan Dusun dengan semangat kebangsaannya,bukan!

Saya menolak sentimen seperti ini sekalipun saya akui gejala sedemikian meragut nama baik bangsa Kimaragang(dan mana-mana bangsa pun). Apakah benar ini hasil perjuangan Dusun dengan semangat kebangsaannya? Tidak ada siapa di kalangan DUSUN khasnya KIMARAGANG yang berjuang mahu melihat hasil keringat menyelerakkan ketidaksenonohan ke dalam jati bangsa. Kita tidak boleh bercakap SEMATA-MATA gejala negatif yang berlaku sekarang ialah kegagalan perjuangan sebelum ini. Ke mana perjuangan aki dan moyang kita?

Kejadian rogol umpamanya, siapa yang perlu dipersalahkan? Perjuangan nenek moyang kita? leluhur kita? orang sekeliling kita? orang kampung sebelah? adik atau abang kita?

ATAS NAMA PERJUANGAN,bangsa tidak pernah mengkehendaki ini yang terjadi.

Anonymous kata 'Di sudut perpaduan jauh daripada yang dikehendaki. Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi'. Saya tidak bersetuju tiada perpaduan di dalam bangsa kita. 'Kemelut perpaduan' yang ada tidak lebih kepada perbezaan pendapat. Cuitan kemasyarakatan yang tidak lain tidak bukan berkeinginan mengangkat bangsa kita juga. Jika tidak ada perpaduan, kita akan melihat perang saudara. Kita akan melihat susun atur masyarakat yang memperlekehkan hukum. Sehingga setakat ini syukurlah, kita tidak pernah terfikir perlukan pedang baru memberi tempat kepada sikap bersetuju mencapai muafakat. Jika sekadar perbezaan pendapat, itu bukan kayu pengukur. Saya ingin ulangi komen saya yang lepas layang-layang tidak akan naik jika tidak DITENTANG angin. Oleh yang demikian bagaimana tamadun naik jika bangsa tidak kritis?

Kita tidak perlu jebakkan integriti bangsa kita ke gaung prasangka. Bangsa kita ikhlas berjuang, tapi dikatakan menghasilkan budaya tidak senonoh. Benarkah kita berkesanggupan begitu jauh berkata sedemikian rupa? DARAH yang pernah menitis di bumi kita dulu SEKALI-KALI JANGAN kita kompromikan keruntuhan moral dan akal dalam institusi masyarakat kita.

Tentang soal makan gaji, tidak mungkin berlaku pencapaian bijak pandai mereka jika tidak teruji melalui sikap berdikari. Survival keluarga, berpisah rumah menuntut ilmu dan ujian jati diri di rantau orang, berkorban tenaga, masa dan wang ringgit. Tidak mungkin begitu mudah mereka sampai ke tahap beroleh bekerja dan makan gaji. Saya anggap itu permulaan kejayaan bangsa.

Bangsa yang kuat tidak dapat lari daripada prinsip muafakat. Keharmonian dengan sendirinya akan dapat menyusun keupayaan di dalam cara membudayakan masyarakat. Semoga para pejuang kita tidak patah semangat membangunkan kekuatan nilai dan karekter bangsa Kimaragang. Marilah kita dengan perasaan lapang, minda terbuka dan semangat persaudaraan mengembleng minda menjana persefahaman, menginteraksikan hala tuju tanpa menidakkan keharmonian bermasyarakat.

Jatuh bangun kita, sama-sama kita menderita. Jatuh sama merangkak. Bangun sama berganding bahu.


Mohon maaf mohon ampun. Anak cucu tumpang belajar. Salam persahabatan dan salam perjuangan kepada saudara Anonymous serta rakan-rakan sekalian. ;

Jalimik Sawatan (LM)
Kg. Tingkalanon.

7 Comments:

Blogger FL Feinier said...

This comment has been removed by the author.

2:24 AM  
Blogger FL Feinier said...

""'DUSUN…. ramai terlibat gejala negatif
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah2
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab
orang Dusun banyak terlibat..""

Sya sekadar kecewa dgn part ni..sedih... tapi, nda lah sya mau ulas panjang.. cukup lah sekadar sya cakap, sya berharap, agar Bangsa Dusun, akan bersatu padu menjaga maruah bangsa kita..

Sya tidak mahu bangsa kita jadi bahan ketawa org lain... huh..

