TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, November 26, 2008

Jalanraya N5 Tandek Perlukan Perhatian Segera!

Berita Perdana TV3 semalam melaporkan sejumlah RM500 juta telah diluluskan untuk kegunaan menaiktaraf dan membaikpulih jalanraya di Sabah dan Sarawak. Jika peruntukan tersebut mengikut saiz keluasan dua negeri, Sabah mungkin boleh memperolehi lebih kurang RM150-RM200juta. Saya tidak pasti kalau peruntukan tersebut memperuntukkan jumlah yang sama untuk kedua-dua buah negeri.

Harapan anak desa Tandek tentulah ingin melihat N5.Tandek menjadi sebahagian daripada 'durian runtuh' yang sekaligus dapat mengubah secara drastik sistem jalanraya. Ini sangat penting untuk mempastikan rakyat dapat menikmati keselesaan menggunakan jalan di samping manafaatnya mengembang maju sosio budaya dan ekonomi masyarakat desa. Yang Berhormat Anita Baranting, N5. Tandek ada permintaan (SEDAR la bahawa permintaan ini sudah berulang-ulang);

1. Ambil langkah proaktif, ubah wajah Tandek

2. Guna undi rakyat dan bersuaralah di DUN, jadikan sebahagian daripada peruntukan ini menyuntik nafas kemajuan di kawasan Tandek

3. Jalankan fungsi sebagai Yang Berhormat- berkerjalah untuk rakyat khususnya di N5. Tandek

4. Gunakan sepenuhnya bahagian peruntukan ini dengan idea yang bernas serta niat yang jelas dan jujur

5. Berikan perhatian pembangunan infrustruktur yang adil untuk semua desa di seluruh kawasan N5.Tandek

Dan harap YB dapat fikir-fikirkan;

1. Ke mana arah peruntukan untuk adun N5. Tandek rm400k untuk penggal ini?

2. Jumlahkan keseluruhan peruntukan yang ada sebelum ini dan YB lihat la di mana nilainya wajah N5. Tandek sekarang yang boleh disamakan dengan jumlah peruntukan tersebut?

3. PBS melaungkan menifesto memperjuangkan kemajuan, dimanakah yang dapat YB beritahu kepada kami bahawa ada yang boleh DIKATAKAN 'itu' atau 'ini' adalah hasil menifestasi perjuangan PBS untuk kami amat-amati?

4. Sudah berapa penggal PBS memijak kaki di kawasan Tandek? Hampir 24 tahun! Lebih kurang 5 penggal. Mengapa warga desa belum juga terhenti tangisan mereka? Mengapa warga desa yang terlalu keletihan menderita TAPI TIDAK berhenti-henti BERTANYA tentang hak pembangunan dan kemajuan? 24 tahun YB..... 24 tahun pertanyaan kami tidak berubah. Baiki dan turap jalan utama dan jalan yang boleh menghubungi desa terpinggir, bekalan elektrik diperlukan untuk memberikan cahaya dari desa ke desa, menyuntik pertanian melalui teknik dan teknologi moden, menaiktaraf sekolah-sekolah luar bandar, program belia berteraskan modal insan, bantuan pendidikan untuk keluarga miskin serta pusat pengembangan ilmu seperti perpustakaan.

Saya tidak tahu sejauh mana cekapnya langkah YB Anita Baranting memberikan reaksi yang responsif untuk N5. Tandek terhadap rangsangan peruntukan besar seperti ini? YB, jumlah peruntukan dan beberapa tambahan peruntukan lain pasti menerbitkan pelbagai reaksi rasa dan menggugat 'kestabilan emosi'. Warga desa mengharapkan reaksi yang betul arahnya.

