TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, June 16, 2009

Kuasa Politik Tandek Perlu Dikembalikan Kepada Anak Watan Yang Prolifik

Tanpa menafikan elemen kepentingan politik itu sendiri, sayangkan tempat kita tidak perlu cita-cita politikus baru bercakap soal keperluan tanah lahir kita. Sebagai petani, pekebun, nelayan pun kita sebahagian daripada mekanisma perkembangan desa. Hakikatnya, ada yang berbakat dalam politik, ada yang berbakat sebagai suara rakyat. Bagi mereka yang mempunyai kesedaran berpolitik secara ikhlas, momentum perjuangan mereka diperlukan. Sebagai rakyat pula, saya dan yang lain mempunyai tanggungjawab sosial tersendiri.

Menyentuh mengenai kepimpinan Tandek, sebelum ini bukan tidak pernah Tandek dipimpin orang kita. Team kerja pun orang kita juga. Tapi orang kita tetap gagal memimpin. Kemudian sejarah politik bumi lahir kita melakar 'kejutan' dipimpin orang luar. Walaupun platformnya tetap sama tapi tetap juga mengulangi sejarah lepas. Kini, kita mengharapkan sesuatu yang tidak selari dengan hasrat kepimpinan sekarang. Kita mahu politik Tandek dikembalikan kepada anak watan. Persoalan utama ialah bagaimana kuasa politik dapat mengangkat orang yang TEPAT dan SESUAI untuk memimpin ketika peluang mereka tersekat? Ada anak muda yang lebih berinovasi menerajui perkembangan kemajuan Tandek melalui falsafah pembangunan tersendiri tetapi terus terpinggir.

Memang satu perkembangan sangat baik apabila sayap parti di N5 Tandek diterajui orang kita. Yang 'tidak baiknya' ialah mereka berkompromi dengan 'doktrin politik' orang luar. Karisma penghayatan falsafah membangunkan Tandek berpaksikan acuan kepimpinan yang tidak menjiwai 'sense of belonging'. Dengan sendirinya 'follower' mengakses acuan yang sama. Saya akui, orang kita sebelum ini pun melakarkan kegagalan menjiwai konteks ini. Kepimpinan melalui teladan belum menemui titik kematangan. Waktu berlalu, harapan anak-anak muda kini mulai berluka dalam menghasilkan produk yang lapar dan dahagakan sesuatu yang lebih berprestij. Arah perjuangan politik yang sebelum ini gagal mengasihani bumi sendiri telah dengan sendirinya menuai persepsi perjuangan mendewasakan anak-anak muda. Sayang sekali, produk kebangkitan aliran pemikiran anak watan yang lebih prolifik tidak mendapat tempat. Hasilnya, era milenium menyaksikan Tandek gagal mengakses kewibawaan pemikiran dan etika kerja anak watan sendiri disebabkan oleh permainan politik. Idea muktahir mereka terpendam begitu sahaja. Mereka inilah yang lebih memahami erti air mata desa kerana mereka adalah hasil sejarah kemuraman dan luka bangsa yang bertahun-tahun tergores oleh harapan yang tak kunjung tiba. Saya percaya, jika mereka ini diberi peluang pasti dibarisi oleh wajah-wajah jauhari yang mengenal manikam.

Kepimpinan sekarang perlu kerja lebih untuk menambat hati golongan muda. Kontroversi astaka Tandek, isu orang luar dapat projek, monopoli projek menggunakan lesen orang lain selain barisan pengerak agenda pembangunan oleh muka yang sama bertahun-tahun lamanya tapi tidak memberikan pulangan melalui etika kerja sedikit sebanyak menjejaskan kredebiliti perjuangan parti 'kesayangan ramai'. Kepada mereka yang berkenaan, anggap artikel saya ini sebagai kritikan yang membina dan buktikan saya tersilap mengkritik dengan memulangkan kepada kami TANDEK YANG MAMPU KAMI BANGGAKAN.

Kepada kebangkitan anak-anak muda milenium, harap tidak mudah berputus asa dan kekalkan keazaman perjuangan. Alangkah bagusnya apabila Tandek dipimpin oleh anak watan dan team kerja yang mempunyai perwatakan TEPAT dan SESUAI UNTUK MEMIMPIN.

7 Comments:

Blogger Transformasi Kepimpinan said...

sya sukung tandik d kambalikan pada anak watan tandik..sejarah lalu inda paya d ingat2,urang inda pandai dewasa kalau indada pangalaman..tandik suda ada 2 pangalaman cukuplah pangalaman itu, inda paya kasi 3 x ..

tandik masti pulang d rumahnya kambali ...

9:05 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kopivosian,
Saya bersetuju dengan artikel saudara. Sesungguhnya harapan rakyat kita di Tandek mahu supaya kawasan kita dikembalikan kepada rakyat Tandek semula. Namun, pengembalian kawasan kepada anak watan haruslah bersandarkan kepada beberapa syarat:
1. Anak watan haruslah approachable
2. Latarbelakang pendidikan yang baik, paling baik kalau ada Bachelor/Master...apalagi kalau ada PhD
3. Kekuatan pegangan agama
4. Networking with NGO in or outside of Tandek
5. Bukan Pak Turut
6. Berfikiran terbuka dan matang berfikir
7. Berani bersuara walaupun ada tekanan pihak atasan
8. Pemimpin yg bukan mengejar projek untuk kepentingan kroni dan keluarga
9. Latarbelakang ekonomi yg kukuh
10. Pemimpin yang tidak berhenti belajar samada melalui pembacaan/pengalaman org lain atau secara formal (masuk kelas balik)

Perkara-perkara di atas adalah bukanlah kayu pengukur (yardstick) namun boleh dijadikan panduan untuk memilih pemimpin pada masa akan datang. Pemimpin juga bukanlah individu yang sempurna, namun hakikatnya pemimpin haruslah bersikap dinamik dan boleh mengikuti peredaran zaman.

12:37 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Mr. Aki...
Kita mengharapkan suatu hari nanti anak watan Tandek akan kembali mengemudi masa depan rakyatnya.

Anonymous..
Setuju dengan kriteria yang saudara/i berikan. Kita perlukan pemimpin yang prestij.

2:52 AM  
Blogger FL Feinier said...

This comment has been removed by the author.

3:46 PM  
Blogger FL Feinier said...

This comment has been removed by the author.

3:49 PM  
Blogger FL Feinier said...

Sya setuju dgn artikel ini.. sya juga sedih dgn apa yg berlaku dgn tandek.. saya hairan, kenapa tandek ni tidak pandai maju2?

kalu org yg betul2 komited, pasti byk dah menteri2, dan pelabur luar, pemaju2, di jemput dtg ke tandek.. kaji potensi yg ada.. tp, sya rasa, tandek dibiarkan begitu, supya org tertumpu pd KM.. tp, yg herannya.. KM pun sama ja dari dulu smpi skrg.. huhu...

Dunia oh Dunia...

3:54 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

FL Feiner,
kalau kita punyta YB yang prestij, hasilnya pun kita dapat merasakan pembanguna n yang berprestij. Kalau dapat YB yang ala-ala begitu sahaja, panjang 'tidur lena' kawasan kita tanpa perhatian kemajuan.

5:17 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home