TINGKALANON - TANDEK - MORION

Wednesday, February 04, 2009

Anwar Perlu Bertanggungjawab.

Kekalutan yang berlaku di Perak sekarang sangat memberikan gambaran yang membuatkan kita tertoleh kepada sejarah politik lampau. Sabah suatu ketika dahulu pernah digegarkan dengan isu lompat parti yang menyaksikan kejatuhan kerajaan PBS di bawah pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (kerajaan pembangkang waktu itu ).

Kerajaan PR di Perak seperti di hujung tanduk kelihatan bakal mengalami nasib yang sama dengan kelebihan cuma 3 kerusi apabila dua adunnya bertindak keluar parti. Tidak termasuk ura-ura seorang lagi ADUN yang berhasrat untuk menyertai MCA.

Kronologi kemelut politik terkini bermula sejurus kemenangan membanggakan PR menawan beberapa buah negeri termasuk kejayaan mengurangkan jumlah majoriti calon kerajaan kepada skala yang lebih kecil ketika berlangsungnya PRU 12 yang lepas.Satu situasi yang memperlihatkan peningkatan sokongan kepada pakatan pembangkang. Bermula dengan semangat ‘kerajaan’ 16 September yang mensasarkan ahli politik Sabah, kemudian beralih ke lubuk baru di Negeri Sarawak dengan harapan percubaan mencetuskan Tsunami baru untuk memujuk Yang Berhormat Bumi Kenyalang menyertai gagasan PR. PKR yang tidak kering usaha pernah menyongsong ke luar negara untuk mengadakan tawar-menawar dengan sekumpulan ahli Yang Berhormat BN yang sedang melakukan lawatan ke Taiwan supaya melompat parti. Dua negeri lain yang menjadi sasaran ialah Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Terdesak untuk membentuk kerajaan PR dan obses untuk menyandang jawatan Perdana Menteri menyebabkan Anwar membenarkan dasar parti membuka ruang lebih besar kepada idea lompat-melompat. Kejayaan meyakinkan adun Bota menyertai PKR sesuatu yang dilihat sebagai satu permulaan kepada lebih ramai lagi yang akan ‘menyeberang’. Sudah tentulah boleh juga dianggap tindakan adun Bota sebagai satu prinsip perjuangan dan atas nama membela rakyat. Namun Anwar tidak pula begitu gembira dengan perkembangan terbaru melibatkan PR Perak.

Sangat aneh bila Datuk Seri Anwar tidak meminta adun Bota supaya mengosongkan kerusinya untuk laluan pilihanraya kecil. Sebaliknya dua adun mereka yang keluar parti telah dianggap telah mengkhianati keprcayaan rakyat dan didesak supaya mengosongkan kerusi dan meminta Suruhanjaya Pilihanraya supaya mengadakan PRK.

PR juga telah mendedahkan bahawa dua adun tersebut telah meletak jawatan melalui satu surat tidak bertarikh. Sebelum ini Anwar memainkan peranan besar atas kejayaan memujuk sebilangan ahli Yang Berhormat sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan PBS dan memberikan laluan kepada parti UMNO memerintah Sabah. PBS mengemukakan cara yang sama menyertakan bukti surat perletakan jawatan adun yang melompat parti tetapi tidak bertarikh dan akhirnya tidak disahkan. Bagaimana Datuk Seri Anwar boleh lupa dan menggunakan taktik yang sama, mengiktiraf bahawa surat perletakan jawatan dua adun tersebut sebagai sah?

Anwar mengiktiraf idea lompat-melompat dan dia adalah individu yang perlu bertanggungjawab terhadap kucar-kacir politik. Disebabkan itulah draf undang-undang Anti Melompat tidak begitu digemari Pakatan Rakyat bila dikumandangkan di parlimen. PR nampaknya lebih gemar kepada keributan ideologi daripada mententeramkan taufan politik. PR harus menampilkan sifat tenang dalam keterampilan politik agar mudah mengajak rakyat menghayati perjuangan mereka

9 Comments:

Blogger ILLIE said...

kompom..kerajaan PR tumbang suda di perak..adun Bota kembali semula ke pangkuan UMNO..inilah namanya politik!!

8:33 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

adehhh.. pelik politik skrng...

takajut jg la bila tau ni berita.. dulu2 lagi ko di jipun tau. sya satu malam teda dapat akses tenet. ni pun sarapan di kedai mamak bawa laptop, sbb sini ada wireless... sikijap ja dapat online...

tabakar fius sana di control panel... teda karan... so, pc mogok hari ini...

8:26 AM  
Blogger Umar Safri said...

sdr LM,

kupasan yg bagus! ya, memang ada baik buruknya taktik lompat yg diperhebatkan oleh DSAI dlm mencapai projek 16. kalau sy berada b`ada di tempat DSAI mungkin sy akan buat perkara yg sama, hehehe (berdasarkan law sedia ada). sy rela dgn lompatan itu sekiranya `katak2` ini melompat krn perjuangan yg hak. bkn krn pulus, pangkat, digugurkan tuduhan rasuah dan projek.

lainlah kalau bertarung di atas padang demokrasi yg rata. tidak perlulah guna taktik lompat ini. realitinya, rakyat masih mragui SPRM (dulu BPR), SPR dan bbrp badan kerajaan yg disalahgunakan utk kepentingan parti ttu. kalau kita tidak menggunakan taktik2 politik, sampai bilapun yg berkuasa akan tetap berkuasa walau macamana pincang sekalipun.

tapi sebaik2nya, pinda perlembagaan yg sedia ada. wakil rakyat yg lompat scara automatik terlucut semua jawtannya dan boleh diadakan PRK serta yg dilucutkan itu boleh bertanding tanpa menunggu selepas 5 tahun.

Nota: sekadar pendapat drp madumu yg baru diceraikan, he he he!

12:06 PM  
Blogger NONG said...

Tapi sayang kebanyakan katak2 ini mengejar duit..susah mau cakap!
Kalau saya ada POWER kan, saya kasi pugai ini dua pihak ni supaya sayang menyayangi..heheee

4:47 PM  
Blogger Raja Mogudan said...

daripada ko pugai tu 2 orang bagus ko pugai saya bah Nong nanti malam sya merayap pigi rumah ko time sawo ko tiada di rumah -:)

4:19 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

umar,

sempat melawak antarabangsa.. hahaha

terima kasih atas komen yg baik.. saya percaya saudara juga ada prinsip sendiri yang difikirkan baik... i have to respect that. setuju dengan pindaan perlembagaan.

PS: catatan dari madu mu yang ingin berdamai semula... hehe

Nong,

dalam politik menjadi juga ka tu pugai? hehe

Srixon,

adeh... indada jenis pugai yang bila mo pugai baru mo datang kalau teda sawo di rumah.. haha..

bahaya ko nie tau.. hehe

9:36 AM  
Blogger NONG said...

LMike..inda taulah tu Mike mujarab ka inda.Mau tarai2 saja baitu sebab indada sudah jalan lain mau kasi be'aman durang ni.

Srixon..ko ni kan macam 1/2 o. hahaha...bahaya ko ni tau.Ingat mau mogimbalai saja.kiihaaaa

9:11 AM  
Blogger Raja Mogudan said...

ko jgn marah bah Nong, sya ckp mcm nie sbb ko cantik n sexy lagi biarpun sdh ada 3 rakyat, nah ko jgn kembang sana nanti sya kasih tau sama sawo ko sbb dia tu kwn sya juga -:)

11:08 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

haha... lucu pula sya kamurang nie... ALAMAS TIEEE...

pugai2 juga... ingat juga orang kita. selamat berjuang.

7:06 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home