Antara Waktu Dan Seorang Lelaki Seperti Aku
Jika aku diberikan peluang untuk meminta apa yang tidak dapat kucapai dalam hidupku sebelum ini, aku tidak akan meminta mengundurkan waktu pada hari aku tidak memilikimu kerana aku percaya jika engkau bukan untuk aku, engkau adalah untuk seseorang yang lain. Yang cuma tinggal hanyalah aku seorang lelaki, yang masih gagal menghapuskan memori lama. Ia bukanlah sesuatu yang sukar, Sekadar kubiarkan apa yang berlaku itu di satu tempat di mana hatiku masih boleh mengunjungi jejakku, Selama mana aku masih sudi mengenang.
Kubiarkan saja kisah itu wujud di daerah hatiku bukan demi kerana cinta, sekadar kerana kita mengenal erti bersahabat. Kita tidak perlu lagi meragui seperti dulu. Tidak perlu lagi bertanya-tanya sekelumit gunda di jendela hati kerana kita punya inspirasi berteman. Beginikan lebih baik kerana aku memiliki dirimu yang dulu. Seorang sahabat yang selalu tersenyum bila kita punya waktu saling berpandangan, membalas tawaku dengan kerianganmu. Bila satu hari kita bertanyakan khabar ternyata bicara kita punya ruang untuk menikmati waktu-waktu yang selesa. Emosi begini bukan kerana kita pernah melalui satu perasaan yang sama.. kerana kau dan aku tidaklah sesukar seperti yang kita jangkakan
7 Comments:
Seorang teman lama mengutus sms:
– percayalah, nostalgia selalu ada kuasa sakti.
Saya tidak tahu, kuasa sakti yang bagaimana. Tapi nostalgia lama, selalu datang memberi kita harapan baru. Bila yang diimpi tak pernah sampai; setelah apa yang dimiliki tiba-tiba berpaling – sesuatu yang pernah berlalu, akan kembali berulang. Dan, kita diberi peluang kedua.
Barangkali itukah yang dipanggil kuasa sakti? Mungkin.
nostalgia... ada ketikanya punya satu kuasa yang tidak terjangkakan oleh kita... menyatukan semuanya apa yang kita ingat, tertinggal, terlupa, yang berselerak di cakerawala, atau yang pergi bersembunyi entah pelusuk mana..
ada waktunya kita seperti membiarkan diri kita berhalusinasi pada waktu lapang, menjadi manusia yang monolog menyoroti masa lampau.
bila tiba masanya, kita akan melihat sempadannya dan mengakui langkah kita diingatkan untuk tidak melewati batas.. Kuasa sakti? kalau kuasa itu punya cara, dia perlu berhadapan dengan dunia memori dan perlu melepasinya untuk sampai kepada pemilik kenangan...
matahari terbit dari timur, saya cuba perhatikan kalau-kalau ada sejarah yang pernah mengakui sang mentari ada berundur ke timur bertanyakan mana tunas yang terlepas dari serinya...
bezanya, mentari tidak pernah gagal dalam laluannya... saya masih manusia yang boleh saja mengesan jejak lama atau melangkah ke depan tanpa sebarang wasangka..
kuasa sakti.. jika itu mungkin, ya..mungkin. :)
aiseehmen...saya peminat setia bahasa ko tau...hihihi..pa kabar org tingkalanon??
hi jovita...
lama tidak dengar khabar ko. orang tingkalanon semuanya baik-baik saja. :)
thanks sbb memberi komen yang baik terhadap tulisan dalam blog saya. Itu satu penghargaan dan saya sebenarnya tidak tahu apa tanggapan orang kerana saya menulis apa sahaja yang saya inginkan tanpa saya halang segala apa yang terbuku di minda. setakat yang saya sedar, saya menulis mengikut sesuka dan sebebas rasa...
ada di mana skarang? masih di Thailand?
saya di Spicer college, India sekarang..sudah satu tahun di sini tapi tahun depan tamatlah pengajian di sini...
baru2 ni saya buka blog bahasa melayu..ah kalau ada masa lawat2 la blog saya...ni alamatnya...
biasa2je.blogspot.com
HI,
oo.. patut la track visitors sya ada rekod pelawat dari India.. ko rupanya... hehe
ambil course apa di sana?
Saya akan add kan blog ko... Thanks jenguk2 blog sya.. keep on blogging kio! :)
saya ambil course master in education..ya sya la tu pelawat dari India..
ba jenguk2 la blog bahasa melayu saya ya...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home