TINGKALANON - TANDEK - MORION

Monday, February 02, 2009

Coret Kimaragang: Menangani Konflik Kepentingan Sosiologi Bumi Marudu

(Sudah lama tidak menulis. Bukan tidak mahu menulis tapi demi untuk menghormati permintaan tekong agar memberikan tempat kepada entri pemilihan logo.)

Tahun baru, ilatizam yang baru dengan harapan dapat melihat Tandek dan seluruh kawasan Kota Marudu jika bukan secara drastik, dimaksimakan secara perlahan-lahan dalam semua segi yang memangkin pemupukan kemajuan dan pembangunan kawasan, pengurusan etika dan budaya kerja termasuk menyoroti aplikasi dan perspektif politik agar selari dengan aspirasi dan kehendak rakyat . Kita boleh sahaja beranggapan secara santai bahawa tahun baru sekadar satu peralihan waktu semata-mata tanpa melihat bahawa ada dimensi lain yang lebih besar malah lebih mencabar. Tugas berat menanti menuntut setiap satu individu agar lebih fokus dan siaga dalam menangani konflik tempatan iaitu bagaimana mengurus kepentingan sosial dalam mentransformasikan masyarakat kepada satu kelompok komuniti yang lebih berinisiatif, dinamik dan kompetetif.

Ramai di antara kita yang mengabaikan makna kepentingan sosiologis dalam menghadapi konflik tempatan, nasional dan era globalisasi. Ketika Kota Marudu secara keseluruhannya terkapai-kapai, lesu zaman berzaman, antara suara bangsa yang tidak didengari dan kurang diendahkan, masyarakat dibebankan oleh keretakan pengukuhan jati diri dek sergahan rantaian isu sosial seperti penyimpangan moral, ketidakseimbangan sosio ekonomi, kemuraman dalam aspirasi politik dan beberapa masalah lain yang merencat nadi Kota Marudu.

Jika diperhatikan secara berhemah, timbulnya permasalahan ini adalah akibat bersumberkan daripada kegagalan masyarakat menyedari peri kepentingannya akan tanggungjawab sosial diurus secara sepakat dan diusahakan secara bersama. Tidak dapat tidak, Kota Marudu sebenarnya tidak dapat melarikan diri daripada konflik dalam kehidupan bermasyarakat. Makna sosiologis itu sendiri membawa pengertian nilai hubungan kemasyarakatan. Sebarang kelongaran dan kegagalan dalam menghayati nilai kemanusiaan membawa kepada konflik kepentingan.

Konflik kepentingan inilah yang harus diberikan perhatian, dikelola dengan mempunyai tujuan khusus yang murni. Yang ingin saya sentuh iaitu sedikit bahagiannya daripada kepentingan sosiologi ialah prinsip tanggungjawab dan pengendalian diri. Secara sosiologisnya, kepentingan tersebut berhubungkait dengan kehidupan manusia iaitu bermasyarakat dan keseimbangan jati diri.

Sebagai contoh saya khususkan perhatian kepada Kota Marudu, dalam ketidakseimbangan sosial ekonomi misalnya, terjadi jurang besar seolah-olah wujud 'pelbagai bentuk lapisan masyarakat' yang dibayangi kesukaran dalam upaya mereka mengakses segala kemudahan ekonomi. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada yang kais pagi makan untuk petang atau kais pagi dan petang, makan untuk keesokan harinya. Yang berhasrat memulakan perniagaan kecil-kecilan umpamanya menjual sayur-mayur, sekadar mampu menyelit antara ruang pejalan kaki tanpa perhatian prasarana yang berkualiti. Lapisan 'atasan' selesa dengan kuasa mengakses fasiliti ekonomi. Lapisan 'bawahan' bertatih-tatih. Hanya slogan 'berusahalah jika mahu maju' menjadi tali benang di antara orang yang berkepentingan dan dengan masyarakat 'bawahan' tapi tindividu 'besar' ini gagal memacu karisma dan kredebiliti kepimpinan dalam menyediakan semua faktor peluang dan ruang untuk dimanafaatkan sejajar dengan semangat rakyat untuk membangunkan hajat slogan 'berusaha jika ingin maju'.

