SAM: S-ayangi A-nak M-erdeka

Klik di sini (SEMPENA KEMPEN ANTI-DERA SAM)
Kepada kanak-kanak
Berikan mereka cinta
Kerana jiwa kita terlebih dahulu
Telah disayangi
Rahsia kedewasaan
Kepada Kanak-kanak
Berikan mereka jalan
Kerana jejak kita terlebih dahulu
direncah pengalaman
Suluh iktibar
Kepada kanak-kanak
Berikan cahaya
Kerana akal kita terlebih dahulu
mendakap sirna
Hikmah kemanusiaan
Kepada kanak-kanak
Berikan mereka doa
Kerana kita terlebih dahulu dipanjatkan
ke gerbang syurgawi
Sujud seorang bapa
Dan tunduk seorang ibu
Mengapa gagal jua
Memberi cinta
Merentang jalan
Menyuluh cahaya
Berlembut di dalam doa
Sekalipun mengasihani
Dia bernama manusia
Merenggut nyawa
Sendu hatiku Sendu
Kelu lidahku kelu
Tunduk tersiat malu
Terjaga terbangun pilu
Kanak-kanak kecil ini
Sudah pun pergi jauh
Bila manusia sesat akal
Mengikis kemanusiaan
Hilang perikemanusiaan
3 Comments:
bagus LM! teruskan kempen anti-dera. moga Tuhan merestui kita semua.
p/s: tiada surat terbuka ka utk si pendera kali ni? hehe.. mingkaso oku too.
INI BKN SURAT TERBUKA, INI SUARA HATIKU YANG TERBUKA:
Kata hatiku; sdr mmg hebat dan didikasi mendukung kempen kemanusiaan! Teruskan.
umar...
Reaksi kepada isu juga surat terbuka dalam minda kita masing2.. hehe.
SANGURU
terima kasih sanguru. Tiada kehebatan, cuma langkah pertama dan beberapa langkah susulan... ;D
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home