TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, June 12, 2009

Berpadu Arah Di Gelanggang Kata

Rasa tersentuh dengan polemik persatuan sejak akhir-akhir ini. Biarpun agak 'panas', saya memandang dari sudut perasaan yang berbangga kerana para pejuang kita mempunyai visi yang jelas. Minda tanpa visi menjejaskan tujuan. Misi memperjelaskan kerangka kebangkitan bangsa. Kesempatan baik ini saya menyatakan sokongan kepada apapun bentuk persatuan yang memperjuangkan bangsa. Sekali-kali jangan undurkan muafakat.

Gelanggang berlainan tapi bersatu di dalam arah perjuangan. Sudah kelihatan tanda kebangkitan aliran pemikiran yang cergas dan tangkas di kalangan anak-anak muda intelek. Tanpa menyebut apa persatuan, semarakkan la jiwa kalian menjadi pejuang yang rindu kepada kebangkitan bangsanya. Kepelbagaian bukan tanda retak bangsa. Ibarat ramuan kek dari pelbagai gabungan rasa dan bahan, tetap menghasilkan satu acuan lengkap yang mencirikan koleksi citarasa pilihan sukaramai.

Sejarah sudah membuktikan keazaman muafakat tetap menggemilangkan kepelbagaian wadah, memberi ruang kepada kebangkitan kesepakatan agenda. Minda yang ikhlas menghasilkan ketulenan gagasan yang tidak bercampur aduk dengan kepentingan individu. Langkah kolektif perlu diambil untuk menyatakan semangat bersepadu. Idea tidak semua dicerna melalui perspektif yang sama tapi boleh disaksamakan di dalam hasrat.

Apa sahaja platform perjuangan, anda adalah suara kebangkitan. Berpadu arah la sekalipun tercuit di gelanggang kata kerana anda adalah MILIK BANGSA.

JATUH SAMA DIPAPAH, MERANGKAK SAMA TERLUKA, BANGKIT SAMA BERTINDAK, BERSATU SAMA SERUMPUN.

10 Comments:

Blogger Transformasi Kepimpinan said...

Buli tahan iti karangan nu...

9:11 AM  
Blogger PENYIRAM BENJIN said...

okon ko calang2 ilo aki..alayak yalo diti dot penulis skrip di PM tokow

9:16 AM  
Blogger IsOn said...

Setuju dengan ulasan LM.

9:28 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Mr aki..
berbesar hati menerima kunjungan. Sila beri tunjuk ajar...

TULUN KIMARAGANG..
pujian terlalu tinggi untuk tulisan sederhana seperti ini. Sangat berterima kasih atas dorongan baik seperti ini. Saya budak baru belajar..

Ison...
irama kita bernada sama...

9:58 AM  
Blogger JMimie said...

sangat bersetuju dgn tulisan ini...seperti biasa...cetusan idea hebat kerana dimantapkan oleh gaya penyampaian yang pasti telah difikir dan diolah penuh tertib...

ma'a peno pujian ku dika LM tu "tulisan elok jgn dipuja2 nanti..." hehehe

12:40 PM  
Blogger BUNG ADI said...

saya mesti berstuju...

1:22 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

jmimie...
hehe... tiba-tiba terkenangkan lagu Teratai dendangan Jamal Abdilah...

SANGURU..
selamat kembali. Seperti biasa.. bagai irama dan lagu

2:43 PM  
Anonymous NONG said...

Ya..sangat2 setuju.
Lagu teratai ka LMike?..ba ATUUUUURR

8:40 PM  
Blogger dardie said...

opssssss...lagu teratai ka mick?...ermmmm satu petanda mendung semakin menampakkan jaluran cahaya..hehehehe.

Apapun, terima kasih atas ulasan yang sangat membuka fikiran saya secara peribadi untuk melihat lebih jauh dan dalam mengenai nasib bangsa dan kehidupan serta negeri tercinta kita.kita teruskan apa yang perlu untuk diperingatkan kepada mereka dan kita yang perlu..

9:48 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

dardie.. hehe
lagu teratai lagu patriotik ba tu. Saling ingat mengingati itu perkara baik. Muafakat menyisih musibah..

11:58 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home