Umumnya, memang sukar untuk mencapai keseimbangan kerana wujud perbezaan kepentingan antara masyarakat. Usaha untuk mengatasi jurang ini kekal menuju 'jalan mati' jika terus berlakunya konflik kepentingan yang bersifat individualistik.

Izinkan saya mendampingkan kepentingan sosiologi dengan fungsi politik kerana politik juga satu wadah besar dalam menganjak kebolehupayaan menyeimbangi segala graf sosial yang tidak sekata. Kepada mereka yang telah meng'hamba'kan dirinya kepada perjuangan politik membela rakyat, kikiskan sikap mementingkan diri sendiri dan 'jebak'kan sikap lebih cenderung menjadi makhluk sosial. Politik perlukan cita-cita besar yang bertunjangkan keikhlasan, kerendahan hati, kemurnian akal dan rohani dan upaya kerja yang lebih serius.

Antara yang boleh dilakukan ialah menyemai dalam diri akan kesedaran kolektif yang bermaksud jika anda 'politician' anda perlu mempunyai inspirasi terhadap diri sendiri, membentuk jati diri, pembawaan diri, kemudian menganjakkan sifat insaf dan rendah hati, membentuk satu kekuatan karekter yang boleh mempengaruhi individu lain lantas membentuk sekumpulan masyarakat yang dapat merefleksikan tuntutan memajukan bangsa. Proses ini perlukan pembentukan kesedaran yang dimulai dengan memahami, merasakan, dan mempraktikan prinsip yang disepakati bersama.

Dalam masyarakat majmuk, berbilang kaum, bangsa dan agama, kesedaran kolektif ini penting dan menjadi penentu intergriti sosial. Meskipun terdapat perbezaan dalam masyarakat sama ada dalam mengakses segala kemudahan, menginterpretasikan politik dan sosial, tetapi perlu ada kesatuan dan keterikatan. Sebagai contoh, ahli politik perlu menyatukan dirinya dengan aspirasi rakyat, terikat dengan cita-cita masa depan masyarakat kerana sasaran agenda perjuangan politiknya ialah harus membangunkan kawasan yang telah diamanahkan, menyediakan fasiliti, dimanafaatkan ruang dan membolehkan rakyat keluar daripada kemelut kehidupan 'menerokah' masa depan yang lebih luas dan terjamin.

Jika pemimpin rakyat hanya mementingkan kepentingan material, kepimpinan anda menimbulkan konflik. Konflik mencetuskan keberantakan sosial dan permasalahan akan menjadi lebih kompleks menjerat komuniti kepada kacau bilau peradaban bangsa.

Apakah sumbangan anda sebagai individu sosial?

12 Comments:

Blogger AIRMAS said...

Setuju - mana sudah slogan "Pemimpin Berjiwa Rakyat" - adakah tinggal slogan saja?

Jika mahukan kemenangan yang jujur - maka rakyat harus merasa bahawa pemimpinnya benar-benar sayangkan mereka dan berjuang untuk membela nasib mereka(rakyat).

9:33 AM  
Blogger Kabasaran Soultan said...

meskipun bukan seorang anak marudu, saya tergelitik juga nak beri komen karena masalah yang diulas adalah hal yang sifatnya universal bisa berlaku di belahan dunia manapun :

Menyerahkan sepenuhnya segala kebijakan pengembangan sosial dan kawasan kepada para pemimpin tidaklah cukup ... ia haruslah dilengkapi dengan pemberdayaan masyarakat sehingga mengerti akan hak dan kewajibannya, masyarakat harus diajarkan untuk mengorganisir dirinya mungkin dalam bentuk membuat partai politik lokal yang tidak usah ikut pilihan raya tetapi melalui partai lokal tersbut masyarakat bisa mengartikulasikan kepentingannya, bisa memilih informal leadernya dan dengan itu masyarakat punya posisi tawar (bargaining position ) yang tinggi terhadap para politisi/pemimpin... satu hal lagi pemimpin dan rakyat itu bagai ikan dan air ..... air tanpa ikan tetaplah air tetapi ikan tanpa air adalah bangkai ..... mungkinkah pemimpin bisa hidup tanpa rakyatnya ?

