TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, December 19, 2008

Politik Durian Runtuh

Saya pasti akan tersenyum dan menggeleng-geleng kepala setiap kali menjelang hari besar proses demokrasi yang bakal menentukan untung nasib parti-parti politik terutamanya melibatkan parti memerintah. Bila tiba sahaja pilihanraya, parti yang memerintah bagai cacing kepanasan memikirkan cabaran pihak lawan dan penolakan pengundi. Agak menjengkelkan malah melucukan pun ada melihat 'ketidakkeruan' orang-orang politik yang kelihatan tergesa-gesa, gemar dengan taktik mengumumkan peruntukan besar-besaran saat-saat akhir.

Penangan pilihanraya kecil juga tidak mampu lari daripada politik durian runtuh. Terutama sekali di kawasan yang berpotensi memberikan kemenangan kepada pihak lawan. Biarlah saya katakan pengumuman peruntukan besar-besaran yang berlimpahan sekadar mengundang 'sakit hati dan geram'. Bayaran untuk Terengganu tambahan RM500j kepada jumlah sebelum ini, 10m untuk hasil jualan minyak Terengganu 'dihadiahkan' sejurus pengistiharan pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Di bumi Borneo, sehingga sekarang saya tidak mendengar sebarang perkembangan sejak pengumuman suntikan berbilion ringgit untuk Sabah dan Sarawak sebelum pilihanraya ke-12 baru ini. Itu belum termasuk minyak kalau kita bercakap mengenai minyak Sabah. Mungkin Kerajaan Persekutuan melihat Sabah merupakan 'kubu' kuat BN maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Jika sebelum ini BN gemuruh gara-gara 'Gempur September' oleh PR, pantas sahaja menghulur manisan, akhirnya kembali membisu, lega ikatan tali masih belum terlepas dari muncung hidung Sabah. Kasihan orang kita. Berpanjangan la kegeraman kita melihat minyak terus disedut ke seberang tanpa layanan yang boleh membuatkan rakyat Sabah merasakan diri mereka dihargai. Pemimpin kita pula sekadar melihat tempat lain dimajukan oleh kekayaan bumi kita sendiri.

Kenapa setiap kali menjelang pilihanraya ada sahaja pengumuman peruntukan yang manis dan sedap belaka untuk telinga mendengar? Rasanya, jawaban kepada persoalan ini tidak sukar mengundang senyuman sinis.

Imbas kembali kawasan N.5 Tandek sendiri. 3-4 penggal janji pilihanraya penaiktarafan jalan utama yang menghubungkan Tandek-Tingkalanon-Mosolog-Damai berkali-kali dicanangkan. Penggal ke-5 baru kelihatan jarak sejauh 2 batu jalan berturap. Kerja pula dilakukan sekerat-sekerat. Orang kampung pun boleh bercerita "Biasalah. Taktik orang politik bah supaya orang kampung terpaksa bergantung kepada parti ini kalau mau pembangunan diteruskan".

Sangat dalam perkataan orang kampung ini. Jika saya orang politik saya akan malu. Ada bezanya PEMBANGUNAN 'DITERUSKAN' dan PEMBANGUNAN BERTERUSAN. Itupun kalau boleh kita dikatakan pembangunan 'diteruskan' itu sebagai satu pembangunan. Jalan grabble depan mata sudah berpuluh tahun lamanya. Kalau ada yang perlu dilakukan cuma perlukan kerja baikpulih. Masalahnya, pemimpin kita putar belit, mengatakan penurapan jalan itu pembangunan. Pembangunan tidak boleh disamakan dengan kerja-kerja naiktaraf insfruktur!!

2 Comments:

Blogger Umar Safri said...

Sdra,

Tulisan yg baik. Pada sy, Parti Pembangkang + Bebas mesti bersatu dan kuat di Sabah barulah pembangunan akan datang melipah-ruah. Tidak kira siapa yg memerintah, pembangkang mesti kuat. Kalau parti yg `baik` memerintah sekalipun perlu ditegur kepincangannya oleh pembangkang demi kebaikan sejagat. Apatah lagi kalau yg memerintah itu parti yang `buruk`. Jadi puak-puak pembangkang di Sabah perlu memikirkan titik pertemuan yg membolehkan mereka dapat bersatu.Contohinya Malaya. Atau kita masih ketinggalan 20 tahun ke belakang berbanding org-org Malaya?

7:57 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Sdra,

Trima kasih atas kunjungan...

Antara contoh yang kita boleh pandang di bumi Malaya ialah mereka dipimpin oleh pemimpin dan parti yang diwakili daripada bangsa mereka sendiri.

Contoh paling dekat ialah kekuatan politik sarawak dan gembleng tenaga yang baik untuk bumi sendiri.

Sudah tiba masanya Sabah kembali melihat jati diri politik dan bentuk kepimpinan di bumi sendiri. Pembangkang baik untuk mendesak orang2 kerajaan membuat kerja dan turun padang. Selebihnya saya masih memandang akan keperluan sebuah parti baru dan mengembalikan kuasa politik sepenuhnya kepada sabah. UMNO perlu diingatkan tempat asal mereka. KITA PERLU ORANG KITA SENDIRI...

11:22 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home