TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, October 21, 2008

Menu Jam 5 pagi..

Seawal jam 2.30am, seorang kawan muncul di muka pintu ofis. Saya sedang leka memerhatikan beberapa tugasan untuk saya selesaikan petang selasa nanti.
"Nasi lemak?" Kawan tersenyum.
"Err... kenyang lagi." sambil tersengih saya menunjukkan perut kembung.
"Tidak apa. Saya belanja." Kawan ni membalas senyuman dengan wajah ikhlas.
Sebentar tadi pinsan-pinsan jemput keluar makan jam 10pm di sebuah kedai masakan steam fish di sekitar Taman Miharja, Cheras. Kenyang lagi.
"Belanja?. Terima kasih." Kataku tertawa kecil sambil menyambut sebungkus nasi lemak. Boleh menggalas perut kemudian nanti, fikirku. Perkara yang sangat sinonim dengan kenangan saya di tanah semenanjung ialah hidangan nasi lemak, yang menjadi satu kemestian oleh masyarakat Melayu ketika hendak bersarapan atau pada waktu rehat kerja petang hari. Saya mula-mula memijak bumi semenanjung, perkara pertama yang saya lalui ialah bagaimana saya hendak menghabiskan nasi lemak. PEDAS! Tapi sedap dan menyelerakan. Makan separuh, terpaksa menyejukkan bibir yang 'kepanasan' dengan hembusan nafas terburu-buru. Jika tidak tahan dengan pedas yang meluap, sekejap hilang sekejap mengganas, terpaksa tekap ke bibir dengan botol mineral sejuk. Legaaaa.. Haha...
Sebab itu, tabiat buruk saya ketika makan nasi lemak ialah menghabiskan secepat mungkin. Lajuuu... Konon-konon boleh skip penangan pedas. Nak jadikan cerita, perut pula yang meragam marahkan mulut yang tidak mengunyah. Adesss!

2 Comments:

Blogger azlishukri said...

saya link blog saudara.

12:55 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

terima kasih kerana link blog saya. satu penghargaan apabila seorang yang berjiwa besar seperti saudara mengambil ruang masa untuk link blog saya ke blog saudara.

terima kasih sekali lagi... saya sentiasa mengikuti perkembangan tulisan saudara.

keep on blogging..

3:26 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home