6 Comments:

Blogger Unknown said...

aloow bro mick..lama sudah sia kuar masuk ko punya blog ni..n ni kali pertama sia sumbangkan sedikit luahan rasa..keh..keh..sya rasa la kan, daripada jumlah peruntukan tersebut, tempias pun nda smpi di N5 tandek. Mana tidak, Dr.Max pun jarang disana,YB Anita pun teda bunyi langsung d dewan rakyat. Tarik pengundi mungkin dorang terer la tapi tarik perhatian kerajaan mungkin susah la..jauh minyak dari kuali la sya rasa. Ko bayangkan la jln raya yg di kasi aspal dari tandek smpi kg longob tu pun sangat lambat kerja dorang. Patut pasal jln raya tu, boleh jadi modal YB Anita sudah utk bersuara di Dewan Rakyat. Harap2 Dr Jurin boleh suarakan pasal benda ni la. Satu lagi..dengar2, ada org yang dpt 5% komisen daripada projek jln raya tu....kawan cakap la. Tapi sia rasa memang betul la cakap kawan tu....ba..sampai cni ja utk kali ni. Talib oku po ki....

6:16 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hallo bro.. lama inda dengar khabar ko. Harap semuanya ok. Terima kasih sebab berkunjung ke sini dan meninggalkan nota komen untuk dikongsikan...

Saya percaya ada kebenaran cerita2 begitu. Peruntukan dan komisen selalu berkait dalam apa2 pun cerita tentang projek. Dapat komisen tidak mengapa, mungkin 'kebiasaan'.. cuma yg dikesali ialah komisen dapat tapi kerja tidak menentu. Mcm jalan di Tandek tu... ada projek utk mengaspal jalan tapi sangat lambat dalam perlaksanaan. Jalan Tandek sampai ke Longob tu, kalau jujur dikerjakan, let say la paling lambat sebulan boleh siap...

Tapi saya yg biasa melihat kerja2 penurapan utk 15km-20km paling lama 1 minggu lebih boleh siap...

harapan saya pun sama juga. ada individu yg boleh 'mendesak' dan memantau sejauh mana kerja perlaksanaan di buat dengan cara yg betul... Dr.Jurin misalnya, boleh memainkan peranan. Cikgu Androd, peranannya sebagai Presiden NGO Sabah juga mampu dari segi kredibiliti utk turut sama memainkan peranan penting.

saya boleh bayahgkan peruntukan besar begitu, kalau tempias pun tidak sampai ke Tandek.. mmg sangat kritikal dan parah orang2 politik kita

11:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

sia tertarik pasal cerita mengaspal jalan tandek-longob...baru2 ni sia ada balik kg dan melalui jalan tersebut..selama 2 minggu sia bercuti.. jalan yang kana aspal baru sampai simpangan kg.tondig.bayangkan dari pejabat lama PBS sampai simpangan masuk jalan kg.tondig..butul2 inda masuk akal..kalu macam ini cara diurang mengendali projek ini..sia grenti..untuk kasi aspal sampai kg.longob mungkin memakan masa 5 tahun.. bagus lagi tu jalan masuk kg.tingkalanon..sumua kana aspal..hahaha

2:30 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

adeehh illie... bikin sakit hati kalau itu... sudah 2-3 bulan ni projek aspal, jalan baru sampai simpangan Tondig ka??

mana syarikat diurg hire utk kasi jalan tu kontrak? kalau pakai 'mannual' (org kampung ja tanpa mesin sesuai) bikin geram ja tu somputut2 kasi sambung...

ainaa... sepa2 org kuat sana Tandek, kasi kamurang tingu2 butul2 tu projek. kita punya jalan tu..

3:51 AM  
Blogger Ajeem said...

betul2 bikin panas bah isu nii..menurut pemerhatian saya sejak 1996,mustahil tidak cukup lagi peruntukan untuk membanugnkan jalan raya di kawasan daerah kota marudu.saya minta izin dari mick menggunakan beberpa hujah yang ada dalam artikel ni untuk saya siarkan dalam beberapa akhbar online popular yang menjadi perhatian ahli Yang Berhormat...saya akan cuba perluaskan isu ni dalam kesempatan bertemu dengan beberapa MP semenanjung.

4:08 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

ajeem...

Ya, warga desa Tandek semua berkongsi rasa yang sama. GERAM!

Kalau diikutkan lagi sudah lama masalah jalan ini boleh selesai..

Saudara ajeem boleh mengambil artikel ini untuk dikupaskan lebih lanjut. Dan harapan saya, semoga isu ini dapat dikembangkan untuk mendesak pihak berkenaan supaya menjalankan kerja dengan lebih teratur bertanggungjawab...

3:58 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home