TINGKALANON - TANDEK - MORION

Thursday, July 30, 2009

Tahniah Utara.FM dan SAM



Terus mengorak langkah. Daerah Ranau menyaksikan satu pertemuan gabungan NGO Sabah dan Semananjung Malaysia bersempena majlis 'Jasamu Dikenang' bersama mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membawa satu titik permulaan bersejarah kepada Utara.FM dan SAM.

UtaraFM@Komuniti Utara Sabah (KUSnet) telah dirasmikan oleh mantan PM menjadikan KUSnet radio online yang pertama di Sabah dan seterusnya menjadi radio rasmi kepada gabungan NGO Sabah bertemakan 'Suara Kami Suara Mereka' . Tahniah!

Penubuhan KUSnet seiring dengan kemunculan sulung blog Suara Anak Marudu (SAM) dan dalam jangka masa yang singkat telah menjalinkan satu ikatan besar melalui beberapa siri pertemuan demi pertemuan di Dataran Bengkoka dan akhirnya berpadu tenaga bersatu melalui wadah rakyat dan hiburan.

Menariknya, kalangan penulis SAM telah dijemput menjadi DJ di KUSnet. Antaranya, DJ Nong, DJ Aldusuni, DJ Tompinai dan DJ Illie (LUGU) bergabung bersama Otai DJ Tuan Rumput dan rakan-rakan DJ Kusnet lain.

Berangan-angan jadi DJ tapi macam teda bakat nie. Hahaha... (stop dreaming LM!) Apa pun sangat berbangga dengan kalian. Teruskan usahasama baik ini demi UTARA sabah dan seterusnya ke peringkat nasional dan global. Macam biasa juga baahhh!


Tun Abdullah Ahmad Badawi merasmikan Utara.FM sambil ditemani oleh Aldusuni (Lensa SAM)
Nash, artis pertama dari semananjung ditemuramah oleh Tuan DJ Otai Rumput.

2 Comments:

Blogger Kabasaran Soultan said...

Rindu menepi
Di rumah teduh ini
n`tuk saling berbagi
dan jalin silaturahmi

Selamat atas peresmian KUSnet-nya semoga makin menjalin tali silaturahmi diantara sesama anak bangsa.

4:56 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

terima kasih tuan Kabasaran berkunjung ke blog saya. sempat meninggalkan jejak singkat di medan kata.. puisinya indah dan menyejuk rasa.

2:28 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home