TINGKALANON - TANDEK - MORION

Tuesday, January 06, 2009

Saya Bencikan KEZALIMAN

Bila manusia hilang siuman....
Saya tidak bencikan Yahudi, US, Hamas atau apa pun bangsa dan kaum. Pendirian saya mudah. BENCIKAN KEZALIMAN. Benci kepada sikap kejahatan tidak kira mereka itu siapa. Bencikan PERANG! PENINDASAN, PEMBUNUHAN, PENJAJAHAN atau DISKRIMINASI. KESAL terhadap sikap tidak bertoleransi, balas dendam, provokasi, isi kesumat yang membara membeku, hanya ada niat keras, tanpa diplomasi. Mereka yang tidak boleh duduk diam dengan slogan. Mereka yang bermandikan ideologi bersenjata.
sakiti balas dengan senjata. Yang sakit hati gempur gerila. Kesannya orang awam tersadai. Yang kuat mensasarkan kuasa sesuka hati tanpa mengira waktu dan tempat. Lawan bertentangan, rajin berdentum, tidak memikirkan nasib dan nyawa bangsanya yang telah dibiasakan dengan slogan tapi mereka ingin hidup bermasyarakat. Serang dan meninggalkan ruang terbuka kepada musuh. Musuh membabi tuli, hambur peluru dengan nafsu serakah.

Sudah zaman berzaman syak wasangka. Kenapa tidak berbaik sangka? Sejarah sentiasa ditulis berulang-ulang. Mengapa tidak ada sesiapa yang sedar? Tidak juga mau insaf? Yang kononnya berkuasa besar, tidak guna akal kurniaan besar dari Ilahi. Ikut sedap hati. Siapa cuba menyangkal, mati. Yang disangkal juga ikut mati. Anak-anak bangsa yang terlibat dalam medan sengketa, di mana pihakpun, bertempiaran tanpa nyawa!


HENTIKAN PEPERANGAN!!!
TIDAK AKAN ADA SESIAPAPUN YANG KERAS HATINYA AKAN DAPAT MENYELAMI KATA-KATA INI "JIKA MUSUH MENAMPAR PIPI KANANMU, BERIKAN JUGA PIPI KIRIMU". (Tidak hairan kalau akan ditanyakan kembali "Sanggupkah kamu ditampar musuh sesuka hati?". Jika hanya pengertian ini yang menjadi perhatian di dalam tanya, sampai bila-bila pun hikmanya tidak akan pernah sampai ke destinasi yang tepat di dalam akal.)

14 Comments:

Blogger NONG said...

Osotuju oku dika Mike....
kata2 pujangga ada menyatakan "jangan balas keganasan dengan keganasan ka,sebaliknya dengan kelembutan" nga aso tarati diti kata2 diti ong sid US atau dimana saja yang ada berlakunya pertempuran nyawa..

Kita di sini hanya mampu melihat dan melahirkan simpati dari lubuk hati paling dalam kepada mangsa2 keganasan perang..
koromou oku mogintong anak kecil menangisi ibu bapa yang mati kena bom.begitu juga sebaliknya..musok at kangkab ku bo..

Apa pun,kita sama2 berdoa agar negara kita terhindar dari malapetaka sebegitu..Amen.

10:23 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

hi nong..

Lajunya kena reply. Baru sya post, inda sampai 5 minit ada sudah komen.

terima kasi kio atas kunjungan. Memang kata-kata ini susah untuk diterima pakai kalau tidak difikirkan sedalam-dalamnya. Dalam dunia, konsep ini seakan tidak wujud.

Saya sendiri pun teraba-raba juga dengan kata-kata besar ini tapi, saya cuba berjalan bersama-sama pengertiannya yang agak dalam agar kalau saya tidak mengerti sepenuhnya di dalam sikap, dapat saya gapai hikmahnya buat suluh-suluh lagi jalan...

Sama2 la kita berdoa...

