TINGKALANON - TANDEK - MORION

Saturday, June 27, 2009

Pinakang : Lama Tidak Ke Gelanggang Muzik

Kali terakhir saya cuba-cuba main muzik kulintangan pada tahun 2004. Itupun hanya menggunakan peralatan yang dibuat daripada kayu. Seingat-ingat saya, saya tidak pernah mempunyai pengalaman membunyikan kulintangan dan tidak pernah ada sesiapapun yang mengajar saya secara formal. Bapa saya, setiap petang bersantai ketika pulang dari sawah bendang, merehatkan lelah sambil menitik titikan kulintangan pada keping-keping kayu yang dibuatnya sendiri. Kalau bapa saya tidak bermain alat itu, saya akan menggantikan tempatnya dan membunyikan titikan kulintangan sebagaimana yang biasa saya dengar. Itu permulaan saya mengenali muzik tradisi ini. Kebetulan, pada suatu majlis perkahwinan adik saya yang berlangsung baru-baru ini, Raja Kulintangan saudara Mojiun turun gelanggang memeriahkan majlis tersebut dengan kepakarannya menawan halwa rasa melalui bunyi-bunyian tradisi kulintangan yang mengasyikkan. Ketika Sang Raja Kulintangan merehatkan diri, saya mengambil kesempatan mencuba-cuba bakat. Aksi saya sedang menitik kulintangan sempat dirakam oleh abang saya tanpa saya sedari. Dan inilah hasilnya... bunyi-bunyi yang haru-biru...hehehe.

Selamat berhibur. Walaupun tidak sedap didengar, sekurang-kurangnya saya cuba berusaha untuk mendekati warisan nenek moyang. Dan lebih mengusik kenangan, titikan ini mengingatkan sentiasa kepada bapa saya. Bapa... minta maaf anakmu tidak dapat menarikan tangan seperti tangan bapa yang setiap petang "bercanda" menghasilkan bunyi-bunyi lengkap muzik tradisi jati Kimaragang. Terima kasih kerana memperkenalkan saya muzik ini.

9 Comments:

Anonymous ILLIE said...

uiiinaaaa LM..indada versi yang panjang kah???... suatu ketika dulu..sia parnah "berguru" kulintangan dengan RAJA KULINTANGAN di Salimandut dan hasilnya..sia boleh bermain kulintangan mana2 majlis keramain di kg.Tapi itu dulu punya cerita..apabila sia tingu aksi LM bermain kulintangan..biarpun penghujung babak..namun sia buli tangkap bunyinya..alunan tempo kulintangan dengan bunyi gong2..salasak dalam kombinasi yang baik dan kamu berhenti serentak..bermakna LM berjaya mengendalikan pukulan kulintangan itu dgn baik..TAHNIAH!!! memang LM boleh!

sia inda tau..masi boleh main kulintangan kah inda..silap2 gong pun lintang pukang..hahaha

6:05 AM  
Blogger NONG said...

yuu..
mongigol pun boleh, mongulintangan pun boleh. Serba boleh ko ni LMike.
Saya ni mangandak boleh, tapi mengagong inda pandai LMike.hehe

Tamu BASAR ko nanti ko mongulintangan untuk SAM ah. Mongigol lain ceta lagi. hehe

9:50 AM  
Blogger JMimie said...

Passed...hehe...lulus versi urang putih. Walaupun sudah lama duduk di kota namun muzik tradisi sendiri tetap segar dalam jiwa anak muda Kimaragang ini.

bah...praktis2 sedia pogi tu suwon ko di Nong mongulintangan ong orikot ot tamu basar nu ka bo..kami semua mau dengar...haha.

10:31 AM  
Blogger TT said...

"applause".. buli tahan boh.. kalu bukan ada acara lain hari tu mungkin buli nampak ko mogulintangan "live".

11:04 AM  
Blogger Little Mike (LM) said...

kawan2 semua..
minta maaf kerana tidak dapat reply komen disebabkan ada masalah laptop. Buat waktu ini sya surf tenet di cyber cafe..

illie... sya rasa masih berbakat lagi ko tu. Sepa yg pernah menitik kulintangan pasti boleh bunyikan lagi kulintangan tersebut. Nanti bila syas balik kg nanti, sya berguru sepenuh masa untuk saya bawa ke masa depan dan dapat ajar lagi generasi seterusnya.

Nong..
sya suka mongigol masa budak2 lagi tapi teda kena bagi perhatian oleh sekolah untuk dijadikan wakil... hehe. Sya tidak boleh dengar bunyi momiagung. Hati sya bagai manis dipuja bunyi kulintangan. Tidak sabar sya mo mongigol. hehe

jmimie...
sya akan belajar habis-habisan untuk 'LULUS PENUH' main kulintangan. Gong, salasakon, dan lain2 sya sudah buli kasi main.. main kuilintangan la keminatan sya...

Letty,
jauh lagi tu letty. Kalau org yg pandai dengar, senyum ja dorang tu punya kelamkabut aturan pukulan dan bunyi dia... hehe. Apa pun sekurang2nya sya dapat kasi main lagi bunyi dia la... TQ letty berkunjung ke blog.

1:07 PM  
Anonymous Mogoron said...

Ai na LM, mogot noh ino dot piaraan banar. Yokoi i do Illie kurusus muzik tradisional kabarasan dit muula sid Solimondut nga aku nakasamit dot monitik. Ong at wokon poh salasakon gisom dat tawag waro i boh dilo ot panarabatku. Wowosion ki LM.

8:16 PM  
Blogger dardie said...

lawa la...

10:39 AM  
Blogger LEM said...

boleh tahan juga titikan tu?mau mengigol la hehe

9:43 PM  
Blogger Little Mike (LM) said...

mogoron..
budak baru belajar bah nie... hehe buli la kasi meriah sikit2... harap tuan jg baik2 juga di sana..

dardie..
bukan hensem la kaa? hehe just joking. Terima kaish bertandang

LEM..
Lama sudha ko inda mengomen di blog sya.. selamat kembali memblog. Kasi aktif la blog ko tu... Tahniah jadi penulis SAM.

9:01 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home