TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, June 19, 2009

Setiap Projek Perlukan Consultant Dan DiAudit

Saya tidak faham mengapa kontraktor yang diberikan amanah tidak mempunyai kesedaran tinggi terhadap nilai projek yang mempunyai makna yang begitu besar kepada manafaat rakyat. Seolah-olah nilai projek itu cuma nampak kepada KEUNTUNGAN semata-mata. Untungnya kepada rakyat seperti bukan urusan mereka. Janji dapat projek, kaut untung, selebihnya biar sub-kontraktor yang buat. Berita lanjut sila klik di sini SUARA ANAK MARUDU (SAM)

Saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai proses mula hingga selesai projek namun tidak menghalang saya daripada mendekati consultant dan kontraktor untuk mendapatkan gambaran yang baik perlaksanaannya. Kebetulan saya memikul tugas seliaan dan mengurus kawasan perumahan eksklusif termasuk tapak pembinaan projek yang belum siap di tempat sama saya bertugas, bernilai jutaan ringgit. Secara ringkasnya, perlu ada Pelan perancangan, pelan disahkan serta diluluskan pihak berwajib (cth Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), etika kerja yang melibatkan nasihat consultant, perlaksanaan projek, pemantauan spesifikasi material, kuantiti dan kekuatan bahan, pemantauan kerja dari segi masa, kualiti dan kos serta penilaian akhir selepas siap projek melalui analisis struktur sama ada ia mengikut piawaian dan aspek keselamatan. Selain daripada itu saya melihat perlu juga dilakukan pengauditan ke atas projek untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan.

Insiden yang melibatkan astaka Tandek dan terbaru jambatan runtuh mendedahkan kelemahan sebenar sistem bagaimana projek itu dilaksanakan. Menghairankan, tender diberikan kepada pemaju/kontraktor tanpa meneliti terlebih dahulu latarbelakang pembida, rekod kerja atau penelitian terhadap pemilikan lesen. Kontraktor yang menggunakan lesen orang lain perlu dihalang daripada membuat bidaan tender. Ini bertujuan hanya kontraktor yang berkredebiliti serta berpengetahuan dalam perlaksanaan dan spesifikasi kerja sahaja dibenarkan membangun agenda rakyat. Kontraktor yang berlesen tetapi mempunyai rekod lampau yang buruk juga tidak harus terlibat atau dibenarkan membida. Lebih baik terus bekukan lesen sahaja. Kenakan tindakan tegas kepada kontraktor yang kaut untung atas angin dengan meminjamkan lesen kepada orang tertentu. Menyusahkan!

Melaksanakan projek ini sepatutnya bukan sesuatu yang sukar walaupun tidak mudah. Posisinya harus tidak menyimpang daripada kod kerja. Sebagai contoh, projek pembinaan jambatan, pihak kontraktor tidak harus menyerahkan perlaksanaan total kepada sub-kontraktor. Kontraktor perlu berpengetahuan dari segi aspek jenis dan bentuk, beban dan analisis rekabentuk, teknik pembinaan, penyelenggaraan jambatan dan beberapa aspek lain seperti ciri-ciri keselamatan yang memihak kepada pengguna termasuk ketahanan dalam jangka waktu yang lama. Kontraktor harus tahu mengawalselia dan bertanggungjawab penuh sehingga selesai projek.

Kalau setakat berpengetahuan MAU DAPAT PROJEK dan PROSPEK KEUNTUNGAN SAHAJA, anda sekadar membina jambatan yang menghumban nyawa ke gaung maut.

3 Comments:

Blogger FL Feinier said...

Erm.. sya rasa, minta maaf kalu pndpt sya berbeza.. pinjam lesen org tu,bg sya, bukan masalah utama,. sbab, ada jg org yg cerdik bisnes, ikut kursus, pohon lesen dan ada modal..tapi, teda knowledge dlm bidang engineering or arkitecture..

so, kdg2, atau slalunya, tokeh2 ni akan ambik worker yg berkemahiran tinggi.. ini kalu kontraktor yg baik dan bijak bisness la...

tapi, kalu kontraktor yg bijak kipas.. kdg2 bukan kipas lagi, aircond terus... dorg dpt kontrak bap angin kuat, sejuk2.. bila uda dapat kontrak, buat kerja pun tidak tau.. kuantiti semen,batu,besi,pasir, utk tiang, utk lantai, utk tandas pun tidak tau brapa2 nisbah dia.. tu yg bikin runtuh tu.. pastu, asyik mau untung besar, guna bahan2 yg murah teda kualiti... struktur bgunan nda ngam... tidak stabil... mang abis la hancur bgnan semua...

apapun, ttg projek consultant, iya..auditor, sya kurg pasti.. sbab audit ni, brgtg kpd pgurusn syarikat.. mcmna nak maksimumkan kualiti kerja dgn keuntungan.. tp, yg ptg sbenarnya adalh pemantauan dari Pihak Kerajaan Tempatan utk meneliti kualiti kerja kontraktor...ini ptg utk pertimbangan bg mengeluarkan CF, CMGD, dan CPC...

Dan, sya juga stuju bhawa, stiap kontraktor yg punya rekod buruk, perlu di blacklist... sebab, terlalu byk kontraktor kecil di KM...dan kita perlu focus pd kontraktor yg ada kualiti kerja yg bagus saja...klu yg kipas terlampau kuat tu, sampai bangunan astaka dia buat pun roboh... neh...

5:40 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Setuju dengan FL...
kontraktor tidak semestinya produk bersifat kejuruteraan. Sekurang-kurangnya faham tanggungjawab bila melaksanakan projek. Tahu tahap kawalselia dan cekap dalam memilih kumpulan kerja yang ada kaliber.

Tentang audit ni, sebenarnya boleh bongkar penyelewengan sewaktu proses mengaudit sekalipun tujuannya ialah tertumpu kepada memaksimumkan kualiti kerja berdasarkan keuntungan. Boleh jadi satu alternatif. Kalau kontraktor buat kerja baik berdasarkan spefisikasi/piawaian.. keuntungan di pihak kontraktor itu tidak siapa persoalkan.

9:02 AM  
Blogger dardie said...

mana jambatan yang runtuh tu LM?....aiyaaa...lebih malang lagi kalau ada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa yang terlibat semasa insiden tu..ermmm..

4:02 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home