2:59 AM  
Blogger AragangTandik said...

Gejala sosial bukan terhad kepada bangsa DUSUN saja malah terdapat dalam semua kelompok masyarakat.

Marilah kita sama-sama berfikir dan mencari jalan memurnikan masayarakat kita tanpa mengira bangsa atau agama. Tapi adakah kita sudah bersedia berkorban dan berkhidmat tanpa imbuhan?

9:18 AM  
Blogger BUNG ADI said...

Kita tentunya setuju, apa yang berlaku kelmarin dan hari ini ada kesan dan pengaruh kepada kejadian/perkara hari esok. Saya sentiasa optimistik, "sedikit pergeseran" atau "perbedaan" sentiasa ada impak positifnya jika ada keikhlasan untuk mengambil yang jernih. Biasanya (akibat budaya?), orang kita cenderung menceduk yang keruh, mencari titik perbezaan...namun saya yakin, generasi angkatan kita, akan merubah kebiasaan. MARI BERSATU. ADA PERKARA KITA BOLEH BERBEZA, BANYAK PERKARA KITA BOLEH SEIA SEKATA.

9:26 AM  
Blogger IsOn said...

Kita sepatutnya berbangga... Komuniti Dusun mencatatkan statistik jenayah dan gejala moral negatif yang jauh lebih rendah berbanding beberapa bangsa lain di Sabah khususnya, dan Malaysia amnya.

Tidak percaya? Pergi ke ibupejabat polis mana2 untuk dapatkan maklumat tersebut.

Jika fanatik agama yang diutarakan, Dusun akan lebih tidak bersatu. Atas nama Dusunlah, walaupun kita berbeza kepercayaan dan anutan agama dapat dipersatukan atas nama perjuangan bangsa kita.

Apa pun dan siapa pun, bagi saya, saya mengasihi saudara/i anonymous tersebut. ;)

Nota: Saya sentiasa bangga sebagai anak Dusun (Kimaragang)!

9:44 AM  
Blogger FL Feinier said...

Saya setuju dgn Dr.Ison.. Kalau fanatik agama yg ditekankan, Bangsa Dusun pasti tidak akan bersatu.. yg sudah convert, naik rumah family sendiri pun tidak sudi.. makan nasi dirumah family sendiri pun tidak mahu.. Adakah ini yg di ajar? I don't know..

Tapi, syukurlah... family sya, tidak kira apa agama... tidak juga jadi macam ni... Last time, Nenek sya meninggal, family Bajau kami dari Ongkilan masi juga sudi datang, naik di rumah... dan saya sangat terharu...

Ini lah yg kita mahu.. bersatu padu.. kalau seseorang itu mengamalkan agamanya utk membenci orang lain, bangsa lain... Sya tidak tau apa term yg sesuai utk org tu..

Whatever...

10:44 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

FL Feiner...
Siapa pn di kalangan orang kita pasti tidak mau bangsa kita berantakan sebagaimana yang sdr katakan. Mmg sedih kalau sampai pada tahap yg 'memeningkan'. Stuju jg dengan kenyataan c ison, ada isu yg boleh 'mengganggu' kesatuan dalam bangsa kita kalau penekanannya tidak mengambil kira sensitiviti agama lain. Walau pn tiada niat kita untuk memandang rendah agama lain.

AragangTandik..
benar, gejala ini berlaku juga dalam semua bangsa-bangsa di dunia. Caranya ialah bersatu, berfikir dan mencari jalan menyelesaikan secara bersama. Sepakat membawa berkat.

Sanguru..
Terima kasih bertandang. Ya, kita mengharapkan kejernihan suasana yang membungkus kesepakatan walaupn ada perbezaan pendapat. Setuju ada perkara yang BERBEZA tapi ada jg cara BERSATU.

ison...
seingat-ingat saya sepanjang sejarah kota marudu dan bangsa dusun, sangat kurang kes di meja penguasa. Atas nama DUSUN juga banyak perkara menjadi mudah dalam pemuafakatan sekalipun melibatkan perbezaan anutan dan budaya. Seperti ison, saya juga mengasihi sesiapa pn. Tujuan artikel saya tidak 'memperkecilkan' tulisan anonymous malah ini juga cara saya mengusahakan keseragaman arah agar harmoni dalam apa juga pembawaan dalam kehidupan kita.

6:21 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home