'Stunt' Yang Menjadi Di Antara Hidup Dan Mati...
Tidak dapat saya bayangkan peristiwa mengalami kemalangan akan berlaku pada diri saya. Tetapi saya tidak nafikan risiko membawa kenderaan tetap akan memberikan satu pengalaman yang mengerikan suatu hari nanti, entah bila, sama ada kita berada di situasi yang betul atau menjadi mangsa kesilapan orang lain atau kesilapan diri sendiri. Dan akhirnya hari ini peristiwa kemalangan itu datang juga memberi pengajaran pertama. Bezanya ialah sama ada bernasib baik terlepas daripada jemputan bebayang hitam atau berada di mana-mana tempat yang 'tidak diketahui'.
Ketika saya menulis, peristiwa ini baru sahaja berlaku 30 minit yang lepas. Saya bersiap untuk membuat lawatan ke site seperti kebiasaan yang saya lakukan hujung minggu untuk memastikan segalanya tiada masalah. Sejurus keluar ke jalan besar, jalan jam dan kenderaan bergerak perlahan menjadi 2 barisan (sepatutnya hanya 1 line sahaja). Ketika kelajuan motor hampir mencecah ke 60 km/jam (proses menukar ke gear 4) tiba-tiba sebuah kereta perdana cuba memotong dan ketika itu juga saya tidak berjaya mengelak lalu bertembung. Dentuman kuat menarik perhatian penduduk sekitar dan jalan lagi la bertambah jam. Saya dengan aksi stunt melompat dan berjaya melakukan pendaratan selamat. Mujur laluan bertentangan tidak ada kenderaan semasa kejadian. Jika ada pun pada jarak 12 meter dari posisi saya semasa terjatuh. Bila saya melihat, motor saya terperosok di bawah kenderaan dan terseret hampir 3 meter rasanya la. Syukur la saya sempat mengelak daripada 'menghuni ruang bawah kenderaan'.. Kesiannya saya melihat motor tu (selepas saya mengasihani dan bersyukur mendapati saya selamat..) hehe. Cermin kedua-dua sisi pecah, rim tayar depan bengkok, lampu pecah, cover pecah.. Dan bahagian sisi kanan cover kenderaan hampir 'nokolungkab' bilang urang putih hehe.. Mana tidaknya, di situlah badan saya dengan motor sekali terhempas, dan saya terpelanting ke laluan bertentangan, memusingkan badan di udara dan dalam keadaan begitu sempat juga saya melihat di dalam kenderaan seorang wanita muda menekup mukanya dengan kedua belah tangannya (macam terasa melakukan aksi 'matrix' pula). Dan saya terfikir, apa akan jadi kalau tiba-tiba kenderaan dari arah laluan bertentangan menyambut saya semasa terjatuh dengan kelajuan tinggi? Saya cuma mampu mendongak ke atas dan menyampaikan ucapan terima kasih saya kepada-Nya melalui kelipan mata. Apa lagi yang mampu saya bicarakan. Saya benar-benar kelu!!
Hilang semangat sekejap, saya kemudiannya call adik Why untuk menenangkan perasaan dan cuba mendapatkan kembali 'diri saya' yang entah terpelanting di mana-mana. Perlahan-lahan dapat juga saya bertenang. Setelah selesai urusan rundingan dengan pemandu kenderaan, akhirnya pemandu itu bersetuju untuk membayar kos kerosakan motor.
Ketika ini, badan sudah mula terasa seram-seram sejuk. Badan terasa lenguh dan rasanya tidak larat untuk mengangkat tangan kiri. Mujur la tidak ada kecederaan luaran yang saya alami walaupun ada sedikit gurisan yang tidak berdarah. Latihan yang saya ikuti semasa mengikuti kem ketenteraan dahulu sedikit sebanyak membantu saya membuat aksi jatuhan yang selamat. Tetapi sebelah kiri kepala, bahu, tangan dan kaki kiri terasa ada sesuatu yang menusuk tulang-temulang. Tidak terasa sakit tetapi sesuatu yang semakin lama semakin mencengkam. Harap saja lepas 2-3 hari ini keadaan kembali pulih. Sepanjang masa saya menulis, saya menerima panggilan daripada adik Konong, adik Clem dan Kakak May. Sudah tentu dari adik Why tempat mereka ketahui cerita ni. Terima kasih atas perhatian dan kasih sayang yang kalian berikan. Untuk komuniti masinasin lain, jangan bimbang. Setakat ini saya dalam keadaan yang baik.. Esok, saya akan pergi buat imbasan untuk memastikan benar-benar semuanya ok.
4 Comments:
harap semua okay... harap terus waspada dan hati-hati apabila membawa kenderaan. kadang-kadang kita memang hati-hati tapi kecuaian org lain juga bawa mudarat.
apa-apa pun harap dpt bgtau pkembangan...
MICKEY...
Semalaman saya tidur dalam keadaan tidak tenang dan sukar melelapkan mata. Seperti terasa badan ditekan-tekan oleh beribu-ribu batang besi kecil. Sedar-sedar sahaja terima panggilan daripada bapa di kg yang mau tau cerita lanjut keadaan sebenar. Semalam ada juga cerita2 dgn mama bapa tetapi mama dan bapa tidak dapat menerima cerita kerana terlalu terkejut.
Sebenarnya, tidak juga saya mau ceritakan peristiwa itu dalam 2, 3 hari tetapi saya bimbang bila saya tertulis di blog dan diketahui oleh org lain, rasanya mama dan bapa lagi la terganggu fikiran kalau berita kemalangan ini disampaikan oleh orang lain....
Pagi ini keadaan diri saya semakin baik cuma ada sedikit bengkak di lengan sebelah bawah bahu kiri... rasany bengkak biasa sahaja. lain-lain semuanya ok...
hi mick!
i hope you are feeling better already. do get a lot of rest and take it easy over the next few days alrite:)
ps. i have some photos to pass to you. let me know when you are in my area ok!
magic
hi magic..
lama tidak dengar khabar... im getting better and better now.. so far semuanya ok..
pasal gambar tu, mick nanti cal u..
thanks..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home