TINGKALANON - TANDEK - MORION

Friday, December 26, 2008

Yang Sesuai Di Hati Anda. Hati Kalian Lebih Mengertinya Bila Cinta Bertemu Cinta..

Dalam satu operasi, salah seorang anggota polis telah menyoal siasat 3 wanita berbangsa Indonesia yang berkerja sebagai pembantu rumah.
Polis: Awak bertiga ni sudah kahwin ke belum?
Amah 1: "Saya sudah kahwin tuan. Sudah ada orang yang cocok"
Amah 2: "Saya sudah bercerai tuan sebab kurang cocok"
Amah 3: "Saya belum kahwin tuan. Belum ada yang cocok"
Hehehe..Senyum. Jangan tak senyum.... Dalam hidup ini selalu berlaku pertemuan yang kadangkala membuatkan kita rasa wanita itu adalah pasangan yang cocok untuk kita. Tidak mungkin pasangan bercinta akan saling menerima antara satu sama lain jika mendapati mereka tidak sesuai atau bukan pasangan yang secocok. Dalam kes lain, ada yang menerima pasangan kerana telah diatur oleh ibu bapa samada di pihak lelaki atau perempuan. Kahwin dahulu, bercinta kemudian. Siapa pilih siapa, ibubapa akan menerima demi kebahagiaan anaknya. Saya percaya tidak mungkin anda akan menerima cinta yang tidak wujud di dalam hati kerana anda perlu menyayanginya seumur hidup. Cinta bukan sekadar seronok di dalam perasaan tetapi satu tanda ingatan tanpa tersiksa. Cinta tidak selalunya cantik tapi cukup untuk membuatkan hati berpaut, mengharap, dan ingin berjalan bersama. Kerana kita perlu percaya cinta itu bukan memaksa tetapi berkongsi rasa.
Selamat melangsungkan perkahwinan kepada para sahabat. Jerry & Ana, Chester & Via, Nimrod & Lena, kepada Daven & Abby yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Juga kepada Kazen Moren dan pasangannya. Tuhan menyertai kalian dan semoga sentiasa dilimpahi rahmat sepanjang hayat. Maaf kepada rakan-rakan yang tidak saya sebut kerana saya tidak tau siapa dan siapa kahwin bulan ni. Ucapan ini juga ditujukan kepada mereka.
Anda tersenyum. Saya tahu kenapa. Hehe... nanti la. Kalau ada jodoh.. Hidup ini sentiasa akan memberikan apa yang terbaik kepada kita sekalipun termasuk hal-hal yang tidak terjangkakan oleh kita. God is good.

5 Comments:

Blogger HASS said...

yeah cuzzie...
kami selalu menantikan saat untuk ko tiba.
hehehe

10:54 AM  
Blogger Lt Kdr (M) Musli Bin Jaffar said...

Kau juga bah LM.. Pakar juga ko ni mengayat aku tingu'... Kalau dikira buli kau kasi kalah Abg Awang Muslihat tu.. Hehehe... Jgn mrh gurau.. Ba klu ko sampai seru.. panggil2 bah member.. Wlupn sekadar kenalan dari blog... Hehehehe..

10:38 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

cuz... masakan kalian akan terlupakan oleh saya. :)kalau ada jodoh, ada la tu. Apa yang mampu diusahakan, usahakan dulu.

Tuan,

jauh sekali mo 'lawan' awg muslihat tu.. hehe. Sangat tahan lasak dia. pakar dan berpengalaman.

boleh tuan. klau ada jodoh saya akan hantar jemputan utk SANGURU, Tuan Lt M Musli, Melatiduka, Mawar, Yus, Awg Muslihat dan rakan2 blogger yang lain.

1:33 AM  
Anonymous Anonymous said...

ehem ehem...mcm pernah ku dingar cerita ini dr seseorg tapi siapa dan d mana ya...:-) semoga cepat bertemu jodoh. all d best!

1:09 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

AlwaysMe..

Saya pun prnah bgtau ni cerita tapi sama siapa dan di mana ya... :)

ya, kalau ada jodoh, ada la tu. hehe. Manusia berusaha, Tuhan tentukan.

8:46 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home