10:49 AM  
Blogger NONG said...

hehehee...saya ni mike,lepas hantar anak2 p sekolah,lepas bereskan kerja umah,masuk internetlah kerja saya...:)
perjalanan hidup harus dipandu oleh akal dan fikiran.Bukan berlandaskan kata hati.Itu sebab ada pepatah mengatakan "IKUT HATI MATI"..
Entah sampai bila la keganasan di luar sana akan berakhir.

Sesungguhnya Dunia tidak pernah berjanji untuk Kiamat tetapi tabiat manusia yang tak pernah bersyukurlah yang mempercepatkan kiamat...Betulkah?

12:07 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

ya betul. kalau boleh dunia ini mau lari daripada kiamat.

sikap manusia yg menjadi2 mengingatkan kita bahawa destinasi dunia ini semakin mendekat ke hari perhitungan...

ba ngam la tu.. kasi banyak2 post tentang di kg ka atau apa2 ja. cerita2 kita.. blog dari KM pun sudah ramai.. jadi boleh la kita kongsi2 pandangan, idea

3:19 AM  
Blogger AIRMAS said...

AKU - insan kerdil yang hanya mampu melihat akan kegilaan dan keganasan di Gaza. Air mata berlinangan. Nafas terasa sesak tapi apakan daya. Aku insan yang lemah.

Dilain cerita, setuju dengan LM, Nong banyakkan cerita dan gambar di kampung. Rindu rasanya.

9:36 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

AIRMAS...

Terima kasih atas kunjungan..

Ya, aku juga insan kerdil yg mampu melihat dan berdoa dari jauh semoga ada kedamaian mencelah di bumi palestin...

10:27 AM  
Blogger Junid Bin Gunsalam said...

hye kwn baru...saya juga bangga menjadi warga kota marudu
http://n5tandek.blogspot.com

mike..
sy setuju pendapat saudara...kita jangan membenci berdasarkan bangsa/agama/negara dsb. tp kita harus benci keganasan yang berlaku. apa tidaknya, jika kita membenci suatu banga itu bukan jalan penyelesaian. malah ia akan menyemarakkan rasa kebencian dalam diri bangsa sesama bangsa dan akhir konflik berdarah pasti tiada berkesudahan seperti yang berlaku di antara isreal dan palestin. yahoo.......

4:02 PM  
Blogger Umar Safri said...

sdr. mickey,

tulisan yg bagus dan mampu membakar semangat menentang kezaliman. Tapi, bagi sy... sy benci yahudi dan sy benci amerika. Sebabnya, kezaliman itu tidak akan timbul kalau bukan kerana adanya yahudi/amerika, right? analoginya mcmni, seorang pengedar dadah yg telah disahkan mahkamah sebagai pengedar dan dikenakan hukuman gantung. Adakah 'perbuatannya mengendar` itu yg digantung atau si pelaku itu yg harus digantung? mestilah si pelaku kan? yg salah mesti dihukum sesuai dgn kezaliman yg dilakukan. kita wajar MENGHUKUM si penzalim dan MEMBENCI kezalimannya. jadi, marilah sama2 kita menyokong kempen boikot produk israel/amerika. teruskan mickey! bagus...

5:39 PM  
Blogger BUNG ADI said...

sdrku, buat pertama kalinya aku dapat mengepos komen dlm blogmu. sangat sukar tembus sebab saya guna celcom broadband, line cukup2. akses blog secanggih ini sangat2 susah. "mipuputut". Kira rekodlah inikan? Rekod yang baik kerana postmu sangat baik - tentang kemanusiaan, kebenaran, keadilan dan ketulusan hati.

KITA SEJIWA? Saya rasa "Ya". Saya tidak perlu ulas tentang posmu sebab kita senada sekata dlm. hal ini. Cuba tengok laman kimaragang saya. saya ada cerita pasal "piowitan" bapa saya dengan bapa sdr.