11:33 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

AIRMAS..

kita memang mahu mencari pemimpin yang benar2 mengerti slogan tersebut.

KABASARAN,

Terima kasih atas reaksi yang ilmiah. Ada kebenarannya bahawa pemimpin tidak harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam semua usaha pengembangan sosial. Rakyat juga perlu disebarluaskan dengan makna kepentingan sosiologi.

walau bagaimanapun, jika perlu ada pendekatan sesuai utk menjadikan masyarakat sedar akan hak dan kewajiban, isu pokoknya juga perlu diperhatikan iaitu siapakah mereka yang perlu bertanggungjawab mendidik masyarakat? tidak dapat tidak, beban tunjukajar memberat kepada pemimpin yg telah dipilih. Masyarakat perlukan bimbingan. Timbalbalas dari segi fungsi sosial ialah masyarakat harus memberikan reaksi yg sejajar.

setuju dengan saudara pemimpin dan rakyat bagai ikan dan air. Saling perlu bertanggungjawab..

namun jika disoroti lebih jauh, isunya... pemimpin jika tiada rakyat, tetap pemimpin, rakyat jika tiada pemimpin tetaplah juga rakyat.. yang hilang ialah kondisi jati diri bangsa tanpa tamadun...

12:29 PM  
Blogger Kabasaran Soultan said...

Thanks for another "wise word " little mike " :
isunya... pemimpin jika tiada rakyat, tetap pemimpin, rakyat jika tiada pemimpin tetaplah juga rakyat.. yang hilang ialah kondisi jati diri bangsa tanpa tamadun..."

very good point.

2:32 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

terima kasih atas reaksi.. saya menghargainya sekali..

terima kasih juga atas kunjungan ke blog saya...

2:34 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

siapa pernah nampak dan pergi ke rumah baru yb datuk dr. maximus j. ongkili di kg. kolopis penampang? dengar kahbar harga RM15 juta sepa2 ada gambar sila upload di website saudara k, terima kasih

4:22 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

srixon,

mana ko dapat ni berita? mo kena hantar spy tu mo kana siasat.. KAlau betul, kasian la rakyat nie.. sudah la peruntukan tidak jalan betul2 saaaaana di kawasan Parlimen Kota Marudu dan DUN Tandek...

9:42 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

adalah bah kawan sya kasih tau yang ada pigi sana rumah dia masa tahun baru china baru2 tu, bagus hantar spy dan gambar dan kasih edar sama rakyat di KM yang kebanyakan masih miskin tegar

12:39 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

last year ada org hint2, dia bilang datuk maximus sedang 'menggandakan' harta/aset memandangkan popularitinya skang mula jatuh di mata org KM...

jjika benar maklumat akan rumah harga 15 juta tu... nampaknya sudah lama dia berjaya dalam perancangan utk diri sendiri...

KM begitu juga... Tandek tidak ke mana2 pun masa dia pegang dulu. Skang Puan Anita yg jadi mangsa

12:57 AM  
Blogger NONG said...

2x5 saja dua2 durang ni LMike..
Sya pernah bersama2 dengan dua manusia ni menghadiri sesuatu program..Mimang SUSAH mau cakap.

9:15 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

iri noh kang ku dih !, mula dari sekarang kita kempen2lah tukar nie 2 wakil rakyat yang tidak berjiwa rakyat, PRU13 akan datang saya mau bangsa tempatan dusun kimaragang yang jadi yb, tapi!, bukan proksi yb. dr. gintamus k

11:13 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

kita cuba usahakan bila tiba PRU13.. ada gelombang baru yang menanti sokongan kita.. harap nanti kita dapat memberikan sokongan penuh kepada anak jati tempat kita...

nantikan gelombang itu...

2:25 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home