TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, December 08, 2008

Sawatan Pangayas Dalam Kenangan

1hb Feb 1939 - 2hb Dec 2008: Jam 6:20pm, Selasa

Always In My Mind

Bersama Selamanya

Sehari Selepas Kepergian Ayah Tersayang.... Kenangan Bersama Mu Tetap Hidup Selamanya Di Ruang ini


Perjuangan Harus Diteruskan

"SESAT DALAM HIDUP IBARAT MENGAYUH PERAHU, KE HULU MENUNGKAH SURUT, KE HILIR MENUNGKAH PASANG". Ayah... Pesan ini akan sentiasa menjadi pelita dalam hidup. Engkau... ayah yang tidak pernah putus kata mendorong, yang tidak pernah gagal mengasihani anak-anak, yang sentiasa terbaik di sisi ibu.

Ayah,

Waktu kami mencari makna hidup
Engkau adalah lelaki

Waktu gundah rasa
Engkau adalah taman berseri

Waktu tersesat jalan
Engkau adalah sumber

Waktu sukar bagi anak-anak
Engkau adalah teman

Waktu tumpah air mata ibu
Engkau adalah suami

Waktu mencari teduh
Engkau adalah bapa

Doa ibu membawa ke Syurga
Doa ayah jalan ke Syurga

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang telah diperkenankan oleh-Nya. Amen...

Nota: Terima kasih kepada semua yang telah berkesempatan datang menziarahi ke rumah. Juga kepada yang tidak sempat meluangkan waktu, doa kalian lebih daripada apa yang kami perlukan. Sesungguhnya nasihat, dorongan dan ingatan saudara dan saudari yang sangat kami hormati hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Mohon maaf sekiranya kami terlepas melayani, atau tidak sempat bertegur-sapa dengan kalian. Jauh di lubuk hati, hanya perkataan memohon MAAF ini sajalah yang mampu kami suarakan. Yang baik itu datang dari Yang Maha Kuasa. Yang buruk itu datang daripada kelemahan kami. Kepada YB Puan Anita Baranting, Adun N5 Tandek, dan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili MP Kota Marudu melalui wakilnya, terima kasih kerana sudi meluangkan kesibukan waktu berkongsi suka-duka serta memberikan sokongan nasihat dan dorongan. Terima kasih tidak terhingga.Juga kepada rakan-rakan blogger dan rangkaian FS, terima kasih atas ucapan dan tanda ingatan kalian.
Catatan khas untuk SANGURU: Terima kasih atas kesudian sanguru memberi ruang dalam blog menulis mengenai bapa. Ia sangat menyentuh hati kami. SANGURU juga orangnya hebat dan sudah tentu dilahirkan melalui keluarga yang hebat dan daripada keturunan yang hebat. Saya bersyukur lahir di antara keluarga besar SANGURU. Seperti kata SANGURU 'sesungguhnya, aku jua mencintainya, demikianlah juga adanya di dalam rasa kami'... Terima kasih SANGURU!

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Saya sungguh sedih dan dukacita bila mendengar berita pemergian ayahanda tercinta mike baru2 ini.Kalau bukan kerana terbaca sesuatu mesej status yang terdapat pada facebook adik mike (marliana) saya mungkin tidak tahu berita ini.Entah mengapa tiba2 pada 2hb December saya ternampak nama Marliana Sawatan di Facebook dan saya terus add dan akhirnya dia terima request saya kelmarin (7hb December) dan pagi tadi saya agak tidak senang dengan status adik mike itu yang mengatakan "missing her dad badly"..semacam ada sesuatu yang tidak kena..lantas sia menghubungi keluarga di kg dan mereka mengatakan bahawa uncle SAWATAN telah meninggal dunia..saya rasa macam mengiggil badan dan saya telah meminta izin dari boss untuk pulang awal hari ini.

TAKZIAH saya ucapkan kepada mike dan seluruh keluarga atas pemergian ayahanda tersayang mike..dan bersabar lah menempuh dugaan ini.Sesungguhnya terlalu perit menerima kenyataan apabila kehilangan seseorang insan yang TERSAYANG dan ISTIMEWA dalam hidup kita.

Terlalu banyak kenangan manis saya dan uncle Sawatan sewaktu saya masih berada di kg dulu..buat seketika saya tidak akan mengungkit kisah ini kerana semua tahu siapa dia.Dalam diam saya sememangnya amat menghormati 2 uncle ini..uncle Sawatan & uncle Sina.Saya amat berbangga kerana lahir dari keturunan sama dengan mereka.Kerana uncle Sawatan lah keturunan SAMBION terus di pandang mulia dan di hormati oleh masyarakat setempat.

Saya amat berduka cita kerana tidak dapat bersama-sama untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau.Namun dari jauh saya berdoa agar TUHAN sentiasa melindungi rohnya.Semoga Tuhan terus memberi cahaya hidup pada keluarga mike.

Akhir sekali,jika ada kesempatan mike tolong sampaikan salam sedih dan takziah saya ini kepada mama tersayang mike.Semoga dia dapat besabar dihari duka ini

7:25 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Pinsan..

terima kasih atas beberapa catatan baik terhadap mendiang bapa dan beberapa tanda ingatan bersama mama ketika balik bercuti tempoh hari...

terima kasih juga atas kenangan tulus ikhlas yg mendalam terhadap bapa... segala kebaikan kata2 ko hanya Tuhan dapat membalasnya. hidup perlu diteruskan...

Terima kasih sekali lagi ILLIE...

12:34 PM  
Blogger UNGU said...

mike,
semoga cekal menempuhi dugaan ini. sesungguhnya kematian dan kita hanya dijarakkan dengan satu garisan-penghubungnya doa dan ingatan.

11:55 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Ungu..

Terima kasih.Kepada-Nya la tempat kita bergantung. Sesungguhnya mmg benar hanya dijarakkan oleh satu garisan dan penghubungnya adalah doa dan ingatan..

Terima kasih sekali lagi

10:05 AM  
Blogger 麻辣鴨血Maggie said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

11:47 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home