Barangkali kita perlu sambung "piowitan" itu. Kita tidak ada barang untuk "pipapason" , tapi kita ada VISI yang boleh dibahagi (pipapason)...

TERUSKAN MEMBLOG DENGAN JATI DIRI SAUDARA!

6:24 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Umar al-Longobi...

Saya setuju pendapat saudara. Cuma saya tidak menyatakan kebencian saya lebih mengkhusus. Bukan saya tidak mempertikaikan apa yg berlaku di bumi Palestin segala tindak-tanduk Israel dan sekutunya yang cuma pejam mata...

Skop penentangan saya lebih meluas kepada sesiapa sahaja, mana bangsapun yg bersangkut paut dalam melakukan penindasan ke atas bangsa lain. Sebab itu saya katakan bencikan kejahatan tidak kira SIAPA PELAKUNYA.

Terima kasih bertandang ke blog ini.

SANGURU,

terima kasih atas kunjungan. Saya berbesar hati atas kesudian SANGURU dan blogger lain meluangkan waktu berkongsi sesuatu di ruang komen.

kita senada... satu arah dalam mengekspresikan minda sekalipun tingkatnya tidak la dapat menyamai pemikiran SANGURU.. seperti sungai mengalir.. SANGURU adalah SUNGAI, saya ibarat ranting, dedaun yang menumpang aliran yg sama...

mohon maaf atas kesulitan SANGURU mengakses blog saya. Ada banyak pautan yg tidak perlu di blog saya yg menyukarkan blog ini lambat diakses.

1:24 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Aspirasi Tandek..

Terima kasih datang melawat blog saya.. bila melihat trademark ko 'yahoo' baru sya perasaan 'kewujudan' ko dalam beberapa blog dengan beberapa komen pedas.. hehe

teruskan memblog.. mungkin ramai yg tidak bersetuju komen2 saudara tapi jgn patah semangat menjadi diri anda sendiri... Sangat bagus saudara sudah mewujudkan laman blog sendiri daripada bersembunyi di sebalik nama anonymous.. hehe senang kita berinteraksi...

salam blogger utk blogger... Sekali lagi saya menyatakan BANTAHAN utk semua kezaliman yg berlaku di bumi Palestin

1:30 AM  
Blogger Umar Safri said...

oic... baguslah kalau begitu mick. congrats! handsome bah pula kau mick pakai baju merah. apa kau tingu itu? hahaha... gurau saja bah. tq

5:19 PM  
Blogger Aldusuni said...

yokupo manaak dot pandangan kaa .. pd sia apa sja jenis kejahatan sia tolak. k lain cerita, babanar ko natarik oku di kanangan nu sama2 dit tama nu amann ... aman atau pinsan aik naa subai ko susuron tokoupo..tapi mengikut dit tidiku tokou diti osomok.

12:49 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

Umar Al-Longobi... Melihat sesuatu yang hanya boleh dilihat oleh mata hati... :)

Nazri Aldusuni...

Terima kasih atas kelapangan waktu menjenguk blog. Saya juga bersetuju dgn Sdr Nazri.. TOLAK SEMUA JENIS KEJAHATAN.

Kenangan itu akan sentiasa saya ingat. Minta maaf Sdr Nazri sebab reply komen dengan BM. Kurang tau ba sebenarnya saya bercakap walaupn boleh faham. Boleh sikit2 tapi sikit2 dia tu cuma 0.5% ja.. hehe

Perlu ditelusuri tu salasila keluarga... Jika ada pertalian, saya sangat berbangga menjadi sebahagian daripada rumpun ikatan kekeluargaan dgn Sdr. Nazri.. Sangat ramai keluarga kita yg tidak saya kenali sebelum ini.. Malang sekali saya masih tidak berkesempatan utk mengenali ahli keluarga yg lain... sayang tu kalau tidak dapat kenal semua..

2:26 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home