TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, January 28, 2009

Mimpi 3:

Bermimpi lagi. Semua mimpi ini berlaku sekitar awal tahun 90-an. Sebatang sungai yang sangat lebar dan dalam. Airnya pekat membiru. Saya hendak menyeberangi sungai tersebut tetapi tidak berjaya menemui jambatan atau sampan untuk menyeberang. Saya tidak begitu pasti apakah tujuan saya menyeberang sungai tersebut.

Setelah berusaha dan tidak berjaya, dengan tidak semena-mena turun ular putih seakan-akan berbentuk naga dari langit lalu melurus dan perlahan bergerak menyeberangi sungai. Lalu saya terfikir mungkin hanya ini caranya menyeberangi sungai. Saya kemudiannya memaut tangan ke badan ular tersebut dan berjaya menyeberangi sungai lebar. Saya melihat ular putih itu naik kembali ke awangan. Perasaan gementar saya membangunkan tidur. Malam itu masih muda. Berjam-jam rasanya saya tidak dapat tidur memikirkan kegerunan saya akan mimpi tersebut.

Esok paginya, saya menceritakan mimpi tersebut kepada bapa.

"Jangan amalkan rasuah dan jalan mesti jangan simpang-simpang" Itu rumusan bapa.

Saya sedikit bingung memikirkan apa kaitannya penjelasan bapa dengan mimpi tersebut. Melihat saya yang agak termanggu-manggu, bapa menyambung percakapannya.

"Biasanya ular kalau berjalan mesti badan dia bengkang-bengkok. Tapi ini ular putih berjalan lurus. Kenapa ular putih? Kenapa jalan dia lurus? Putih warnanya bermaksud baik. Berjalan lurus tandanya, kehidupan yang teratur. Sungai ibarat kehidupan. Ada banyak macam cabaran dalam hidup. Atur la kehidupan dengan baik dan sentiasa merendahkan diri dan bersifat sabar. Dalam mencari rezeki atau menjalankan tanggungjawab apa saja kerja, jangan 'simpang-simpang'. Banyak orang mahu mencapai matlamat tapi dengan cara yang tidak baik. Masalah besar ialah rasuah. Jangan sesekali amalkan rasuah. Masalah lain ialah dengki dan iri hati. Ini tidak baik. Biar la hidup sederhana tapi lurus jalannya. Biar miskin tapi halal makan minum. Jangan menyusahkan orang."

Pagi itu saya terdiam lama. Banyak menghabiskan waktu memikirkan kata-kata bapa. Kali ini saya mengerti ada bahagian dalam mimpi yang boleh memberikan didikan.

10 Comments:

Blogger AragangTandik said...

Ya mungkin juga mimpi itu satu alamat - cuma kita tidak dapat mentafsirkannya - Pernah mimpi di patuk ular? he he he

1:01 PM  
Blogger JMimie said...

sya pernah mimpi dipatuk ular baru2ni...ular warna hitam lagi..eei..apa la erti tu ah AragangTandik? hehe.

6:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

Mimpi memang membawa banyak erti. Kalau orang dulu-dulu, kehidupan sangat dipengaruhi oleh mimpi...contohnya kalau buat rumah atau buka ladang harus ikut firasat mimpi.

7:21 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Aragang Tandik,

Sya belum pernah mimpi dipatuk ular... bikin takut tu mimpi mcm begitu. mimpi kena kejar ular pun terbangun ketakutan.. hehe

Jmimie,

aiyaa... bila mimpi kena patuk ular hitam tu?

KUDINGKING..

Ya, dulu2 selalu berpandukan alamat mimpi kalau membuka huma, ladang baru atau penempatan baru.. termasuk juga kalau membuat perjalanan jauh atau peperangan.

terima kasih atas kunjungan semua.. sangat menghargainya.. terus la berkunjung dan saling berkunjung la kita...

12:05 AM  
Blogger AragangTandik said...

Jmimie - he he he entahlah ada juga orang tua2 bilang kalu di patuk ular alamat mau di pinang - he hehe tunggu sajalah. Muda2han dapat jodoh cepat.

9:29 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

ba, mimie.. ada rezeki tu.. hehe

11:56 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

ko tidak pernah mimpi nombor ekor kah saudara?

10:24 AM  
Blogger NONG said...

Saya pernah bermimpi tentang kematian..
konon2nya manusia yang mati akan hidup dalam mimpi ketika menghembuskan nafas terakhir...
Jadi sejak itu setiap kali brdoa sebelum tidur, saya akan berdoa minta mimpi yang baik2 sebab mana tau tiba2 mati, mau juga hidup dalam dunia yang baik2.TAKUT kalau2 dapat mimpi menakutkan o..hehe

5:00 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

srixon,

sya pernah mimpi no... tapi betul ka tu? hehe.

Nong,

Sya pernah mimpi, ada org sudah mati tapi dia request pinjam sekejap nyawa saya sebab ada banyak wasiat yg tidak sempat dia cakap sama anak2.. saya pn kasi pinjam la... 'mati' sekejap sya dalam mimpi.. hehe..

apa la maksud tu aaa...

10:00 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

bah apa tu nombor mike? bah cuba saja beli bah mana tau rezeki, bagus lagi beli nombor dari mencuri atau rasuah -:)

4:41 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home