Catatan Balas Untuk Artikel SANGURU 'Realiti Atau Fantasi?'.
Lazimnya, ada kalangan orang kampung yang datang bertemu YB dengan nada yang tidak 'MENYELESAKAN'. Mungkin tidak selesa kalau setting pemikiran YB kita sekadar diorientasikan oleh sesuatu yang bersifat luaran. Yang memandang permintaan orang kampung ini dari satu sudut yang menyempit. Mendengar sahaja orang kampung minta duit, reaksi yang terpampang di skrin minda ialah 'ORANG-KAMPUNG-MINTA-DUIT'.
Bagi orang politik yang peka dan tajam cara untuk mendekati suara-suara kampung begini pasti ini satu alternatif untuk BEKERJA/MENGERJAKAN ASPIRASI dengan orang kampung. Daripada situasi buruk, susulan idea akan tetap mencantikkan hasilnya jika tahu cara. Sebagai contoh bagaimana MENGERJAKAN AKAL ketika berdepan dengan 'mentaliti' begini. Di sinilah cara terbaik untuk mengkomunikasikan 'mentaliti' orang kampung kepada satu proses baru, idea baru yang dapat mengembalikan kepada rakyat satu platform kemajuan yang dapat menjawab rintihan-rintihan desa.
(Jika YA pun ada orang kampung minta duit) Kalau rakyat minta duit pasti ada sesuatu yang perlu DIGALI. YB boleh berinisiatif, selami hati mereka kenapa mereka merayu minta duit. Bertanya kepada orang kampung "Untuk apa minta duit?". Orang kampung kalau bercakap 'tiada makan sebab tiada tanah, sawah, kebun, meskin dan sebagainya..' cakap orang kampung seperti inilah yang perlu diSCREENkan dalam minda. Waktu ini YB tidak perlu fikir mau bagi duit atau tidak. Fikirkan SUMBER masalahnya. Di sinilah sebenarnya cara 'bekerja' dengan orang kampung.
Jika tiada tanah, tiada sawah, tiada kebun.... Bagaimana menjelmakan rintihan ini menjadi satu industri desa yang mengubah wajah landskap ekonomi sekaligus menganjak bangsa yang 'bertinggung dan merayu' kepada minda kelas membangun jika tidak minda kelas pertama.
Bagaimana? YB sudah diangkat untuk MEMIKIRKAN cara. YB juga ada team yang telah dipilih. UBAH wajah desa.
5 Comments:
"YB.. aku tidak mahu ikan. aku hanya mahu sebatang pancing dan sedikit ilmu ttg cara menggunakanya."
bagus LM! kupasan yg analitikal...
Betul umar. dapat pancing dan sedikit ilmu menggunakannya maka tidak susah MENJAMU SELERA walaupun ala kadar. ;D
dan...satu lagi YB, "...setelah kami ada pancing dan tau memancing...tunjukkan saja dimana lubuk/sungai/laut yang boleh kami memancing...sebab...bukan senang mau cari lubuk yang sesuai..."
Alangkah bagusnya kalau YB kita sedar akan perkara ini..10 15 tahun yang lalu mungkin org2 kampung belum lagi faham peranan mereka. Yang dorang tau bila jumpa Yb buli minta duit...tapi, orang2 kampung sekarang jangan dianggap seperti dulu lagi..suara mereka adalah untuk melihat setakat mana suda usaha yang disumbangkan oleh YB kita..kalau suda ada, nah terima kasih YB..kalau belum ada, nah usaha lagi YB..
Pada rakyat, YB2 skrg mungkin dan harap2 suda sedar yang mereka seharusnya hanya menjadi YB Keramaian, YB Perayaan yang hanya muncul pada masa2 keraian..Tahniah kepada YB2 yang telah sedar akan tanggapan rakyat seperti itu sehingga rajin melakukan lawatan ke kawasan DUN atau Parlimen mereka..tapi Yb, lawatan yang kerap saja tidak menggambarkan selesainya tugas..pada rakyat mereka inginkan perubahan dan pembangunan..yang lain tidak pernah ditagih..
PRO Pembangunan.
Sanguru...
betul... YB tunjukkan mana sungai, laut, lubuk yg memberikan peluang hasil yang baik. Biar rakyat rasa nikmatnya
dardie..
saya juga PRO PEMBANGUNAN... YB harus aktif menjalankan fungsinya. Jangan sampai kena label dengan label2 tertentu yang akhirnya YB sendiri tidak selesa mendengar... Jadi untuk mengelakkannya, TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home