TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, June 22, 2009

Mesra Rakyat Selalu Dan Janganlah Ada Jurang Lagi



Untuk kampungku Tingkalanon, selamat menyambut Pesta Kaamatan. Wajah-wajah desa yang dirindui. Kerut zaman-berzaman adalah cerita waktu yang mengiringi jejak mereka, melukis harapan sepanjang hayat desa sejauh yang tergapai usia. Tangan mereka berketar di cabar horizon masa silih berganti. Sayu. Bila di antara mereka tidak kelihatan lagi kelibat yang selalu dekat di hati. Bukan seorang dua.

Satu hari Ahad, kampung ini kembali bersatu teguh dalam satu pesta huminodun yang harmoni. Sudah lama dataran riang tidak mendepa ke ruang desa. Para ibu dan bapa dari tiga zaman mewarnai hiruk-pikuk, menitip pesan kukuh generasi empat lapis keturunan, bertembung sejarah dan dibaca melalui satu angkatan perpaduan. Di antaranya, susuk tubuh yang tampil menyenangkan. Aah! kata hatiku... kenapa tidak dari dulu lagi. Beginikan baik. Aku tidak selalu gemar digerenyang kesumat muda. Bukan dendam.

Ibu memeluk ibu. Itu sejarah yang menyenangkan kekhuatiran anak-anak. Salam menghulur bersambut hias senyum. Kisah yang sejuk menepuk kebimbangan di bahu generasi. Ini yang selalu dicari. Tapi jangan marah bila suara anak-anak desa selalu juga ke udara. Ia bayu sihat berpuput mengalungi harapan yang selalu kami selongkar. Jika sumbang meniup sangkakala, betulkan irama kami dengan nota segemersik irama. Kalau nada sama, lagu itupun dinyanyikan dari bahu ke bahu. Bukan kami tidak sayang. Cinta kami pada desa harus itu juga kasih sayangmu.

Jika berundur mindamu dari meja sidang, izinkan kami lalu ke laluan mendepa dada soldadu. Bukan angkuh yang tersemat di sanubari. Kerana kami gemar langkah sama ke depan, berderap anggun. Biar Yang Berhormat menghormati juga jejakmu sendiri. Langkahmu telah kami letak panji, pikul dan pimpinlah gerombolan. Jangan ada jurang. Kami menolak curam masa depan. Jauh sekali untuk menjangka diintai gaung. Andai belukar merimbun, onar pun akan menjadi pena berdarah di dada perwira bangsa.

4 Comments:

Blogger RumbiaMasolog said...

Seikhlasnya...sya tersentuh dgn paparan ini...teringat masa kanak2...dimana rumpun Kimaragang bersatu menyambut hari Besar org Dusun. Kemeriahan selama seminggu tidak terasa kerana betul2 meriah lah... Namun yg paling menyentuh perasaan adalah apabila dua golongan berbeza bersatu meruntuhan tembok dan merapatkan jurang pemisah yg selama ini menghimpit minda. Sya harap Ini IKHLAS dan bukan mengaburi mata semata. Tahniah Yang Berhormat....ini yg kami ingin lihat dan haus sejak berzaman dulu....

P/s sya sempat bercerita dgn sorg veteran politik di tandek... sya bertanya mcm mana YB kita? Sya dgr mcm agak 'pemalu'?... dgn nada yg rendah tetapi jelas dia menjawab... antara semua... "dialah YB yg plg rajin melawat...tidak tau la apa lg yg org mau dia buat..."

3:22 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Saya juga mengharapkan yang IKHLAS. Bukan setakat ikhlas, tapi melakukan tugas juga. harap kerajinan ini satu permulaan. Rajin melawat pasti dapat lihat lebih banyak keperluan rakyat. Sesudah itu, biar ada perancangan dan LAKSANAKAN... Ini harapan kepada YB yang tidak pernah putus-putus dari rakyat.

5:52 AM  
Blogger dardie said...

Tahniah untuk entri ini..banyak memberikan gambaran tersurat serta tersirat untuk tatapan dan renungan pemikiran..saya sangat berterima kasih sekiranya semua Yang Berhormat melakukan dan melaksanakan tanggungjawab sedemikian kepada kawasan yang dimenangi..

Namun, saya masih tetap ingin berkongsi suatu istilah biasa.."jangan hanya menjadi YB keramaian, YB harijadi, YB Hariraya, YB Krismas, Yb kaamatan...maksud saya di sini adalah, jangan pula Yang Berhormat sekarang yang ada di semua kawasan mereka hanya muncul ketika majlis bersuka sahaja..dan yang selebihnya adalah mengelak, mengelak, dan mengelak..
Perkara ini disuarakan kerana ini adalah apa yang lahir dihati ramai orang sejak beberapa penggal berlalu..
"melawatlah sekerap mungkin, dan merancanglah sebaik mungkin, dan laksanakanlah dengan setelus mungkin" cuma ini yang rakyat mahu..

4:22 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

"melawatlah sekerap mungkin, dan merancanglah sebaik mungkin, dan laksanakanlah dengan setelus mungkin" cuma ini yang rakyat mahu..

dardie, bersetuju dengan anda.

2:50 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home